CeTusan RaSa

| | 3 comments


Sebuah cita-cita tidakkan terlaksana
Tanpa usaha yang gigih

Kejayaan pasti tak mungkin tercapai
Tanpa mengharungi kegagalan

Kegembiraan takkan dapat dirasai
Tanpa disulami dengan kedukaan

Kebahagiaan akan lebih bermakna
Selepas diselubungi kesedihan

Kasih sayang tidak akan bererti
Tanpa sebuah pengorbanan
Walaupun kadangkalanya amat pahit
Ia tetap didambakan oleh semua insan
Tanpa mengira batasan usia

Rintihan Hati Ibu

| | 9 comments


Wahai anak,
Andainya kau tau
Betapa aku sangat merinduimu
rindu untuk membelaimu
seperti diwaktu kau kecil dahulu

Ibu rindu akan rengekan manjamu
Hilai tawamu
senyum tangismu
Keriuhan gurauan dan usikanmu
sentiasa terngiang-ngiang ditelinga ibu

Kini
Sepinya hati seorang ibu
kerana kamu telahpun dewasa
telah punya kehidupan sendiri
ada yg sudah punya keluarga
ada yg sedang mengejar cita-cita

Tiada apa yg ibu harap darimu
hanya kenanglah ibu
dalam doamu

Geram

| | 5 comments

Petang td setibanya di rumah dari ofis, sy terkejut melihat keadaan luar rumah sy kotor. Sangat2 kotor dgn bekas-bekas tanah liat dimerata halaman rumah dan lantai porch (tempat kereta).

Sy dah agak ini mesti perbuatan anak-anak jiran yg suka sgt bertandang ke rumah kami setiap hari pada musim cuti sekolah ini. Sebelum ini sy pernah menegur mereka kerana suka beli aiskrim dan buang sampulnya ikut suka-suka aje. Yang sy geram sgt, yg suka sgt buang sampah merata-rata tu budak2 perempuan. Dan yg lebih pelik, dia org nie xmalu datang bermain kat rumah sy walhal anak-anak sy dua2 lelaki. Kalau masih kecil dan belum sekolah xpelah jugak...

But today they were too much! Hari ini xde seorang pun berada di rumah. Hafiz kerumah kawannya di Taman Melewar dan Zaim sy bawa ke pejabat kerana ayahnya ada mesyuarat di luar. Budak2 tu selamba je ajak kawan2 dtg beramai2 berpesta di rumah saya bermain tanah liat! Pastu siap kait buah kelapa muda di belakang rumah n selepas minum airnya kulit2 kelapa dibiar bersepah di laman rumah sy. Tambah lagi dgn bekas2 makanan Mcdonald yg dibiarkan begitu saje di tembok porch sy.

Darah sy tetiba menyirap. Dahlah sy ni pengidap penyakit darah tinggi. My blood really go upstairs! Badan sy mengigil...sy xpernah lg merasa begitu marah. Sebelum ni sy sentiasa sabar dgn mereka dan tegur mereka baik2 setiap kali mereka buat sepah tp kali ini....I just can't take it anymore.

Sy beritahu suami sy nak cari budak-budak tu kat rumah dia org n nak warning jangan datang rumah sy lagi. Suami sy pulak ntah nape cool je...kalau selalunya dia yg melenting dulu. Kali ni sy pulak yg naik angin. Suami sy kata xpyhlah ...nanti esok dia akan tegur budak2 tu...Sy nekad..Sy xkira sy pergi jugak nak cari budak2 tu. Kalau dpt jumpa mak dia org lagi baik..bisik hati sy. Sy betul-betul naik angin.

Dlm perjalanan ke rumah mereka, sy terserempak dgn si Banna. Dia nie pengunjung tetap rumah sy. Tapi si Banna nie xlah pengecah cam budak2 perempuan tu. Dia nie 90% masculine 10% feminie.. pengemas lebih dr perempuan. Walaupun lepasan SPM dia nie agak 'kurang matured' tp rajin menolong sy mengemas rumah dan meneman zaim kalau xde org kat rumah. Dia siap buat 'bilik persinggahan' lg di corner porch rumah sy. Sy terus marahkan dia pasal rumah kotor sgt hari ini. Dia kata bukan dia yg buat tp budak-budak perempuan tu....sy suruh dia panggil budak-budak tu datang dan bersihkan rumah sy jam-jam tu jugak.

Bila budak-budak tu datang sy marah mereka dan beri amaran jangan datang bermain dirumah sy lagi...(kejamnya...tp sy geram sgt). Si Banna la yg xpasal2 jadi mangsa kena bersihkan halaman rumah sy dgn budak-budak tu. Sy hairan juga macammana mak budak-budak tu xkisah dan xambil tau langsung tentang anak-anak perempuan mereka bermain di mana, di rumah siapa...kadang2 satu hari suntuk berkampong di rumah sy. Apa yg sy dipahamkan adik beradik dia org ada 9 orang! Agaknya pasal tu la xterjaga kot.

Suami sy kata xpe lah...budak-budak..Pasal masih budak-budaklah kita kena tegur. Dan dia org kena tau adab2 bila berada di rumah orang...especially rumah jiran. Kalau xkena cara boleh jadi gaduh. Tapi sy bukanlah kaki gaduh tetapi bila dah geram sgt boleh jadi saperti gunung berapi yang meletup...kerana sy ni bukan jenis pemarah...lebih2 lg nak marah anak orang.

Nak tengok esok dia orang berani x datang rumah sy.

Budi Bahasa

| | 2 comments

Semasa dinner beberapa mlm yg lepas, sy bersembang2 dgn kak long. Mula-mula cerita pasal hal-hal pejabat, kerja-kerja yg xpernah ada noktahnya dan kisah lecturer2 yg berbagai ragam. Ada yang sangat baik budi pekertinya, ada pulak yang menyombong macam dia sorang je yg ada PhD.

Kak long bercerita tentang seorang Professor dari University of Hawaii yang pernah menghadiri seminar undang-undang di UIA beberapa bulan yang lalu. Professor ..... (xingat nama pulak) sangat baik budi bahasanya walaupun dia merupakan seorg Professor yg sgt distinguished dan hebat dlm bidang perundangan. Tapi dia nie very humble and ucapan 'thank u' xpernah putus2 diucapkan dan sgt appreciative setiap kali kak long mengurus hal-hal dia. Berlainan dengan org kita, susah betul nak ucapkan terima kasih atau memberi penghargaan. Lbh2 lg yg dah rasa diri mereka trsgt pandai...(oops sori..xsemua camtu kan?)

