Salam Ramadhan

| |


Salam. Rupa2nya dah setahun aku tak mengupdate blog. Kenapa ye? Mental blocked..hehehe. Memang banyak cerita yg nak dikongsikan bersama tetapi bila sampai bab mengarang tetibe semua yg ada dlm fikiran tak mahu nak keluar. Rasa susah sangat untuk dicanaikan sebagai juadah pembaca. Erkkk..betulkan ayat tuh.

Thia dan Zmah sentiasa mengupdate blog mereka..dan aku rasa cemburu. Saperti yg thia pernah ceritakan dulu2 aku memang suka menulis diari..(cerita2nya bukan rahsia lagi)..anak2 berjaya menyelongkar apa yg aku sorokkan dari mereka..hmmm...naughty girls! Dulu2 aku pun minat dan rajin mengarang sajak...tp mungkin masa itu aku selalu dirundung 'malang'..maka idea2 pun sentiasa mengalir dlm otak.

Kini, agaknya sedang bahagia maka susah nak karang ayat2 yg jiwang2...yg tak jiwang pun perit rasanya. Apa yg ingin dipaparkan disini semua tidak menjadi. Tapi aku bangga kerana 3 org dari anak2ku minat menulis. Aku pun suka melukis..dulu nak jadi artis (pelukis) tapi lukisanku tidak pernah mendapat 'pengiktirafan'..maka minatku terkubur...dan tiada seorang pun anakku yg minat atau pandai melukis.

Sepanjang bulan ramadhan aku bertekad utk bercuti dari FB. Aku menyahut cabaran Wan Hazimah. Dia tak yakin aku boleh melakukannya....tp aku menyahut cabarannya. Walaupun hati melonjak2 ingin mengactivate semula FB tp semangatku masih kental hehehe Aku harap kengkawan FB tak akan lupakan aku sepanjang bulan ramadhan ini. Sebenarnya aku bimbang seandainya aku mengadap FB sepanjang bulan ramadhan nie bnyk masa yg berkualiti akan terbuang dgn sia-sia. Aku ingin memenuhi masa yg berkualiti dgn mempertingkatkan amal ibadah...in shaa Allah.

Kepada peminat blog DIARI IBU...selamat bertemu kembali dan Selamat Berpuasa. Semoga ibadah puasa kita diterima ALLAH. Amin.

Sampai ketemu lagi.

2 comments:

[MH] said...

mak, adik cakap mak mampu deactivate n kawal nafsu fb untuk 5 hari je. buktikan bahawa adik tidak benar! you can do it bonda!!

:D

mak masak apa hari ni? ari ni i masak kambing (first time after 4 years!)

nannychomel said...

kambing masak ape? bole percaya ke nie..mak seumur hidup tak pernah masak kambing...nnt bole la masak utk kita org pulak....
Psl fb tue tangan nie mmg gatal je nak activate blk...tp mak cekalkan hati utk lawan nafsu...hehehe