Rintihan Hati Ibu

| |


Wahai anak,
Andainya kau tau
Betapa aku sangat merinduimu
rindu untuk membelaimu
seperti diwaktu kau kecil dahulu

Ibu rindu akan rengekan manjamu
Hilai tawamu
senyum tangismu
Keriuhan gurauan dan usikanmu
sentiasa terngiang-ngiang ditelinga ibu

Kini
Sepinya hati seorang ibu
kerana kamu telahpun dewasa
telah punya kehidupan sendiri
ada yg sudah punya keluarga
ada yg sedang mengejar cita-cita

Tiada apa yg ibu harap darimu
hanya kenanglah ibu
dalam doamu

9 comments:

Pustaka Hanif said...

one day, saya juga psti akan mengalaminya...
so, masa yg ada ni, 'belasah' cukup2 sama saya punya anak2,,:)

nannychomel said...

To Pustaka Hanif:

Setuju sgt2...

dan said...

salam auntie. wah, bermaknanya sajak ni. terima kasih kerana ingatkan saya sebagai seorang yang bergelar anak.

insya Allah anak2 auntie akan ingat auntie selalu, sbb auntie slalu ingat diorang. :)

princess said...

waaa sdeynyer...sob sob..did my mom miss me like that? (manayk lg adk2 kat umah utk dirisaukn..huhu..) -huda-

Pustaka Hanif said...

dunia dan seisinya hanyalah amanah dan pinjaman..yg kekal hanyalah Allah..cintailah dunia kerana Allah

fathiyyah said...

emak,emak saje test power kan bab2 sajak ni?
hihi
thia pun tk bley lawan mak bab2 puitis ni..

legaaa dgr suara emak tgh2 pagi buta smlm..

miss you!

nannychomel said...

To dan:

Seorg ibu xpernah lupakan anaknya...tp anak kdgkala lupa mereka masih ada ibu..

To Princess:

One day you will be a mum too...and you will enjoy the pleasure of being a mum.

To Pustaka Hanif:

Anak-anak adalah anugerah Ilahi. Dan padaNya kita bersyukur.

To Thia:

Test...test jugak. Tp feeling tu luahan rasa sebenar. :-)

Pustaka Hanif said...

tapi smakin ramai orang buang anak...lebih2 lagi selepas 9 bulan drpd sambutan tahun baru Masihi

estudiante said...

ni yg homesick nak balik umah nii..huhu..rindu kat insan bergelar mak..

-asyila-