| |


Salam Ramadhan.

Selamat berpuasa kepada pembaca2 blog ku yg masih setia (masih ada lagi ke?). Marilah kita sama mencari keredhaan Allah di bulan yg penuh keberkatan ini.

Saban tahun aku terasa di bulan Ramadhan, anggota keluarga ku semakin berkurangan. Kalau dulu, meja makan di dapur akan dipenuh oleh anak2 sewaktu berbuka puasa dan juga sahur. Kami terpaksa mengunakan dua meja makan. Hidangan pun dua set. Satu meja utk suami dan anak2 lelaki dan satu meja utk ku dan anak2 perempuan (termasuk arwah ibu).

Setelah kak long, angah n anwar berkahwin, kami hanya menggunakan satu meja sahaja. Suami, dua anak perempuan (thia dan hazimah), hafiz dan zaim dan aku. Cukup satu meja 6 kerusi. Tahun ini anggota keluargaku berkurangan lagi di meja makan. Thia sudah pun berkahwin dan akan pulang ke Mesir dan Hazimah akan balik semula ke UIAM. Tinggallah hafiz dan zaim sahaja di rumah.

Dan meja makan akan kembali sunyi tanpa suara2 usikan dan gurauan anak2...terutama suara2 anak2 perempuanku yang selalu membantuku di dapur.

Inilah realiti yg harus seorg ibu hadapi. Satu..satu..anaknya pergi untuk menjalani kehidupan masing-masing. Yang tinggal hanyalah memori yang indah...Semoga berbahagia anak-anakku.

4 comments:

princess said...

sunyi kan bile kite salu ramai2 titibe tinggal sikit kat umah. Xpe2 auntie. Sabar ye.. Nanti raye kecoh la balik rumah tu kan2.. Dun sad2.. :)

Bile dah sunyi2 kat umah baru la kite hargai yang time kecoh2 tu kan. :)

melatiblossoms said...

ada lagi orang yang baca dan tunggu nanny..:) terutama kisah pengembaraan mengerjakan ibadat haji (boleh request ker..?.. :)).

Ya Allah, memang sedihkan. Semoga nanny tabah, redha dan ikhlas, ada hitung timbangnya untuk hari perhitungan nanti.InsyaAllah.....

Noor Asyila said...

auntie, jgn sedih2 ye! diorg pun rindukan auntie. senyum tau!

cairoboy said...

doakan mereka menjadi anak yg sentiasa mengingati ayah dan emak mereka.

semoga allah memberi ganjaran di atas pengorbanan aunty.