Budak gemok

| | 1 comments



Budak nie dah gemok sekarang. Mana taknye...sebulan lebih dah cuti sekolah, makan tido je kerjanya. Dah semakin menembam. Mintak tolong amikkan barang kat bawah pun malas. Celik2 mata tengok tv...tengok cartoon...makan.....tido. Dalam satu hari agak berjam2 jugaklah dia tido. Abis2 pun main daun terup buat magik. Tapi semua buat atas katil. Katil dah jadi 'port' yang paling selesa utk dia menjalankan segala aktiviti harian.....

Hari-hari pujuk nak masukkan kelas tuisyen...dia xmahu. Siap buat surat perjanjian suruh aku sign. Aku main sign aje tak tau apa benda yg ditulis...bila dah sign baru terpikir nak baca..."Saya berjanji yang saya tidak akan hantar zaim ke kelas tuisyen"...panjang betul akal budak nie.

Dia sangat tidak suka sains dan matematik. Puas dia pikir kerja apa yg tak perlu matematik...dan dia pelik napa perlu belajar sains. Bila la budak nie nak 'matured'. Tahun depan dah masuk Kelas 6. Nak amik periksa UPSR...tp masih xpaham tanggungjawab dia sebagai pelajar.

Fenin...fenin....

Apa khabar?

| | 2 comments

Assalamualaikum....

Apa khbr peminat2 blog nannychomel? Lamanye blog nie menyepikan diri. Slalu pasang niat nak update tp fikiran agak bercelaru...otak jadi tepu...xdpt nak meluahkan rasa hati dan pemikiran secara tersusun dan teratur. Beberapa bulan kebelakangan ini, bnyk peristiwa2 yg ingin dikongsikan bersama.....but I just failed to express them in words.

Masa berlalu begitu pantas...pejam celik kita dah sampai ke penghujung tahun 2010. Lagi 3 minggu saja lg tahun 2011 akan menyapa kita. Agenda personal tahun 2010 rasanya belum lg tercapai sepenuhnya. Perubahan???? xbanyak jugak. Kadang2 kecewa dgn diri sendiri yang selalu lalai dan alpa. Peningkatan dlm kerjaya langsung xde....dah complacent dgn apa yg ada walaupun rasa terkilan kerana tidak punya kelayakan saperti orang lain. Namun tugas dan tanggungjawab yg lbh besar dan mencabar tetap aku laksanakan kerana itu adalah AMANAH dan rasa bangga juga kerana diberi kepercayaan.

Cuma aku rasa sejak thia bernikah, kami sudah jarang brkomunikasi cam dulu. Mungkin dia sudah ada suami yg bole berkongsi cerita dan masalah dan suami sudah menjadi org No. 1 dlm hidupnya kini. Aku sgt memahami keadaannya and I hv no complains. Aku hanya mahu dia berbahagia dan berdoa agar cita2 dia utk menjadi seorang DOKTOR MUSLIMAH akan tercapai, insha'Allah.

Aku juga bersyukur melalui thia aku sudah punya ramai 'anak2 angkat' yg terdiri dr sahabat2nya. Pada Tiqah, Farieha, Huda, Paan, Marwan, Ema, Syila, to name a few, and many others....thank you for sharing and caring...

Fokus ku kini adalah pada 3 orang anak yg masih lg belajar. Hazimah (Adik) akan balik ke kampus hujung minggu nie (dah xde kawan nak 'bergaduh' malam2), Hafiz yg akan balik dr Kem Remaja juga hujung minggu nie (harap2 dia berubah)dan zaim yg semakin 'membulat' (dah jadi teddy bear sy malam2)....Good luck Adik in your 2nd year BENL....All d best Hafiz for your PMR result...and Zaim...plz study hard for your UPSR next year.

Syarinar (Kak long)...bila nak tambah ahli keluarga? Muhammad (Angah)..next year bole tambah lagi sorang...and Anwar...bila lagi????

Haihhhhh.....dah lari dari tajuk pulak. Inilah kesannya bila otak tak fokus. xpe..janji blog diupdate sebelum hujung tahun....hehehehe

Pada peminat2 blog nannychomel..Selamat Menyambut Tahun Baru Masehi dan didoakan semoga anda akan lebih berbahagia, lebih berjaya dan lebih bersemangat utk menempuh cabaran2 dan dugaan2 yang mendatang.

Ada-ada aje....Zaim Zharfan (ZZ)

| | 4 comments



Perbualan 1:

ZZ: "Mak, zaim xnak masuk universiti atau kolej, boleh tak?"
Aku: "Kenapa? xnak jadi orang pandai ke?"
ZZ: "Kalau zaim masuk universiti atau kolej sape nak jaga mak kat rumah malam2?"
Aku: "Kenapa kena jaga mak malam2?"
ZZ: " Nanti perompak masuk!..kesian mak dgn ayah"
Aku: "Ye ke..zaim kena la berdoa hari2 supaya rumah jangan masuk perompak lagi."

