Rezeki

| |

Arini IIUM menganjurkan EID Gathering untuk semua staff..academic and non-academic. Dress Code: Baju Raya... nasib baik la ada sepasang baju raya tahun nie...xbole nak lawan thia n adik....4 pasang! Maka berduyun-duyunlah kami ke Galeri KAED (Fakulti Seni Bina)untuk memeriahkan suasana. Kalau nak ikutkan hati malasnya nak menapak ke sana....jauuuuhhhh bangat.

Aku n d geng pegilah juga...naik tangga turun tangga n menyeberangi sungai yang warna airnya cam teh tarik kaw-kaw tu..melintasi dewan besar CAC and akhirnya sampai jugak la ke KAED. Masuk2 org dah ramai memenuhi setiap ruangan...semua kerusi sudah dipenuhi. Nape lah xbuat kat CAC...besar n luas...n boleh masuk seberapa ramai yang ada..rupa2nya student ada exam esok takut xsempat nak susun kerusi meja.

Memandangkan tiada kerusi lagi, kami decide nak berdiri je...lgpun pergi pun kerana nak makan je hehehe...ntah camne our ushers (penyambut tetamu) ternampak kami berdiri tercangak-cangak dilambainya kami ke depan suruh penuhkan meja VIP yang masih kosong. Alamak...xkanlah nak duk kat situ...seganlah pulak lagipun dekat sgt dengan meja VVIPs... tp memikirkan kalau kami xduduk meja tu akan diisi oleh staf lain pulak maka kami dengan muka yang separuh malu separuh segan tp hati mahu nie pergilah juga ke meja depan....xjauh dr meja bekas Rektor kami yg dikasihi, Tan Sri Prof. Dr. Mohd. Kamal Hassan yang sentiasa nampak segak and hensem. Bersama-sama beliau adalah dekan-dekan dan ketua jabatan-jabatan kulliyyah (fakulti)...termasuk Dekan, KOE (Engineering) Prof. Dr. Ahmad Faris Ismail (guess ayah sape?).

Maka bersantaplah kami disitu. Kalau duduk kat meja VIP makanan disajikan tetapi menunya limited...xmacam yg lainnya hidangan style buffet...tu yg xbest duk kat meja VIP...terpaksa control anggun pulak hihihi....stressed betul..makan pun xkenyang. Semasa jamuan, tetamu dihiburkan oleh Kumpulan muzik tradisional ISTANA BUDAYA..tp semuanya lagu raya...hmmmm bila la nak berhenti lagu2 raya nie..kerjapun xfokus psl masih dilanda mood raya. Di antara program yg menarik ialah cabutan nombor bertuah dan pakaian tercantik lelaki dan perempuan...hmmm....sape lah pemenang-pemenang yg bertuah agaknya...

Ketika tengah khusyuk menjamu selera (sebenarnya xmakan banyak pun...hanya 3 cucuk satay..n 2 keping lemang...n soto yg dikongsi dengan geng)...tetiba aku mendengar nombor staf ku dilaung oleh MC? Ehh..betul ke nombor 455? macam dengar xdengar je..diulangi lagi nombor itu..dan aku memandang seorang AJK yg berada disebelah MC lalu memberi isyarat jari 4..5...5... ke? Dia mengangguk...Yahooo..nombor aku naiklah lalu dengan terujanya aku kedepan untuk mengambil hadiah cabutan bertuah itu.

Staff2 pejabat ku terkejut...mane taknye..sejak khamis minggu lepas aku dah 4 kali tampil kedepan untuk menerima hadiah-hadiah berikut:

Pertama: Anugerah Kualiti 2008 peringkat Jabatan
Kedua : Pemenang Hadiah Kuiz Ramadhan 2008
Ketiga : Cabutan Nombor Bertuah (Hari Kualiti)2008
Keempat: Cabutan Nombor Bertuah (EID Gathering)2008

Nak buat camne....Allah dah tetapkan rezeki ini untuk ku, Alhamdulillah. Bukan selalu pun dapat hadiah berturut-turut hihihi. To my friends, jangan risau ....hamper hadiah cabutan nombor bertuah minggu lepas belum dibuka lg...masih berbungkus elok...rajin-rajin la datang ke bilik ku k...akan ku kongsi bersama kalian.

