Berkumpul

| |


Rasanya baru smalam dapat berbuka puasa dengan anak cucu ramai2..Semua balik..Syarinar dan family, Am dan family, Anwar dan isteri dan kami2 yg di rumah. Tetapi saperti tahun yg lalu, 'orang jauh' tetap berjauhan..tak mengapalah janji dia berada di Malaysia.

Syarinar (Kak long) masak gulai lemak ikan kering (masinnyaaa) dan telur puyuh sambal khas untuk adik kesayangan, Hafiz. Arsyi, isteri Am goreng sayur. Aku masak udang goreng sweet sour (masin jugak..hehe) dan goreng ikan. Anwar saperti biasa beli kuih muih.

Saperti masa mereka kecil2 dulu, kami terpaksa menggunakan dua meja. Orang lelaki duduk kat meja besar di ruang depan dan kami duduk di meja dapur. Yang buat meriah ialah cucu2ku yg tak berpuasa sama2 sibuk berbuka puasa.

Aku bahagia bila menghadapi suasana begini. Seronok bila anak2 berkumpul. Seronok dengar cucu2 berebut barang mainan dan 'bergaduh' sesama mereka. Riuh rendah rumah dan rasa bersemangat. Tanpa mereka rumah akan menjadi begitu sunyi sesunyi2nya. Aku harap akan dapat merasai suasana begini selalu.

Bagi thia yang jauh di mata, bila masak tu ingat2lah kami di gombak ...sayang thia.

4 comments:

Nazuha said...

Seronok kan dpt kumpul ramai2.
Kami selalu juga berkumpul. Tapi tetap terasa kehilangan nya.
Aju rindu Mak! Rindu sangat2.. :(

nannychomel said...

Bersabar lah aju...Memang kita akan sentiasa merindui ibu kita yg telah pergi. Marilah kita berdoa semoga roh mereka sentiasa dicucuri rahmat, diampunkan dosa2 mereka dan dimasukkan ke dlm golongan org2 yg soleh.

Online Library said...

Assalamualaikum

saya ada beberapa persoalan utk tanya pada puan.

boleh sy dapatkan email puan, atau puan boleh terus email kepada saya di
harisfalah@yahoo.com

Bantuan puan saya dahulukan dgn ucapkan terima kasih.

Dewi Aja said...

Hello Admin!
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)