Terasing

| |


(Buat insan-insan yg kehilangan org yg disayangi)

Kegelisahan didalam kedinginan
Meniti sepi keseorangan
Sebuah kematian yang tiada bernisan
Sendu mengiringi perpisahan

Ruang nan luas diri bergerak bebas
Namun keupayaanku terbatas
Segala mimpi menjadi api
Perit membakar diri

Sebuah cinta dan harapan
Menjadi mimpi berterbangan
Tersekat nafasku kabur pandangan mataku
Amat tersiksa diriku
Kerana kehilanganmu

Oh mengapakah terus mengharap menanti
Walau cukup kusedari
Kau tak kan kembali

Pemergianmu mengisi kekosongan
Biarpun dikau masih kuperlukan
Kita dikatakan pasangan bahagia
Kini terasing luka

(Lagu Allahyarham Sudirman Hj Arshad)

9 comments:

Чикгу Жаве the CJ said...

salam auntie [akak?].. hehe

sedih2 ni nape?. tp mmg best amat lagu sudir tu. :)

nannychomel said...

To CJ:

xkisah la...auntie ke akak ke.
Ujung tahun slalu rasa syahdu ...ialah langit pun xselalu cerah kan? Tu belum lg masuk lagu2 sedih tahun 60an hihihi

nannychomel said...

To CJ:

Oops...sedih2 mane bole hihihi...kenalah huhuhu :-)

fathiyyah said...

emak, apa yang emak sedih ni..bitau laa thiaa..mak jgn rs terasing ngn thia tau..kita kaan sentiasa dekat di hati kan mak..hihi

mak,kecoh blog thia pasal kawen tau mak..mana la thia expect akan heboh mcm nii..thia main-main je..habis org ingat thia betul2..hihi

hehe,tunggu green light ye mak...kite tgk 'big boss' kata apa eh..

hihi,best la main-main,manja2 ngn mak..rindu kan tamparan mak yang manja tuuu..

mak,nak balik time winter bley?(gatal,mcm la banyak sgt duit thia skrg!)..
haha
mak,sejak akhir2 ni thia asyik ingat kat arwah atuk je..rinduu..

huhu
love you mak..nnt thia call mak eh..tunggu k..
love you mak..love you!!!!

nannychomel said...

To thia:

Nak balik time winter psl rindu kat mak ke atau rindu kat ......?
Hissh..xpyh la. Amik la peluang tu utk ziarah kawan2.

Bagi org yg belum kawin, topik kawin mmg la seronok utk dibincangkan. Tapi bila dah kawin...baru tau bukan senang nak hidup senang kalau xbuat persediaan yg secukupnya dari segi mental dan fizikal.

CJ said...

fathiyyah, kawen bkn skdr rasa dimiliki dn memiliki. ia perlu ilmu rumahtangga yg mantap, kesabaran, ketabahan dn kekuatan utk merempuh badai.

ia ibarat sampan yg berkolek. nampak tenang tp tanpa kemudi yg bijak dn cekap, sampan akan tenggelam.

awk teruskan belajar. terus dn terus. masih jauh sgt perjalanan awk. jgn fikir bkn2. insyallah, think +ve. lgpun awk bkn keseorangan sbnrnya. :)

satu lg, n3 awk meriah krn usikan awk. nampaknya kwn2 awk suka menyakat juga.

panjang pula aku bebel.. hehe. sorry auntie. :)

Ainul Arina Madhiah said...

salam auntie..
eh, napa entry auntie semenjak dua menjak nih bunyi2 sedih jer..? ada apa-apa ke auntie? rindu fathy yerr?hehe.. saya pun pernah kehilangan gak.. adik. time form 3 dulu.. susah kan nak terima mula2? hurm.. rindunya dia..

Pustaka Hanif said...

kitaran hidup manusia mmg cam tu..sesekali di atas, sesekali di bawah
dan kita tetap bergolek menuju arah yg sama (kematian)

nannychomel said...

To CJ:

Terasa syahdu membaca nasihat CJ utk thia. Really appreciate it. Harap2 dia bole terima dgn hati yg ikhlas. Sy nak menyusun ayat2 indah xpandai ..mujur ada CJ. Tqvm.

To ainul:

Seperti kata Pustaka Hanif, sesekali di atas, sesekali di bawah. Kdg2 kita gembira, kdg2 kita bersedih. That's make our life richer and meaningful.

To Pustaka Hanif:

Harap2 bekalan cukup untuk bergolek ke arah itu (kematian).