15 comments:

sinarDCL said...

salam,
makcik, ada kawan saya cakap, mmg ada beberapa jenis orang yg sering dapat cabutan bertuah...

mungkin makcik salah seorang daripadanya...

maknanya, makcik kena rajin pegi function yg ada cabutan bertuah ...(gurau je..)

nannychomel said...

To sinardel:

xtentu juga. Bergantung pada nasib. Kadang2 xdpt.

Tp pernah la dpt hadiah cabutan bertuah masa konsert 'Hari Ibu' 3 tahun lepas...hadiah lumayan la juga tp perkara yg paling berharga dan akan sentiasa menjadi kenangan manis bukan hadiahnya tp penyampai hadiahnya...Datuk Siti Nurhaliza...tergamam melihat kecantikannya dan xsedar hadiah sudah dikalungkan ke leher. Ya Allah, cantiknya dia.

sinarDCL said...

ye ke makcik?cantik sgt ke dia?kot2 cam bidadari ...patut la Datuk Seri K tergile2 kat dia sampai 'tinggal' bini lama..

mmg patut la cantik makcik.duit dia banyak, dah jutawan.bolehlah buat rawatan kecantikan selalu.

lagipun artis mmg sentiasa kena nampak vogue.

kalung hadiah tu ada lagi ke? ke nak wasiat kat wan fathiyyah?

tadi macam ada ternampak makcik dan anak makcik di McD Nilai, tapi rasanya tak mungkin kot..

nannychomel said...

To sinardel:

Memang pun...jutawan cam dia tu apa nak susah2...pikir jaga kecantikan diri untuk suami je la

Hahaha.....xpernah masuk lagu McD Nilai tu...tp next time kalau terserempak tegur la k

sinarDCL said...

camna nak tegur? cam pun tidak...
lagipun muka manusia zaman sekarang, ramai yg hampir serupa...

jalan selamat, tegur dalam blog je la..

makcik peminat Datuk S ke?

nannychomel said...

To sinardel

Dulu minat tp sejak dia kawin ....dah kureng

sinarDCL said...

betul makcik...
saya nampak suami dia beri pengaruh tak baik pada CT..
sewajarnya CT berhati2 masa pilih suami..

nannychomel said...

To sinardel:

Nak wat camne...dah itu pilihan dia and dia pun bahagia dgn kehidupan dia skrg..

sinarDCL said...

betul tu..
more important, kita sama2 minat Munif...

nannychomel said...

To sinardel:

Nak tau x...td auntie beriringan dgn kete CT1 black merz kat Karak highway...cuba teka sape di dalamnya...

sinarDCL said...

hmmm..
nanti saya ambil teropong ajaib saya dulu...
ohh nampak Datuk K dan Datuk S ...(tapi macam ada perempuan lain..madu ct?tak mungkin.Datuk K dah nafikan)

makcik pergi mana lalu Karak Highway?

cairo boy said...

Salam,

hi aunty,hw r u?sori 4 da long 'hibernation'.sori,bru saje lps uruskn hal2 rmah bru.lgpun my new house xde intrnet lg.hehe.fathy was mentioned bout u ysterday.so,i dcided to take a little time 2 cmmnt in ur latest entry.wow,rezeki mlimpah ruah.bgus.rezeki allah,jgn lupa sujud syukur.hows ur lyf ge tting on there?

nannychomel said...

To Cairo boy:

Hi. Last friday, thia's younger brother, Hafiz, was admitted at Tawakal Hospital due to dengue fever. Auntie had to take care of him. Alhamdulillah, the fever had gone and he was discharged yesterday. However, got to monitor his condition coz the doctor said life cycle dengue is 6 - 7 days. Plz pray for him.

cairo boy said...

salam...

insyallah i will

Ammar Faris said...

Salam...
wow x sangka maknya pun blogging jugak...

smpai anak pinak,cucu cicit, sedara mara blogging..hehehe..hebat2...

anaknya pun sgt aktif blogging..2-3 post setiap minggu..

makcik menang cabutan bertuah yer..sgt bertuah lah makcik nih.. berapa kali dah?? laen kali menang kete kot..

persoalan yg sama nak diutarakan..betul ke siti nurhaliza nih cantik sgt??

SEMOGA MAK CIK SEKELUARGA SENTIASA di rahmati ALLAH....