Sy ingin berkongsi beberapa pengalaman di negara2 yg pernah sy kunjungi antaranya UK, Australia, New Zealand, Hawaii dan Vienna. Walaupun ada setengah2 dari budaya mereka memang xboleh dijadikan contoh langsung. Tapi ibarat kata pepatah, "Yang baik dijadikan teladan..Yang buruk dijadikan sempadan"

Di negara2 yg sy pernah kunjungi, kebanyakan pemandu kereta lebih menghormati pejalan-pejalan kaki. Kita xperlu mengangkat2 tangan minta mereka berhenti beri laluan untuk menyeberang jalan. Dari jauh mereka dah slow down dan memberi isyarat agar kita menyeberang jalan dengan selamat.

Di kedai-kedai pula, apabila kita selesai membuat pembayaran, mereka akan ucapkan "thank you" and 'Have a nice day!". Sekiranya ada baki wang, mereka akan kata, "This is yr change, madam"...akan disebutkan berapa jumlah baki wang dan seterusnya mengucapkan terima kasih dan minta kita dtg lg. Maybe itu part of their 'customer service' yg wajib dipraktikkan...cara yg efektif untuk menarik hati pelanggan. Tp melalui body language mereka, sy tau mereka ikhlas .... Xpernah lg sy jumpa cashier yg masam mukanya dan memberi layanan yang berbeza kepada sy walaupun sy org Asia. Baik muda maupun yg tua...they are very pleasant. Customer service mereka mmg 1st class.

Di negara kita kebiasaannya juruwang2 di kaunter jangankan nak ucap terima kasih kat pelanggan nak senyum pun payah.....mahal betul senyuman mereka.

Sy juga pernah mengalami satu peristiwa yg menarik di sebuah supermarket di Perth, Australia. Semasa sy dan anak-anak sedang beratur di kaunter pembayaran, ada sepasang 'mat salleh' suami isteri di depan kami dengan sebuah troli yang sarat kandungannya. Masa itu cuti krismas dan mungkin barangan dapur mereka sudah kehabisan dan nak tambah stok baru. So kami terpaksalah menunggu lama sikit sehingga mereka selesai membuat pembayaran. Sebaik saja si suami, selesai membayar, dia menoleh ke arah kami yg sedang menunggu dibelakangnya dan berkata, "Sorry to keep u waiting". Kami terkedu la jugak...Xtau nak respond camne tp sy cepat2 reply "O, its ok..no problem". Org berbudi kita kenalah berbahasa ya x?

Selama bershopping di negara kita, xpernah lagi orang depan memohon maaf kpd org yg menunggu di belakang...termasuklah sy. Kita xpernah dididik begitu dan mesti org pun akan rase pelik....apa hal pulak dan mintak2 maaf. Tapi seandainya kita berbuat begitu, tentu org yg menunggu dibelakang akan sejuk hatinya...so mampukah anda melakukannya...sy masih belum mampu kerana ianya diluar kebiasaan.

Anak-anak perlu dididik sejak kecil supaya sentiasa mengucapkan terima kasih apabila menerima sesuatu dan ajar mereka bagaimana untuk menghargai dan menghormati org lain supaya bila mereka besar nanti mereka akan dihargai dan dihormati.

Terasing

| | 9 comments


(Buat insan-insan yg kehilangan org yg disayangi)

Kegelisahan didalam kedinginan
Meniti sepi keseorangan
Sebuah kematian yang tiada bernisan
Sendu mengiringi perpisahan

Ruang nan luas diri bergerak bebas
Namun keupayaanku terbatas
Segala mimpi menjadi api
Perit membakar diri

Sebuah cinta dan harapan
Menjadi mimpi berterbangan
Tersekat nafasku kabur pandangan mataku
Amat tersiksa diriku
Kerana kehilanganmu

Oh mengapakah terus mengharap menanti
Walau cukup kusedari
Kau tak kan kembali

Pemergianmu mengisi kekosongan
Biarpun dikau masih kuperlukan
Kita dikatakan pasangan bahagia
Kini terasing luka

(Lagu Allahyarham Sudirman Hj Arshad)

Value Yourself

| | 0 comments



Don't undermine your worth by comparing yourself with others,
It is because we are different that each of us is special.

Don't set your goals by what other people deem important,
Only you know what is best for you.

Don't take for granted the things closest to your heart
Cling to that as you would your life,
for without them life is meaningless.

Don't let your life slip through your fingers by living in the past or the future.
By living your life one day at a time,
you live all the days of your life.

Don't give up when you still have something to give.
Nothing is really over … until the moment you stop trying.

Don't be afraid to admit that you are less than perfect,
It is the fragile thread that binds us to each other.

Don't be afraid to encounter risks,
It is by taking chances that we learn how to be brave.

Don't shut love out of your life by saying it's impossible to find.
The quickest way to receive love is to give love.
The fastest way to lose love is to hold on too tightly,
And the best way to keep love is to give it wings.

Don't dismiss your Dreams.
To be without dreams is to be without hope.
To be without hope is to be without purpose.

Don't run through life so fast that you forget where you've been,
But also know where you're going.
Life is not a race,
but a journey to be savored every step of the way.

With Love from Sasan

Kehilangan

| | 14 comments

Pernahkah anda kehilangan seseorang? Tentu ada yg pernah...di ruangan ini sy ingin berkongsi beberapa pengalaman sy apabila kehilangan seseorang.....tp kenapa tajuk ini ek...ntah la....mungkin kerana sy selalu saja kehilangan org2 yg sy sayang.....

Saya kehilangan seorang ayah semasa Form 3. Masih teringat lagi semasa hari pertama di Form 3, pagi itu hati sy rasa resah sahaja...Apabila sy pulang ke rumah, sy diberitahu oleh kakak, ayah meninggal dunia di Madinah. Sy seolah2 tidak percaya kerana baru beberapa hari sy melihat dia n ibu menaiki pesawat SIA di Airport Singapura. Dan masih terngiang2 di telinga segala pesanannya. "Jangan tinggal solat dan belajar rajin-rajin"...itulah pesanan terakhirnya. Jiwa sy terasa begitu kosong..tetiba saja sy tidak berayah. Semoga roh ayah dimasukkan ke dlm golongan org2 soleh.


Sy juga pernah kehilangan seorang kwn baik selepas SPM....kira-kira 35 thn yg lalu. Dia merupakan teman baik semasa kami bersekolah dan tinggal di asrama di JB. Tapi cuma utk 2 tahun saje...tgktan 4 dan 5...selepas SPM kami pulang ke kampong masing2...sy ke kluang dan dia ke pontian...hari perpisahan sgt2 menyedihkan...sehingga dah sampai rumah pun sy masih lagi menangis dan menangis. Banyak kenangan2 manis dan pahit kami lalui bersama. Namun keadaan telah memisahkan kami dan sehingga kini kami tidak pernah bertemu. Ntah kenapa kami tidak pernah berusaha untuk bertemu kembali. Sy doakan semoga dia sentiasa bahagia di samping keluarganya.

