Monday, November 9, 2009

Salam Perpisahan

Salam.

Akhirnya aku dan suami dijemput utk menjadi tetamu Allah. Jadual penerbangan sudah diberitahu iaitu 12 Nov 2009 dan harus melapurkan diri di Kompleks TH di Kelana Jaya jam 9.30 malam. Perasaan ku bercampur baur......gembira kerana tercapai juga hasrat utk menunaikan haji tahun ini, sedih kerana harus meninggalkan anak-anak, dan bimbang kerana perjalanan ini bukanlah perjalanan untuk 'suka-suka' tapi untuk menyempurnakan rukun haji yang ke 5.

Segala keperluan telahpun siap ku sediakan sejak dua minggu yg lalu cuma tinggal utk dikemaskan elok2 di dlm beg2 yg dihadiahkan oleh pihak penganjur pakej. Setiap hari aku cuba mengambil masa utk membaca buku2 panduan yg dibekalkan bagi memantapkan lg kefahaman tentu keseluruhan ibadah haji. Namun aku rasa terkilan kerana setiap kali aku menatap buku2 itu pasti aku akan tertidur terutamanya di waktu malam kerana keletihan. Walau bagaimanapun, aku bersyukur kerana sejak bulan Mei lalu aku telah menghadiri kursus haji yg disediakan oleh pihak penganjur pada setiap hari ahad. Sekurang2nya aku dapat memahami konsep ibadah haji dan amalan2 lain yg perlu dilakukan sepanjang berada di tanah suci.

Perjalananku akan bermula 3 hari saja lagi. Tadi aku pergi ke ofis walaupun aku telah mengambil cuti untuk membuat persediaan terakhir. Aku mengambil kesempatan utk menyelesaikan tugas2 dan meninggalkan beberapa pesanan kpd staf2 yg akan mengisi 'portfolio' ku selama aku tiada di ofis.

Pada waktu makan tengahari, bos ku, Pn. Fazidah dan seorg pegawai atasanku, Pn. Wan Najihah telah mengadakan majlis Doa Selamat sempena pemergianku dan Pengarah Eksekutif kami, Tn. Hj. Wan Mohd. Hilmi, yg kebetulan turut menunaikan fardhu haji kali yg ke 3. Majlis ini diadakan secara kecil-kecilan kerana sebelum ini majlis yg serupa telah diadakan utk 3 org lg pegawai kami yg telahpun berangkat ke tanah suci.

Sebelum aku pulang, aku telah bertemu dgn semua pegawai dan staf untuk memohon ampun dan maaf. Saat2 inilah yg paling aku takuti sekali....iaitu untuk bersalaman dan berpelukan di antara satu sama lain kerana hatiku tiba2 menjadi sayu. Aku cuba sedaya upaya utk tidak menangis tetapi apabila rakan2ku mula menangis, hati menjadi begitu sebak dan sayu. Aku terasa seolah2 aku tidak akan bertemu mereka lagi...namun aku tidak putus2 meminta mereka mendoakan agar aku selamat pergi dan kembali. Di masa inilah baru aku kenali siapa rakan2ku sebenarnya...rakan2 ketawa dan menangis dan aku pasti akan merindui mereka.

Ya Allah! Aku mohon dipermudahkan segala urusan kami di tanah suci, berilah kami kesihatan, kesejahteraan dan keselamatan agar kami dapat menjalani ibadah haji dengan sempurna dan mendapat haji yang MABRUR. Amin.

Sunday, November 1, 2009

Dah penat

Aku dan penat...penat kerana selalu kena bertugas di luar KL. Penat berjalan jauh lebih2 lg bila terpaksa menaiki pesawat. Dulu aku suka naik flight...seronok dpt melihat negeri orang yang jauh...tp kini mungkin kerana faktor usia aku sudah tidak minat lg berjalan jauh. Perjalanan jauh sangat meletihkan dan membosankan...lbh2 lg kalau perjalanan itu atas urusan kerja.

Aku telah berkira2 lagi 3 tahun aku akan bersara. Aku dah tak perlu bertugas jauh2...atau mungkin aku perlu minta tukar ke unit lain yg xmemerlukan aku selalu 'outstation'.

Wednesday, October 28, 2009

Update yg terkebelakang

Smlm konon nak update blog. Tengok kat draft yg lama2 yg belum dipublished. Ada dua tiga draft dlm tu. Oleh kerana malas nak bukak cerita baru, maka diedit aje draft yg lama dan published. Terkejut bila cerita xkeluar. Mana pergi cerita tu ek....biasalah org xmahir berblog...mesti rasa pelik. Rupa2nya dia keluar kat bulan April ......dibawah tajuk "Bersama Artis2"....hehehehe

Monday, October 5, 2009

Menyepi

Sudah lama benar blog ini menyepi...sejak thia pulang bercuti aku sudah xmengupdate blog lagi. Walaupun bnyk cerita yg nak dikongsikan bersama tetapi keinginan utk bercerita di blog sudah tiada. Rasa dah hilang semangat pun ada.