Zaim diam.


Senario 2:

Perbualan 2:

ZZ: "Mak, nanti dah besar kena belajar kat overseas ke?"
Aku: "Kalau pandai, dapat tawaran boleh la pergi."
ZZ: "Kalau xnak pergi bole?"
Aku: "Nape?"
ZZ: "Nanti xbole jadi detektif!"
Aku: "Pergi overseas dulu, balik nanti baru jadi detektif."

Zaim diam.

ZZ: "Mak, markah matematik zaim 30"
Aku: "Hah! nape sikit...xlulus tu?"
ZZ: "Kawan zaim lagi sikit...17 je"

Zaim senyum dgn bangganya....
| | 4 comments


Salam Ramadhan.

Selamat berpuasa kepada pembaca2 blog ku yg masih setia (masih ada lagi ke?). Marilah kita sama mencari keredhaan Allah di bulan yg penuh keberkatan ini.

Saban tahun aku terasa di bulan Ramadhan, anggota keluarga ku semakin berkurangan. Kalau dulu, meja makan di dapur akan dipenuh oleh anak2 sewaktu berbuka puasa dan juga sahur. Kami terpaksa mengunakan dua meja makan. Hidangan pun dua set. Satu meja utk suami dan anak2 lelaki dan satu meja utk ku dan anak2 perempuan (termasuk arwah ibu).

Setelah kak long, angah n anwar berkahwin, kami hanya menggunakan satu meja sahaja. Suami, dua anak perempuan (thia dan hazimah), hafiz dan zaim dan aku. Cukup satu meja 6 kerusi. Tahun ini anggota keluargaku berkurangan lagi di meja makan. Thia sudah pun berkahwin dan akan pulang ke Mesir dan Hazimah akan balik semula ke UIAM. Tinggallah hafiz dan zaim sahaja di rumah.

Dan meja makan akan kembali sunyi tanpa suara2 usikan dan gurauan anak2...terutama suara2 anak2 perempuanku yang selalu membantuku di dapur.

Inilah realiti yg harus seorg ibu hadapi. Satu..satu..anaknya pergi untuk menjalani kehidupan masing-masing. Yang tinggal hanyalah memori yang indah...Semoga berbahagia anak-anakku.

Suka dan duka

| | 5 comments


Berbulan-bulan aku menahan perasaan suka dan duka...namun hanya 'suka' yang ku pamerkan dan 'duka' yang ku sembunyikan. Ibu mana tidak merasa sedih untuk melepaskan anak gadisnya untuk menjadi hakmilik orang lain...tapi itulah hakikat sebuah kehidupan. Seorang ibu tidak boleh mengharapkan anak2 gadisnya akan sentiasa bersama sepanjang waktu. Satu hari dia akan diambil orang dan menjalani kehidupan sendiri.

Namun aku lega...kerana aku tidak menangis di waktu saat2 penting dalam hidupnya ...saat2 dia dinikahi dan mencium tangan suaminya buat pertama kali. Sedangkan kebiasaannya seorang ibu akan menitiskan air mata...samada airmata suka atau duka. Aku pun merasa hairan...mengapa tidak ada setitik air mata pun yang jatuh? Sehinggalah majlis selesai aku masih tidak merasa sedih...apakah aku sudah kehilangan perasaan itu? Apakah aku sudah tidak punya apa2 perasaan lagi?

Mereka bertanya: "Tidak menangis ke?"...aku hanya menjawab "Tak pun". Tidak siapa tahu aku sendiri tercari2 sebab ngapa aku tidak sedih.

Sehinggalah majlis kenduri selesai..dan aku saperti dikejutkan dari alam mimpi. Apakah segala peristiwa itu berlaku dalam sebuah mimpi sehingga aku hilang perasaan? Perasaan takut akan kehilangannya yang melanda diriku sejak berbulan-bulan yang lalu secara langsung tidak memberi kesan kepada diri ku.

Akhirnya aku temui jawapannya. Aku sudah puas menangis...sejak sekian lama..Dan pada hari yang bersejarah itu aku sudah kekeringan airmata.

Semoga berbahagia anakku, Thia....

Hafiz

| | 1 comments


Salam.

Sudah lama blog ini menyepi. Sejak aktif brfb blog ini telah diabaikan. Tambahan pula kekangan masa yg tak mengizinkan utk aku berkarya..kdgkala idea susah sgt nak keluar. Kalan fb tu sepontan je dpt idea dan xmemerlukan mengarang ayat2 yg panjang.

Kenapa tetiba ada idea utk menulis malam ini?