Kemudian sy kehilangan seseorang yang pada waktu itu sangat istimewa dlm hidup sy. Tanpa ada perasaan benci, tiada sengketa...tetibe masing-masing menyepi diri...sy percaya dia kini bahagia di samping keluarganya.

3 tahun lalu sy kehilangan seorg ibu pula. Kehilangan yg sgt besar....Kehilangan ibu yang menjadi pendokong dan sumber kekuatan sy. Walaupun ibu bukan seorg yg 'banyak mulut' tp setiap kali memandang wajahnya sy akan menjadi begitu bersemangat untuk melayari hidup ini. Kejayaan sy membesarkan anak-anak adalah hasil dr bantuan dia...ibu tidak pernah mengeluh atau bersungut. Seorg nenek yg sgt2 menyayangi cucu-cucunya. Ibu bnyk memberi kemudahan kpd sy, yg berat diringankan, yg susah dipermudahkan. Kehilangan dialah yg paling meruntun jiwa sy sehingga kini. . Masih terbyg renungan terakhir ibu sebelum dia menutup mata utk selama-lamanya. Renungannya seolah2 ingin mengucapkan 'selamat tinggal' dan itulah pandangannya yg terakhir. Sy amat terasa akan kehilangannya walaupun dia hanyalah ibu angkat sy. Ibu angkat yg telah bnyk berjasa kpd sy yg merupakan satu2 saja anaknya. Walaupun sy agak terkilan kerana ibu telah menyembunyikan penyakit kansernya sehingga 'stage 4', tetapi sy mengerti mengapa ibu bertindak demikian. Dia tidak mahu menyusahkan sy. Namun begitu, sy merasa sgt puas kerana berpeluang menjaga ibu sehingga dia menghembuskan nafas yg terakhir. Ibu, semoga rohmu dicucuri rahmat.

Setahun selepas itu, sy kehilangan lg. Kali ini kehilangan seorg adik lelaki bongsu. Dia meninggal akibat kanser paru-paru. Dia pergi dlm usia agak muda ...baru 40 tahun. Anak-anak masih kecil. Dia sedar bahawa dia akan pergi.....dan bersedia utk pergi....Setiap kali sy menziarahinya di hospital, dia selalu berkata, "org katil sebelah dah pergi, giliran kita ntah bila agaknya". Dia begitu tenang menghadapi saat2 kematiannya kerana dia tahu sel-sel kanser yg aktif di dlm tubuhnya sudah tidak dpt dikawal lg walaupun sudah bnyk kali menjalani kimoterapi. Walaupun sy tidak dibesarkan bersama-sama dia, tetapi sy tetap merasa kehilangan...kerana dialah satu-satunya adik lelaki sy...darah daging sy. Fuzam, akak doakan supaya roh mu bahagia d sana.

Mungkin selepas ini sy akan terus kehilangan lagi ......atau ntah2 org akan 'kehilangan' sy. Betapa sedihpun perasaan, namun semuanya harus ditempoh dengan ketabahan dan harus sentiasa pasrah dengan setiap ujianNya....

Yang pasti ingatan sy terhadap mereka tetap segar dlm lipatan kenangan. Sy bersyukur kerana diberi peluang utk menyayangi dan disayangi.

Sesunguhnya DIA lah yang Maha Mengetahui apa yg terbaik utk kita.

Karya oh Karya

| | 8 comments


Lamenya xupdate. Maybe blogging is not my cup of tea. Tak pandai nak berkarya..nak bermadah...nak berpantun...nak buat lawak...bila baca balik draft yg dah dibuat...rasa xsedap aje....mesti diketawakan. oleh bloggers lain....nanti mereka akan kata "ntah ape2 blog si nannychomel tuh....bosannya"


Tengok thia punya blog amboi...tiap-tiap hari update sejak rumah dah ada wi-fi...Helo..Cik Fathiyyah...don't get carried away...Ingat your priority...Tengokkan bakat dia dlm penulisan..ishh....not bad...mungkin juga mewarisi bakat ibunya yang masa muda2 dulu rajin menulis dalam diari....ada lagi tersimpan ditempat rahsia...banyak kisah dan peristiwa suka dan duka di dalamnya.....anak-anak xpernah jumpa diari tu...akan ku tinggalkan sebagai harta pusaka...


Well...pelik rasanya camne la org lain ada masa nak update blog...especially the future 'doctors'..and 'engineers' and 'accountants'......subjek punya la bnyk nak kena study but still they have time to update their blog. Or maybe tugas mereka hanya study je kot...tp yg kat overseas terpaksa berdikari...tentu bnyk urusan jugak...masih lg bole update blog..or maybe they are still young....full of interesting ideas....and they talk the same language.

But not for nannychomel......nannychomel dah ketandusan idea....experience bnyk nak share tp bila nak put on the screen aduhhh terasa sgtlah susahnya...jadi mental block pulak...aduhai...anak-anak ku...kalian sungguh hebat.....nannychomel envy sgt dgn bakat kamu yg sgt pandai berkarya...teruja dgn pengalaman-pengalaman yg dikongsi bersama....

Selain blog thia and adik, nannychomel minat sgt menziarahi blog CJ, Syah, Cairo boy and Sarah Mohd Shukor......blog mereka sgt dramatik.....bnyk cerita-cerita menarik yg mampu membuat nannychomel terkhayal di dalam dunia mereka....nantilah...mungkin skrg fikiran nannychomel sedang berserabut...insha'Allah, bila jiwa kembali tenang dan fikiran sudah lapang akan nannychomel cuba untuk menghasilkan karya2 yg menarik...

P.S.: Hari Sabtu, nannychomel nak bawa anak-anak tgk teater 'Sinbad' di Istana Budaya...our yearly event.....harap-harap best macam 'Aladin' and 'Siti di Alam Fantasi' and 'Ali Baba Bujang Lapok'...seronok tengok teater kanak-kanak nih....rasa cam nak kembali ke dunia kanak-kanak hihihi....sentiasa gembira dan penuh gelak ketawa....

Till we meet again.

Tomorrow can be too late

| | 8 comments


If you're mad with someone and nobody's there to fix the situation... You fix it. Maybe today, that person still wants to be your friend.
And if u don't, tomorrow can be too late.

If you're in love with somebody, but that person doesn't know... tell her/him. Maybe today, that person is also in love with you.
And if you don't say it, tomorrow can be too late.

If you still love a person that you think has forgotten you... tell her/him. Maybe that person has always loved you.
And if you don't tell her/him today, tomorrow can be too late.

If you need a hug of a friend... ask her/him for it. Maybe they need it more than you do.
And if you don't ask for it today, tomorrow can be too late.

If you really have friends who you appreciate... tell them. Maybe they appreciate you as well. That if you don't and they leave or go far away today, tomorrow can be too late.