Sepanjang thia berada di tanahair, semua cerita2 yg up-to-date dikongsi bersama anak-anak secara 'live'. Bila sudah habis diceritakan...modal utk menulis pun turut habis. Tambahan pula sekarang dah pandai ber'facebook'...dan pandai ber'kebun' dlm fb dan macam2 lg yg buat diriku jadi leka melayan fb. Kawan baru pun bertambah...yg jauh dan yg dekat.

Thia sudahpun terbang semula ke Cairo. Pemergiannya kali ini lbh bermakna bagi dirinya yg sudahpun bergelar tunangan orang. Well, that's what she always wanted to be...since last year. She wants to settle down early....just like her mother but she failed to understand that her mother was in a totally different circumstances. Her mother was not ambitious. Her mother just need love and a place to stay.

Anyway, thia dah selamat bertunang and we all wish her the best. Pandai2lah mengatur masa hadapan and hope she knows her priority and that was the mutual agreement between two families. She'll be back to be married next year, Insha'Allah.

As for me, I have another very important event this year. (la, camne bole ckp omputih lak nie????) Insha'Allah, bulan hadapan, sekiranya tiada halangan dan diizinkan Allah, aku dan suami akan berangkat ke Tanah Suci. Di awal tahun memang merancang nak pergi tahun ini tetapi disebabkan terlewat berdaftar permohonan diletakkan dlm kes rayuan. Namun sejak bulan Mei lalu, kami turut mengikuti kursus2 haji yg dianjurkan oleh pihak2 Tabung Haji dan Andalusia (pimpinan Dato' Hj Daud Che Ngah). Kalau tak dpt pergi pun xpe at least dpt ilmu.

Tanpa disangka dan mungkin sudah ditakdir, nama kami terpilih. Alhamdulillah, rasa sgt2 gembira kerana terpilih menjadi tetamu Allah tetapi terselit juga perasaan takut dan bimbang kerana mengerjakan Ibadah Haji tidak boleh dibuat sambil lewa. Segala ibadah mesti sempurna baru lah boleh dapat Haji Mabrur.

Jangkanya, Insha'Allah, 15 November akan berangkat ke Tanah Suci. Harap2 tiada halangan dan masalah yg akan membantutkan perjalanan kami. Fikiran dan hati mula rungsing kerana apa yg dipelajari sebelum ini macam ingat xingat aje...rasa bnyknya yg lupa dan perlukan ulangkaji setiap hari. Mujur ada teman2 yg dah pernah sampai ke Tanah Suci boleh dijadikan sebagai tempat rujukan dan menyelesaikan persoalan yg xpasti. Mengerjakan haji bukan seperti pergi melancong. Ianya suatu penyerahan kepada Allah...utk memohon keredhaan dengan harapan Allah akan mengampunkan segala dosa2. Semoga Allah memberi kemudahan sepanjang kami berada di sana.


Sunday, August 2, 2009

Pengalaman Baru (II)

Hari Kedua di PP, sebelum ke USM kami sempat singgah di kawasan Queensbay Mall. Kompleks ini nampak baru dan sangat besar saperti Midvalley di KL. Yang menariknya ia terletak di tepi laut berhadapan dengan Pulau Jerjak. Kami tidak masuk ke dlm Mall itu cuma bergambar di persekitarannya.

Ketika berada di PP, ia mengingatkan sy kembali suasana di Honolulu, Hawaii(masa itu thia masih dlm perut). Suasana yg hampir serupa di mana terdapat bangunan condo yg tinggi, pohon2 rendang, deretan bangunan di tepi laut cuma tiada beach dlm kawasan bandar. Namun begitu, PP xsebersih Honolulu dan tidak ada org berpakaian mandi berkeliaran dlm kawasan bandar....:-)

Hari kedua di PP, sy masih belum teringin makan NASI KANDAR. Melihatkan terlalu banyak restoran Nasi Kandar, sy kebingungan xtau nak pilih yg mana utk mendapatkan yg betul2 sedap. So, utk lunch kami makan McDonald....hehehe.

Mesyuarat di USM berjalan dgn lancar. Lega tugas sudah selesai tapi sy terpaksa tinggal di PP selama 3 hari lg untuk menghadiri ESQ Training. Rakan2 sekerja akan balik pada keesokan harinya. Petang itu, kami singgah di sebuah restoran nasi kandar...bukan nak makan nasi kandar tapi kengkawan nak makan ROTI CANAI. Sy order capati dgn kari ikan....Fulamak! sikit punya bestlah kari dia....1st class. Menjilat jari ...betul2 puas hati.