Sekarang sudah jam 12.50 pagi. Hati ini resah dan gelisah menanti anakku, Hafiz, yg masih belum pulang ke rumah sejak balik dari sekolah. Aku baru hari ini turun dari Awana Genting kerana bertugas sejak semalam. Ketika ku pulang, ku lihat baju sekolah hafiz tersidai dibalkoni rumah. Saperti biasa kalau dia balik awal, dia akan merayap ntah mana-mana. Selalunya hari sekolah dia akan balik awal. Awal2 pun selepas azan maghrib.

Tapi sejak dia bercampur dengan kawan2 yg agak 'liar', dia semakin lewat pulang ke rumah. Aku terpaksa menghubungi dia berulangkali untuk memujuk dia pulang dan dia akan beri berbagai alasan utk pulang lewat. Dia seolah2 lebih suka berada diluar rumah melepak bersama kawan2 daripada berada di dalam rumah. Lebih2 lagi dirumah tiada siapa yg hendak layan dia bersembang.

Dan setiap kali Hafiz keluar malam, akulah penunggu malam yang setia. Aku tidak boleh tidur selagi dia tidak pulang ke rumah. Lewat macam manapun, aku tetap menyuruh dia pulang. Sehinggalah dia masuk ke bilik tidurnya...barulah aku boleh tidur dengan lena.

.....dan aku tidak tahu bilakah keadaan ini akan berakhir. Namun aku tidak putus2 berdoa agar Allah sentiasa melindungi dia dan dijauhi dari perkara2 yg negatif. Aku tetap tidak akan berputus asa dari terus menasihati dia bagi memastikan dia tidak terpesong jauh....walaupun ahli2 keluarga yg lain saperti sudah 'malas' nak ambil tahu tentangnya lagi.

Jam sekarang 1.18 pagi...Hafiz baru pulang...dan seperti biasa akulah yg akan membuka pintu untuk dia...walau dia dimarahi..dia tetap memberikan senyuman 'innocent'nya utk ku..sebenarnya fikiran sudah buntu dan tidak tahu cara bagaimana harus aku tangani masalah ini.

Selamat malam....(pagi).


Lambaian Kaabah 2

| | 5 comments

Perjalanan dari Gombak ke Kelana Jaya mengambil masa kira2 1 jam melalui hiway DUKE. Hujan lebat sepanjang jalan. Kami menaiki kereta Anwar sementara anak2 menaiki kereta kami yg dipandu oleh Khairul.

Setiba2 di Kompleks Tabung Haji (KTH) Kelana Jaya, orang sudah ramai. Para jemaah dan ahli keluarga sudah memenuhi setiap ruang/khemah yg disediakan. Kami terus ke surau utk solat jama' maghrib/isyak. Proses pertama selepas solat ialah mengambil 'name tag' dan lain2 dokumen yg disediakan utk setiap jemaah. Di sini sudah bermula proses 'queuing' yg memerlukan sedikit kesabaran kerana ada jemaah yg tidak suka 'queue'. Bila sudah ada yg potong 'queue' maka timbullah perasaan tidak puas hati dikalangan jemaah yg lain. Ketika ini kita sudah nampak karenah2 manusia yg kurang sabar. Di tanah suci bagaimana agaknya.

Aku menawar diri utk mengambil 'name tag' dll kerana suamiku adalah dlm kategori org yg xsuka beratur....:-D...Maka beratur lah aku dgn penuh kesabaran...satu latihan sebenarnya.
Walaupun agak lama, tapi aku bangga dgn diriku kerana mampu bertahan dan menahan sabar walaupun berapa kali orang lain 'mencilok' di depanku....sabar....sabar...

Selesai mengambil 'name tag', kami ke dewan makan kerana perut sudah terasa lapar. Nak tunggu makan dlm kapalterbang lambat lagi. Rupa2nya suamiku sudahpun mengalas perut dulu. Sabar lagi...Selesai makan kami pun berkumpul dikhemah yg disediakan utk menunggu pengumuman seterusnya.

Kira2 jam 10 mlm..kami diminta memasuki dewan pelepasan KTH. Maka tibalah saat2 perpisahan dengan anak2. Sebolehnya aku tidak mahu menangis didepan mereka kerana tidak mahu melihat mereka bersedih. Tapi aku melihat mata Kak Long dan Adik sudah merah. Sementara yg lain2nya aku lihat mereka bersahaja. Lebih2 lagi Zaim..agaknya kerana sudah biasa kena tinggal maka dia sudah tidak ada 'perasaan' lagi....hehehe...Namun aku lihat mata hafiz bergenangan dgn air mata. Aku memeluk setiap seorang sambil berpesan apa2 yg patut.
Keriuhan Kamil, Itqan dan Ijlal melambai-lambai sambil berkata "Bye bye Mak Tok" berulang kali memberi kekuatan kepada ku utk melawan kesedihan.