If you love your parents, and never had the chance to show them... do it. Maybe you have them there to show them how you feel.
That if you don't and they leave today, and then tomorrow can be too late.

Buat Teman-Teman (yg muda-muda belaka)

| | 9 comments


<














Teman.
Dunia ini begitu indah dengan kehadiran kalian
Gelak ketawa kalian menceriakan hari-hari ku

Teman,
Kalian setia bersama ku
Di waktu senang dan susah
Di waktu suka dan duka
Seiring dan sejalan
Menempuh berbagai cabaran
Bagi meraih sebuah kejayaan
Dalam perjuangan

Teman,

Semoga semangat setiakawan
Dan kasih sayang
Terus berkekalan
Dan segala memori indah
Terukir dan terpahat dalam kenangan






Update

| | 2 comments

Leganya rasa bila sebahagian dari bebanan tugas sudah selesai. Sejak 20 Oktober sehinggalah petang tadi, 7 November, setiap hari ada meeting. Jari jemari dah xlarat nak mengetuk keyboard setiap kali kena siapkan dokumen-dokumen utk meeting dan selepas meeting. Alhamdulillah, hari ini meeting terakhir..bole la rehat-rehatkan jari sikit walaupun dalam in-tray banyak surat-surat menunggu untuk diambil tindakan.

Xsedar esok dah hari Sabtu. Sejak Hafiz discharged dari Tawakal Hospital, aku dah lost track of time. Banyak perkara nak disettlekan. Zaim pun dah selesai peperiksaanya...ntah camne agaknya results dia. Setiap kali tanya camne kertas ujian he just answered, "Buat aje..." Biasanya anak-anak lelaki akan jawab begitu, betul x CJ? Hafiz, ketika diserang demam denggi langsunglah xbukak buku. Xnampak langsung keresahannya. Dia missed 4 papers...tp aku lebih risaukan kesihatannya masa itu. Biarlah dia sembuh betul2 baru pegi sekolah amik periksa..lagipun MC dia seminggu. Xnak dia demam balik. Xnak duk kat hospital lg. Phobia dengan hospital. Dulu rasa cam xnak jejakkan kaki ke hospital lagi..kerana pernah teman arwah ibu dua minggu di HKL sehinggalah dia meninggal dunia di Wad Onkologi, HKL. Tengok HKL teringat saat-saat terakhir bersamanya.....setiap kali ingatan itu datang...pasti airmata akan mengalir walaupun sudah 3 tahun dia pergi meninggalkan aku.

Pastinya pelawat-pelawat blog nannychomel boring kerana xde update. Kadang2 rasa pelik tengok bloggers lain yang rajin mengupdate blog mereka. Isshhh....rajin betul dia orang tu...pandai cari masa update blog. Sebenarnya bnyk cerita nak dikongsi bersama tapi masa nak mengarang tu xde...kadang2 idea xkuar langsung...otak jadi tepu.

Tapi, don't worry...blog anda tetap dilawati..ada jugak komen2 yang diberi..but to me blog nie sesuai sangat untuk anak-anak muda dan mereka-mereka yang punya banyak masa untuk berkarya. Mereka-mereka yang tidak banyak komitmen seperti aku yang pagi kuar kerja balik dah senja, balik rumah kena uruskan makan minum keluarga, kena tengok baju-baju dan berlipat ke belum, dan bergosok ke belum, sampah di dapur dah dibuang ke belum....dan macam-macam lagi la urusan rumahtangga yang perlu diberi keutamaan....so bila badan dah penat...otak pun xmampu nak berkerja lagi...lebih-lebih lagi age is catching up. Kalau dulu2 stay back kat ofis sampai jam 10 mlm pun cergas lagi tapi sekarang balik jam 9 mlm, sampai je rumah terus cari katil...one of the signs of old age!

So..sebelum tugasan lain datang, kesempatan ini diambil utk mengupdate.

Rezeki

| | 15 comments

Arini IIUM menganjurkan EID Gathering untuk semua staff..academic and non-academic. Dress Code: Baju Raya... nasib baik la ada sepasang baju raya tahun nie...xbole nak lawan thia n adik....4 pasang! Maka berduyun-duyunlah kami ke Galeri KAED (Fakulti Seni Bina)untuk memeriahkan suasana. Kalau nak ikutkan hati malasnya nak menapak ke sana....jauuuuhhhh bangat.

Aku n d geng pegilah juga...naik tangga turun tangga n menyeberangi sungai yang warna airnya cam teh tarik kaw-kaw tu..melintasi dewan besar CAC and akhirnya sampai jugak la ke KAED. Masuk2 org dah ramai memenuhi setiap ruangan...semua kerusi sudah dipenuhi. Nape lah xbuat kat CAC...besar n luas...n boleh masuk seberapa ramai yang ada..rupa2nya student ada exam esok takut xsempat nak susun kerusi meja.

Memandangkan tiada kerusi lagi, kami decide nak berdiri je...lgpun pergi pun kerana nak makan je hehehe...ntah camne our ushers (penyambut tetamu) ternampak kami berdiri tercangak-cangak dilambainya kami ke depan suruh penuhkan meja VIP yang masih kosong. Alamak...xkanlah nak duk kat situ...seganlah pulak lagipun dekat sgt dengan meja VVIPs... tp memikirkan kalau kami xduduk meja tu akan diisi oleh staf lain pulak maka kami dengan muka yang separuh malu separuh segan tp hati mahu nie pergilah juga ke meja depan....xjauh dr meja bekas Rektor kami yg dikasihi, Tan Sri Prof. Dr. Mohd. Kamal Hassan yang sentiasa nampak segak and hensem. Bersama-sama beliau adalah dekan-dekan dan ketua jabatan-jabatan kulliyyah (fakulti)...termasuk Dekan, KOE (Engineering) Prof. Dr. Ahmad Faris Ismail (guess ayah sape?).

Maka bersantaplah kami disitu. Kalau duduk kat meja VIP makanan disajikan tetapi menunya limited...xmacam yg lainnya hidangan style buffet...tu yg xbest duk kat meja VIP...terpaksa control anggun pulak hihihi....stressed betul..makan pun xkenyang. Semasa jamuan, tetamu dihiburkan oleh Kumpulan muzik tradisional ISTANA BUDAYA..tp semuanya lagu raya...hmmmm bila la nak berhenti lagu2 raya nie..kerjapun xfokus psl masih dilanda mood raya. Di antara program yg menarik ialah cabutan nombor bertuah dan pakaian tercantik lelaki dan perempuan...hmmm....sape lah pemenang-pemenang yg bertuah agaknya...

