Suka dan duka

| |


Berbulan-bulan aku menahan perasaan suka dan duka...namun hanya 'suka' yang ku pamerkan dan 'duka' yang ku sembunyikan. Ibu mana tidak merasa sedih untuk melepaskan anak gadisnya untuk menjadi hakmilik orang lain...tapi itulah hakikat sebuah kehidupan. Seorang ibu tidak boleh mengharapkan anak2 gadisnya akan sentiasa bersama sepanjang waktu. Satu hari dia akan diambil orang dan menjalani kehidupan sendiri.

Namun aku lega...kerana aku tidak menangis di waktu saat2 penting dalam hidupnya ...saat2 dia dinikahi dan mencium tangan suaminya buat pertama kali. Sedangkan kebiasaannya seorang ibu akan menitiskan air mata...samada airmata suka atau duka. Aku pun merasa hairan...mengapa tidak ada setitik air mata pun yang jatuh? Sehinggalah majlis selesai aku masih tidak merasa sedih...apakah aku sudah kehilangan perasaan itu? Apakah aku sudah tidak punya apa2 perasaan lagi?

Mereka bertanya: "Tidak menangis ke?"...aku hanya menjawab "Tak pun". Tidak siapa tahu aku sendiri tercari2 sebab ngapa aku tidak sedih.

Sehinggalah majlis kenduri selesai..dan aku saperti dikejutkan dari alam mimpi. Apakah segala peristiwa itu berlaku dalam sebuah mimpi sehingga aku hilang perasaan? Perasaan takut akan kehilangannya yang melanda diriku sejak berbulan-bulan yang lalu secara langsung tidak memberi kesan kepada diri ku.

Akhirnya aku temui jawapannya. Aku sudah puas menangis...sejak sekian lama..Dan pada hari yang bersejarah itu aku sudah kekeringan airmata.

Semoga berbahagia anakku, Thia....

5 comments:

cairoboy said...

pengorbanan seorang ibu melepaskan anak perempuan nye ke tangan seorang lelaki yg beriman merupakan pengorbanan kasih sayang ibu itu kepada anak nya.

semoga allah memberikan aunty ganjaran syurga di akhirat kelak.amiin.

melatiblossoms said...

membaca sambil mengalir airmata juga, entah bagaimana akan melalui saat itu nanti, sedang meneliti perasaan ibu sendiri sekarang waktu dulu diijabkabulkan, pasti ibu merasa begini. Thia beruntung punya ibu yang penyayang... :), InsyaAllah, nanny tak akan kehilangan, malah bertambah lagi anak-anak.. InsyaAllah....

Sharifah Syahirah TSM said...

setuju dengan melatiblossom.
aunty bukan kehilangan, tapi pertambahan ahli dalam keluarga.
kasih sayang bukan dibahagi2, tapi di multiply. Ruang kasih sayang itu tiada limit. saya pasti thia juga begitu.
sentiasa dan smpai bila2 thia ada compartment khas untuk aunty.
=)

[amiza malik] said...

auntie..sedihnya baca T__T

Noor Asyila said...

saya tgok auntie ritu cool je :D

insyaAllah, thia akan sntiasa dan akan lebih berbakti pada auntie sekeluarga even sudah berumah tangga. percayalah :)