Sambil mengheret beg yg boleh tahan saratnya, kami memasuk dewan pelepasan. Laungan 'bye-bye' dari cucu2 ku tadi sudah hilang. Di dewan tersebut, kami menimbang beg utk 'check-in', mengambil paspot dan terus diarah ke dewan taklimat. Semua prosedur berjalan dengan lancar dan pihak Tabung Haji harus dipuji kerana kakitangannya telah melaksanakan tugas2 masing2 dgn begitu efisien sekali.

Setelah semua jemaah berkumpul di dalam dewan di tingkat atas KTH, kami diberi taklimat secara terperinci tentang perjalanan ke tanah suci, bermula dari KLIA sehinggalah sampai di Jeddah nanti. Selesai taklimat, kami meninggalkan dewan utk bergerak ke tempat bas2 yg telah sedia menanti utk membawa kami ke KLIA. Sebelum menaiki bas, kami diberi 'boarding pas' oleh kakitangan SAUDI AIR.

Pihak TH telah menyediakan sebanyak 14 buah bas dan sebuah ambulan utk membawa para jemaah seramai lebih dari kurang 380 org ke KLIA. Bas2 kami diiringi oleh polis trafik yg telah membantu mengawal lalu lintas bagi melicinkan perjalanan kami ke KLIA. Ketika itu saya terasa sgt bangga menjadi TETAMU ALLAH kerana mendapat layanan saperti VVIP. Bas kami diiringi polis trafik sepanjang perjalanan dari Kelana Jaya ke KLIA. Lebih teruja lagi apabila sampai di KLIA, bas kami terus masuk ke 'parking bay' di mana pesawat SAUDI AIR sudah sedia menanti. Bas kami betul2 berhenti di bawah pesawat tersebut. Bayangkanlah perasaan kami apabila mendapat layanan yg sangat istimewa itu. Kami hanya perlu masuk sebentar ke terminal utk 'mengcop' paspot oleh pihak Imigeresen dan terus diminta masuk kedalam perut pesawat SV5003.

Lebih kurang jam 3.00 pagi, pesawat pun terbang menuju ke Jeddah.

Bersambung....:-D




Lambaian Kaabah 1

| | 4 comments

Setiap kali chatting dgn thia di FB, pasti dia akan menyuruh aku mengupdate blog. "Ceritalah pengalaman mak di tanah suci"...rayunya. Bukan aku x mahu berkongsi cerita tetapi hati aku masih berada di 'sana' dan enggan kembali ke sini...hehehe...

Tidak dinafikan sebelum berangkat ke tanah suci, berbagai dugaan yg kami tempohi. Jadual penerbangan yg x confirm2...perubahan2 tarikh penerbangan dan paling hebat sekali ialah beberapa jam sebelum kami berangkat ke Kelana Jaya, suamiku diberitahu paspotnya 'hilang'. Terkedu juga kami dibuatnya tambahan pula ketika itu kawan pejabat sedang berkunjung utk mengucapkan selamat jalan. Persediaan semua sudah siap...beg2 pakaian sudah berkunci...tinggal nak mandi sunat ihram, solat sunat musafir dan solat sunat ihram saja yg belum. Lagi kira2 4 jam lagi kami harus mendaftar di Kompleks Tabung Haji.

Suamiku rasa 'tertekan' juga ketika itu...menalipon pihak2 yg berkenaan utk memastikan paspot itu dapat dicari hari itu juga. Kalau tidak jumpa pada hari itu, bermakna penerbangan kami akan tertangguh lagi. Aku hanya mampu berdoa agar paspot itu ditemui semula kerana aku tidak mahu bertangguh2 lagi utk ke tanah suci.

Alhamdulillah, selepas kira2 satu jam, paspot suamiku ditemui semula. Pelik juga bagaimana paspot itu boleh tetiba 'hilang' pada hari nak berangkat. Maha Suci Allah yang Maha Mengetahui.

Selepas asar kami bertolak ke Kelana Jaya. Petang itu hujan sangat lebat. Pada mulanya aku bercadang utk singgah di rumah sepupuku di Kampong Tunku PJ utk tumpang solat maghrib. Tetapi memandangkan hujan yg sangat lebat dan takut tersangkut dalam kesesakan, aku batalkan niatku. Sebelum kami meninggalkan rumah, Anwar, anakku telah melaungkan azan.

Masa hendak meninggalkan rumah, hatiku sudah mulai sayu. Ya Allah, apakah aku akan kembali ke rumahku semula? Apakah langkahku ini langkah yg terakhir? Ustaz berpesan, jika hendak ke tanah suci, anggaplah kita akan mati di sana. Namun perasaan dan pesanan ustaz tidak pernah ku ceritakan pada sesiapa....lebih2 lagi kepada anak-anakku. Aku tidak mahu mereka bersedih. Aku harus bertawakal.

Bersambung.....hingga ke satu masa....:-)