Ketika tengah khusyuk menjamu selera (sebenarnya xmakan banyak pun...hanya 3 cucuk satay..n 2 keping lemang...n soto yg dikongsi dengan geng)...tetiba aku mendengar nombor staf ku dilaung oleh MC? Ehh..betul ke nombor 455? macam dengar xdengar je..diulangi lagi nombor itu..dan aku memandang seorang AJK yg berada disebelah MC lalu memberi isyarat jari 4..5...5... ke? Dia mengangguk...Yahooo..nombor aku naiklah lalu dengan terujanya aku kedepan untuk mengambil hadiah cabutan bertuah itu.

Staff2 pejabat ku terkejut...mane taknye..sejak khamis minggu lepas aku dah 4 kali tampil kedepan untuk menerima hadiah-hadiah berikut:

Pertama: Anugerah Kualiti 2008 peringkat Jabatan
Kedua : Pemenang Hadiah Kuiz Ramadhan 2008
Ketiga : Cabutan Nombor Bertuah (Hari Kualiti)2008
Keempat: Cabutan Nombor Bertuah (EID Gathering)2008

Nak buat camne....Allah dah tetapkan rezeki ini untuk ku, Alhamdulillah. Bukan selalu pun dapat hadiah berturut-turut hihihi. To my friends, jangan risau ....hamper hadiah cabutan nombor bertuah minggu lepas belum dibuka lg...masih berbungkus elok...rajin-rajin la datang ke bilik ku k...akan ku kongsi bersama kalian.

A Message by George Carlin:

| | 5 comments

The paradox of our time in history is that we have taller buildings but shorter tempers, wider Freeways , but narrower viewpoints. We spend more, but have less, we buy more, but enjoy less. We have bigger houses and smaller families, more conveniences, but less time. We have more degrees but less sense, more knowledge, but less judgment, more experts, yet more problems, more medicine, but less wellness.

We drink too much, smoke too much, spend too recklessly, laugh too little, drive too fast, get too angry, stay up too late, get up too tired, read too little, watch TV too much, and pray too seldom.

We have multiplied our possessions, but reduced our values. We talk too much, love too seldom, and hate too often.

We've learned how to make a living, but not a life. We've added years to life not life to years. We've been all the way to the moon and back, but have trouble crossing the street to meet a new neighbor. We conquered outer space but not inner space. We've done larger things, but not better things.

We've cleaned up the air, but polluted the soul. We've conquered the atom, but not our prejudice. We write more, but learn less. We plan more, but accomplish less. We've learned to rush, but not to wait. We build more computers to hold more information, to produce more copies than ever, but we communicate less and less.

These are the times of fast foods and slow digestion, big men and small character, steep profits and shallow relationships. These are the days of two incomes but more divorce, fancier houses, but broken homes. These are days of quick trips, disposable diapers, throw away morality, one night stands, overweight bodies, and pills that do everything from cheer, to quiet, to kill. It is a time when there is much in the showroom window and nothing in the stockroom. A time when technology can bring this letter to you, and a time when you can choose either to share this insight, or to just hit delete...

Remember; spend some time with your loved ones, because they are not going to be around forever.

Remember, say a kind word to someone who looks up to you in awe, because that little person soon will grow up and leave your side.

Remember, to give a warm hug to the one next to you, because that is the only treasure you can give with your heart and it doesn't cost a cent.

Remember, to say, 'I love you' to your partner and your loved ones, but most of all mean it. A kiss and an embrace will mend hurt when it comes from deep inside of you.

Remember to hold hands and cherish the moment for someday that person will not be there again.

Give time to love, give time to speak! And give time to share the precious thoughts in your mind.

AND ALWAYS REMEMBER:
Life is not measured by the number of breaths we take, but by the moments that take our breath away.

My advice: "Just do whatever you think you should do.....before it's too late. DO IT NOW!"

Cinta 2

| | 15 comments

Janji ku dulu akan ada kisah CINTA siri ke 2. Satu topik yg menjadi minat ramai...terutamanya uda dan dara. Bagi yg sudah berumahtangga, masih adakah CINTA yg mengetuk pintu hati?

Apakah benar CINTA itu hadir tanpa diundang?

CINTA, KASIH DAN SAYANG.....perlukah kita mempunyai ketiga-tiga elemen ini untuk hidup bahagia?

Ada pasangan yg bercinta bagai nak gila..tetapi akhirnya berpisah juga. Kata mereka tiba-tiba saja perasaan CINTA itu hilang, lenyap...it's gone....gone...gone with the wind.

Ada pasangan yang hangat bercinta ..tiba-tiba pintu hatinya diketuk oleh orang lain. Tiada angin, tiada ribut...CINTAnya beralih arah.

Ada pasangan yang bertahun-tahun mempertahankan CINTA mereka, tetapi bertemu jodoh dengan orang lain. Sungguh tragis.

Ada pasangan berjaya mengharungi alam percintaan sehingga berjaya ke gerbang perkahwinan tetapi kecundang juga...gagal mempertahankan CINTA mereka kerana perkahwinan penuh dengan onak dan duri. Namun perkahwinan masih diteruskan walau CINTA sudah tiada lg di hati mereka, mengapa? Demi kebahgiaan anak-anak. Sampai bila?

Ada pasangan yang tidak pernah berCINTA sebelum berkahwin tetapi bahagia hingga ke anak cucu...saperti orang2 tua dulu-dulu. Apakah kunci kebahagian mereka ini terletak kepada keikhlasan dan ketulusan dalam PERCINTAAN?

Sukar untuk dimengertikan. Tapi yg pasti CINTA boleh membuat kita jadi BUTA. Kerana CINTA sanggup tinggal emak tinggal saudara...tp apabila dihimpit masalah baru sedar langit itu tinggi atau rendah.

Ada orang kata...CINTAIlah diri dulu sebelum menCINTAI orang lain.
Ada orang kata...JANGAN menCINTAI pasangan anda 100%...tinggalkan 10% untuk diri sendiri.
Ada orang kata...kasih sayang lebih bertahan dari CINTA. CINTA mudah datang dan pergi...betulkah?

Yang pasti berCINTA itu ibarat satu perjudian...tiada jaminan akan menang..

Hingga ketemu lagi di siri yg lain...Yang masih belajar tu....jgn dipikirkan2 sgt soal CINTA...ianya bukan PRIORITY buat masa ini.

Kasih Ibu

| | 7 comments

Akhirnya semalam berlalu juga...hari yg memaksa aku berpisah dari salah seorg dari anak-anakku. Setelah 3 bulan dia bersama-sama ku, tiba masanya dia pergi lagi. Kepulangannya dulu disambut dengan penuh gembira...pemergiannya kali ini tidak pula diiringi dengan air mata...Aku tidak mahu mengiringi perpisahan kali ini dengan isak tangis kerana tidak mahu dia menjadi lemah semangat. Biarlah aku lepaskannya dengan perasaan gembira supaya dia boleh meneruskan perjuangannya dengan suasana yang aman dan tenang.