Selepas maghrib, kami ke Batu Feringgi. Agak jauh perjalanannya dari hotel,,,,lbh kurang 40 minit. Banyaknya hotel2 di sana. Dan ia mengingatkan sy kembali pada peristiwa tsunami beberapa tahun yg lalu. Terbayang diruangan mata suasana yg menakutkan itu....tetapi manusia mudah lupa. Terdapat bnyk condominium2 baru yg sedang dibina dilereng2 bukit. Manusia menjadi begitu rakus...sanggup memusnahkan kejadian alam demi mendapatkan keuntungan dan mengadai nyawa org lain.

Di kawasan hotel2 di Batu Feringgi terdapat gerai2 jualan barangan seperti Uptown di sepanjang kaki lima. Macam Chinatown pun ada. Terdapat banyak barangan dari negara China, Thailand, Vietnam di sana. Barangan tempatan agak kurang. Ramai pelancong2 dari negara Eropah bershopping di situ tetapi paling ramai pelancong dari negara Arab. Sy pelik kenapa mereka yg berduit suka membeli beg2 berjenama tiruan di situ. Bukan mereka xbole beli yg original! Sy sempatlah jugak membelek2 beg LV tp kalau nak compare harga, di Rantau Panjang lg murah...

Bersambung.

Saturday, August 1, 2009

Pengalaman Baru (I)

Salam,

Sy baru pulang dr Pulau Pinang kerana menghadiri mesyuarat di USM dan juga ESQ Training selama 3 hari (28-30 Julai) yg dianjurkan oleh USM di Vistana Hotel, Pulau Pinang. Sy tiba di PP awal iaitu pada hari ahad kerana hari isnin ada mesyuarat di Unit Latihan, Pejabat Pendaftar, USM. Sy sgt teruja utk ke PP kerana sy dah lama tidak kesana. Kali terakhir ialah semasa di Tingkatan 3. Bayangkan betapa lamanya. Sbenarnya sy teringin sgt nak merentasi jambatan PP yg panjang itu hehehe.

Semasa melalui jambatan PP, sy rasa macam xpercaya yg sy sedang merentasi lautan. 40 tahun yg lalu sy ke PP menaiki feri dan ianya mengambil masa yg agak lama. Dengan pengedaran masa dan dlm zaman yg serba canggih ini, semuanya dapat dipercepatkan. Sy teringin nak bergambar ditgh2 jambatan PP tetapi kereta2 dilarang berhenti di atas jambatan kerana keadaan yang agak bahaya. Lebih2 lg bila bnyk kes2 org terjun dr jambatan dgn tujuan bunuh diri.

Berjalan2 memang seronok. Dapat tengok tempat orang tetapi peluang utk berjalan2 sangat terhad. Hari ahad bertolak dr KL jam 11 pagi dan tiba di PP jam 3 ptg. Selepas check-in di Hotel, berehat sekejap dan lepas maghrib berjalan kaki ke Kompleks Bukit Jambul yg terletak tidak jauh dari tempat penginapan kami. Suasana di kompleks tidak berbeza dgn suasana shopping kompleks di KL cuma di sana mereka bercakap loghat Utara :-)

Kami mencari foodcourt dlm kompleks itu tapi xjumpa. Bila bertanya pada salesgirl2 kat situ, mereka tunjuk gerai2 di luar kompleks. Kami pun singgah di salah sebuah gerai kerana dah lapar sgt. Kami order Char Koay Teow...nasib baik sedap! Apabila kami selesai makan, kami pun beredar utk pulang ke hotel sambil memerhati keadaan sekeliling kompleks dan kami ternampak flyers tergantung kat tingkat 5 kompleks dengan perkataan FOODCOURT. Agaknya salesgirls kat situ xtau foodcourt tu apa agaknya.....kesiannnn.

Bersambung.

Sunday, July 12, 2009

Lamanye...

Salam,

Lamenye blog ini menyepikan diri. Sejak thia balik rasa cam xde mood nak update blog. Dulu objektif blogging mainly untuk menyampaikan berita2 mutakhir pada dia. Skrg dia dah ada kat depan mata, semua updates xperlu nak report dlm blog. Tambahan pula skrg portfolio dah bertambah. Dulu jaga exam saje skrg dah kena handle staff training. Bnyknya training nak kena coordinate. Kalau dlm kampus aje xde lah kisah sgt. Ini kena bermalam di hotel2. Nasib baik paling lama 2 mlm aje...kesian zaim n hafiz asyik kena tinggal aje. Mujur thia ada rumah bole teman adik2 and klong tolong urus bab2 makan minum mereka.

Bila dah balik dr training, badan pun rasa semacam aje. Maklumlah, bila kat hotel makan 6 kali sehari...breakfast, coffee break, lunch, tea break and supper. Fuiyo....bnyknya makan. Camne nak diet nie....harap bulan puasa je la kot. Masa pulak berjalan begitu pantas. Dah setengah tahun...xterasa langsung dek terlalu sibuk.

Anyway, to all my 'children' yg baru balik dari Mesir tu....Welcome home! Yang masih berada di sana....cepat2lah balik jgn dibiarkan keluargamu di sini terus merindu.

P/S: Lambatnya orang Irbid nak balik!