Namun hati seorang ibu....ia akan tetap merasa hiba
Dan doaku tak putus-putus mengiringi pemergiaannya

Dalam kamus seorang ibu, walau 10 org anaknya sekalipun, kasih sayang tetap terbahagia sama rata...tiada yg lebih tiada yg kurang. Tidak bermakna bila anak-anak tiada disisi, kasih sayang ibu akan berkurangan. Seorang ibu akan sentiasa mendoakan kesejahteraan utk kesemua anak-anaknya...cuma anak-anak selalu gagal untuk memahami perasaan dan hati seorang ibu.

Namun hati seorang ibu...dia sentiasa memaafkan
Walau dalam keadaan hatinya terluka.

Semasa anak-anak kecil, hati seorang ibu sentiasa rasa terhibur dengan tingkah laku mereka. Gurauan, gelak ketawa, tangisan, jeritan, sakit pening...itu semua hiburan bagi seorang ibu. Tetapi hati seorang ibu akan merasa sunyi apabila anak-anak sudah dewasa. Anak-anak sudah ada dunia sendiri, keluarga sendiri, kehidupan sendiri dan seorang ibu sudah tidak lagi memainkan peranan yg besar dalam hidup mereka.

Namun hati seorang ibu..
masih mahu memberi restu
masih mahu memberi ruang pada kemaafan

kerana kasih sayang seorang ibu
sentiasa memberi cahaya.....
ibarat pancaran mentari pagi
dan sinaran bulan dimalam hari

Something Nice To Share

| | 2 comments

'The happiest people in the world are not those who have no problems, but those who learn to live with things that are less than perfect.'

A group of graduates, highly established in their careers, got together to visit their old university professor. Conversation soon turned into complaints about stress in work and life.

Offering his guests coffee, the professor went to the kitchen and returned with a large pot of coffee and an assortment of cups - porcelain, plastic, glass, crystal, some plain looking, some expensive, some exquisite - telling them to help themselves to the coffee.

When all the students had a cup of coffee, the professor said: 'If you noticed, all the nice looking expensive cups were taken up, leaving behind the simple and cheap ones. While it is normal for you to want only the best for yourselves, that is the source of your problems and stress. Be assured that the cup itself adds no quality to the coffee. In most cases, it is just more expensive and in some cases even hides what we drink.

"What all of you really wanted was coffee, not the cup, but you consciously went for the best cups... Then you began eyeing each other's cups."
Now consider this, said the professor, 'Life is the coffee; the jobs, money and position in society are the cups. They are just tools to hold and contain Life, and the type of cup we have does not define, nor change the quality of Life we live. Sometimes, by concentrating on the cup, we fail to enjoy the coffee God has provided us. Enjoy your coffee!'

The happiest people don't have the best of everything. They just make the best of everything. Four things to take note of in life...
1. Live simply.
2. Love generously.
3. Care deeply.
4. Speak kindly.

Shine a light & enjoy your Coffee today!!

Macam-macam Cerita

| | 5 comments

Salam,

Lamenya xupdate blog...sejak 'gong chan' masuk ICU...rasa xbersemangat nak update blog. Kesian 'gong chan'...tu la thia...mendera dia dr subuh hingga ke subuh...kalau la gong chan bole bersuara mau aje dia menjerit meminta 'tuan'nye berehat sekadar tiga empat jam sehari...hah tengok skrg sape yg susah....thia gak yg susah...n I pun susah sama tau ...xbole nak update tanpa 'gong chan'..bukan xbole update pakai PC lain tp 'gong chan' gak yg best hihihi


Namun begitu, sy tetap mengupdate diri dgn kisah2 terbaru...don't worry...blog2 anda tetap diziarahi cuma xbole nak comment je...maklumlah bila raya dah dekat macam2 keje nak kena buat...makin ramai kat rumah makin bnyk pulak keje yg xselesai..sepatutnye makin ringan tugasan....tambah stressed lg bila anak-anak kejap2 hilang... syp sunyi....sepi je kat umah...bila disiasat rupa2nya masing-masing mengadap laptop...(masa tu 'gong chan' sihat lg)...tp bila 'gong chan' masuk ICU...tuannya pun demam sama.

Anyway, hari raya dah pun berlalu. Nak kata seronok sgt xjugak...xseronok langsung pun tidak...so... so.... Cuma perbezaannya tahun nie balik JOHOR....dah lame xblk sana..rasa2nye dah 4 tahun kot....ketupat rendang n sambal kacang Johor sentiasa terbyg di mata. Lebih2 lg yg disediakan oleh kakak n anak-anaknya terutamanya anak2 sedara lelaki sy yg memang pandai merebus ketupat. Sebenarnya bukanlah nak mkn sgt tp tahap kerinduan terhadap sdara mara di Kluang n Muar sudah sampai ke tahap maksima. Terasa benar betapa lamenya sy tidak menjenguk mereka. Sy tidak mau anak-anak putus hubungan kekeluargaan dengan ibu2 n bapa2 sedara n sepupu sepapat mereka di Johor. Walaupun tidak sempat menziarahi semua keluarga di sana, namun sy puas kerana dpt bawa anak-anak blk Johor.

Lagi 4 hari thia nak blk Cairo. Sekejapnye rasa 3 bulan percutiannya di sini. Thia tgh pening kepala...bnyknye brg2 nak dibawa blk. Ayahnye beli sambal daging sampai 3 kotak... camne nak bawak blk..thia bertambah pening. Dah berapa kali punggah beg..xmuat2 lg... lum masuk barang2 dapur...ada ke kengkawan yg nak tolong bawakan???? xpe la thia...bawak je pegi KLIA..kalau xbole bawak semua...kita org bawak blk umah je...hihihi..tp yg peliknye thia nie...dia cam xkisah pun dah dekat nak blk..relaks je...arini bole pg main ice skating lg...helo...bila nak siap pack barang-barang?

Arini dah start keje..tp ofis masih sunyi sepi...boring la pulak...Ooops...lupa nak wish pengujung2 blog nannychomel yg setia... 'SELAMAT HARI RAYA' Maaf Zahir n Batin...

WARKAH BONDA (buat anakanda yang berada di IRBED)

| | 9 comments

Anakandaku Atiqah,

Airmata bonda bercucuran membaca warkahmu yg ditujukan khas buat Fathia, sahabat baik mu. Bonda dapat merasakan betapa hebatnya kerinduanmu terhadap dia. Sungguh bonda turut merasainya kerana bonda turut merindui mu malah sgt terkilan kerana tidak berkesempatan menemuimu ketika anakanda pulang ke Malaysia tempoh hari. Bonda ada mengajak Fathia berkunjung kerumah mu tetapi nasib tidak menyebelahi bonda kerana anakanda sudah merancang utk menziarahi nenekmu pada hari itu. Bonda redha kerana nenekmu lebih penting.

Atiqah,

Bonda sgt menghargai persahabatan kamu berdua...persahabatan yg begitu akrab sehingga ketika anakanda berdua berada di KISAS, setiap kali bonda menziarahi Fathia, bonda rasa tak sah kalau tidak dapat berjumpa dgn mu walaupun untuk beberapa saat sahaja. Anakanda sgt berbudi bahasa, sopan santun, lemah lembut dan melayan bonda seperti ibu sendiri. Bonda rasa seolah-olah ada satu ikatan di hati-hati kita, walau ianya tidak pernah dibicara atau diluahkan malahan tidak pernah jua saling mengenali sebelum itu.

Atiqah,

Bonda turut terkilan kerana anakanda berdua terpaksa berpisah bagi meneruskan cita-cita masing-masing. Anakanda pernah berkata, kalau boleh hendak belajar bersama-sama Fathia. Tapi Allah Maha Berkuasa di atas segala-galanya. Dialah yang menentukan takdir kita. Maka anakanda berdua terpisah...walaupun tidak jauh namun perpisahan itu membawa kesedihan dan kepedihan. Tapi percayalah, anakandaku, ini adalah ujian dan dugaan dariNya yg hendak menguji sejauh mana kesetiaan kamu berdua sebagai sahabat sejati. Sejauh mana keikhlasan yang kamu suburkan di dalam hati. Kita tidak akan tau sedalam mana kasih kita pada seseorang jika kita tidak diuji dgn perpisahan.

Atiqah,

Perpisahan itu memang menyakitkan. Namun, jika kamu redha dgn ketentuanNya, bonda yakin di akhir perpisahan ini nanti, anakanda berdua akan menikmati suasana yg lbh bahagia. Bonda teringat kata-kata seseorg yang pernah rapat dgn bonda satu masa dahulu, "A minute of loneliness, Happiness for a lifetime". Di kala kita keseorangan dan kesunyian, kita pasti akan teringat saat-saat suka dan duka bersama-sama org yg kita sygi dan sentiasa berharap agar kesunyian itu akan berakhir dgn kegembiraan sepanjang hayat. Di sinilah perlunya pengorbanan. Tiada kasih yang tidak menuntut pengorbanan. Hanya bonda harap ungkapan "Yang Indah Itu Hanya Sementara" tidak akan berlaku di antara kamu berdua.

Di akhir kata bonda doakan semoga anakanda sentiasa tabah menghadapi cabaran dalam mengejar cita-cita. Anggaplah kesunyian dan kerinduan anakanda sebagai satu hiburan di perantauan. Ianya adalah mainan perasaan semata-mata. Bonda yakin anakanda mampu mengatasinya.

Anak cina memasang lukah
Lukah dipasang di tanjung jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Bagaikan rambut bersimpul mati

Daun selasih permainan budak
Daun selasih dimakan budak
Bercerai kasih talak tiada
Seribu tahun bertemu juga

(sebahagian petikan lagu dari filem melayu "GURINDAM JIWA" lakonan Nordin Ahmad dan Latifah Omar......masa tu anakanda2 berdua lum ujud lagi di dunia....tetapi lagu ini sgt2 bonda minati.)

Sekian, salam sayang.

Gara-Gara nak kulit cantik....

| | 7 comments

It all happened during last weekend. I bought a beauty soap, a day cream and a night cream (Vitamin E) tp bahannya xtau pulak dr ape....tp kata jurujual tu bahan natural n xde bahan kimia. Murah je...RM15 semuanya. Tujuannya nak remove pigmentation (jeragat) yg dah bnyk melata di muka. Maklumlah, kulit dah terlalu matured or maybe becoz I don't bother much about skin care. So nak buatlah something kat kulit muka biar cantik, halus dan mulus, konon-konon nak improve penampilan sikit utk raya nanti.

On the 1st day , I washed my face using the beauty soap and applied the day and night cream. Everything was ok. No negative reaction. Rase confidentlah jugak. If it works, I don't have to invest in all those expensive set of skin care which are available in the market.

To my surprise, on the 2nd day, that was on Sunday, when I woke up to prepare for Sahur, while washing my face and looking through the mirror, I was surprised to see a huge patch of red skin covering my neck and the upper part of my body. I felt itchy but thinking that it might had been caused by an insect bite, I jez ignored it.

In the morning, again I washed my face using that soap and applied the day cream, as instructed by the Sales lady. Totally believing in what she'd said, it didn't cross my mind that the rash on my body was due to the side effect of the cream. Towards evening, I saw my face red and swollen and when I touch it, I can feel a slight pain n irritation. It also had a burning sensation. Oh God, what had I done to my face. I called thia into my room and showed her my face, my neck and all those red spots on my body..."Ini macan kesan allergic, mak", thia commented.

Thia asked me to stop using the soap and the cream. I kept on washing my face with tap water to ease the burning sensation. I felt so, so scared and prayed hard that nothing worse than this would happen to my face. Infact, this is the 1st time I 'ventured' into this experiment. (Sebelum nie xpernah terpedaya dgn kata-kata jurujual make-up). I must immediately go and see the doctor tomorrow.

Went to see Dr. Nurul this morning..very sweet and gentle doctor. "Dr., tengoklah apa dah jadi dgn muka sy! Dah xcomel dahhh. Camne nak raya nie?" I demanded her sympathy. "You pakai cream ape nie?" asked Dr. Nurul. I told her my sad story.."Sah ada benda yg u allergic nie. Mesti ada sommething dlm cream yg menyebabkan muka u bengkak" She added. "One injection k...n ubat bengkak n gatal-gatal." advised Dr. Nurul. Emmmm..xpasal2 kena injection. Dah lama xkena injection tauu.
But Dr. Nurul said dgn injection saje bengkak xbole hilang..kena telan ubat jugak. Terima aje la arahan Dr....and dpt MC sehari (nie yg ada masa update blog ....hihihi).

Hopefully, my face will be back to normal dlm masa dua tiga hari nanti....xnak la beraya dgn muka sembab...macam Doraemon.

Moral of the Story: Jangan mudah terpedaya dengan janji-janji manis jurujual n biarlah berbelanja lbh sikit untuk mendapatkan produk yang berkualiti. And also always get the advice from the experts first.


Shopping RaYa

| | 9 comments

15 September 2008, most happiest day in 2008 diary? Why? It's PAY DAY for all government officers and more so this year, they were given the 1st payment of a one month's bonus. So, this month they received half month bonus. Yahoooo.....that includes me, of course.

But b4 bonus day, thia and me, awal-awal lg dah serang SOGO! Sorry...terpaksa guna 'campurisation' of languages...kalau dulu istilah 'bahasa rojak' tp skrg x lg...we used 'campurisation' .....sounds better....ala-ala 'internationalisation' gitu...

We entered SOGO around 11.30 a.m. on Friday, 5th September. Oh my God! we were so surprised to see hundreds of early birds already flocking at the departmental stores especially at the Children's department. On our way up, we could see big crowds on the groundfloor macam semut mengurung gula gamaknye....kata org Perak. Furthermore, it was a PREVIEW day for SOGO card members and there was a big sale.

(Interlude: Thia tengah packing baju untuk bawa balik Cairo....cam xmuat je beg tu..)

My main intention was to buy baju raya for Hafiz n Zaim and to take advantage of the 70% discount tp yunno la thia...dia slalu 'tumpang semangkuk....she said for adik tp kalau beli untuk adik, kena beli untuk dia jugak....biaselah anak manja..as a mother, of course I won't let her down......After so much hassle, I managed to picked up few new shirts and pants for my two younger sons. The prices were quite reasonable....kira murah la jugak, then it was time to pay. Upon reaching the payment counter, we were taken aback coz the queue was so long and it would take us more than half an hour to reach the cashier. We decided to go to another counter but the situation is the same. What to do..queue ajer la..Halfway through, one lady staff asked us to go to the upper floor coz there were less people at that department. Alhamdulillah. We quickly rushed to the upper floor and get the payment done.

(Interlude: Thia pening kepala.....baju xmuat beg...lum lg nak isi botol kicap n cili sos ...)

When we left SOGO at about 4.30 p.m. (5 solid hours in SOGO!), people still keep coming in. Luckily, it was a working day. The next day, Anwar, my son told me that he and his wife, Aishah, could not enter SOGO at all!

This Hari Raya kira mewah sikit la berbelanje coz dpt bonus...tp arini bru 20hb.....duit bonus cam dah abis jerrr ......huhuhu...xpe janji anak-anak bahagia.

P/S: Kalau nak shopping kat SOGO masa sale, kena pegi subuh-subuh...tunggu depan pintu masuk.

Cinta 1

| | 16 comments

Semalam sy menghadiri sesi ceramah agama mingguan di ofis. Penceramahnye seorg ustaz yg sy sgt kagumi...sejak menghadiri kursus Khemah Ibadah kira-kira dua bulan yg lalu. Bila ustaz ini memberi ceramah, impaknye sgt hebat...mampu menyedarkan kita dan membuat kita benar-benar insaf. Bukan setakat berderai air mata malah terisak-isak memikirkan dosa-dosa .....lebih-lebih lg semasa membaca doa taubat selepas solat subuh..,,,,,dalam suasana yg penuh keheningan dan kesyahduan....air mata bercucuran begitu deras sekali macam air terjun di Niagara Falls.

Bukan tentang itu yang ingin dikongsi bersama tetapi kisah bagaimana CINTA itu membuat kita jadi BUTA....CINTA biasanye dikaitkan dgn sesuatu yang sgt indah, mempesona, mengkhayalkan, membahagiakan dan berbagai-bagai lg yg semuanya indah-indah belaka. Ianya akan terasa begitu indah sehinggalah apabila ianya menemui kegagalan dan ditimpa kekecewaan barulah kita terasa CINTA itu pahit and menyakitkan.

Menurut kata Ustaz, perjalanan CINTA itu, sekiranya tidak dipandu dgn IMAN akan menjerumuskan pencinta-pencinta ke dlm lembah yg hina. CINTA bermula dgn perkenalan, bila dah kenal maka lahirlah bibit-bibit CINTA. Apabila benih-benih CINTA mula bersemi, maka berkembanglah bunga-bunga CINTA. Kuasa CINTA yg sudah bertahta dihati, mampu membuat sang pencinta menjadi BUTA. Yg cerdik pun boleh jd xcerdik, yg kuat imannya pun boleh goyah keimananya dek kerana SETIA dan PATUHnya dia pada CINTAnya. Baginya kesetiaan dan kepatuhan itu adalah bukti kehebatan CINTAnya. Maka. bagi membuktikan lagi kehebatan CINTAnya itu, sang pencinta sanggup BERKORBAN apa saja tanpa menyangka yang satu ketika nanti apabila CINTAnya menemui kegagalan atau dia dikecewakan, dirinya akan TERKORBAN.

Oleh itu, berhati-hatilah apabila diri dilanda penyakit CINTA. CINTA yang hebat itu sebaik-baiknya hanya untuk DIA ......YANG MAHA AGUNG.....PENCIPTA KITA. ...YANG MAHA PENGASIH LAGI PENYAYANG.

Sila nantikan CINTA II....bila? Entah bila agaknye...

Being 'Young' at heart

| | 10 comments

People must be wondering why I feel so 'young' at heart. Everyday, I am being surrounded by young people and make new friends, also with younger people. I never always had the chance to meet the 'older generation' except if I go back to my kampongs, either Johor (mine) or Kelantan (hubby's). I'm the 2nd oldest in my office..luckily they called me 'KAK' not 'MAK' otherwise I will feel old before I am really 'old' but I don't mind they called me 'IBU' as I feel honoured by that name.

Actually, I enjoyed making friends with the young generations. I love. to learn new things from them (they are supposed to learn from me, as a very senior and experienced person) but to be old doesn't mean you know everything. And it is interesting to 'venture' into the young world. Especially on certain things that I never had and experienced before. Young people nowadays, I should say, are very smart, dynamic, ambitious, adventurous blah..blah...blah...and they are quite lucky too. I did not possess those characters when I was young...and I missed so many opportunities. I want to make sure my children will not repeat my mistakes... lack of confidence. They must be brave enough to face the world which is full of challenges but very rewarding.


I was a victim of circumstances and was not given the chance to pursue my education to the highest level. My priority at that time was MARRIAGE not EDUCATION. But for my children, EDUCATION should come first. I want to make sure that all of them complete their education at the highest level first before they think of marriage. But, is that possible? Still 'Jodoh ditangan Tuhan'. However, that would be my greatest achievement in life (to see them successful in their life) besides seeking for Allah's blessings, mercy and forgiveness.


To my children, 'mak' will always be there for you....in happiness and sadness

Welcome.....

| | 7 comments

Welcome to my blog ... at last I'm a blogger..sounds funny at this age eh??? Well, it's better late than never. Kind of envious reading other people's blog...main objective? Sharing info, real life experience, new ideas and knowledge.....sometimes sort of therapy after a long hard day at work, not mentioning at home!

Thnx to my sweetheart, thia, who created this blog for her beloved mum...her mamachomel ....she did it today after subuh prayer...both of us were so excited!!! I asked her "is it ok for a nanny to have a blog?"....."why not?" she answered... that 's the encouragement I need.

Anyway, age is jez a number...I still feel "young" inside hehehe....



Till we meet again...