Telatah Zaim

| |


Tiada ada yg lbh menghiburkan selain dr melayan kerenah dan telatah si anak bongsu, Zaim Zharfan. Bila dia mood baik seronok melayan dia...tp bila ada something yg xkena ataupun merajuk kerana sesuatu, jenuhlah nak memujuk. Zaim kalau merajuk bukan jenis yg akan bawa diri duk diam sorg2...tp dia akan buat sesuatu yg akan buat "my blood go upstairs!"

Kalau Zaim good mood dia akan bertanya soalan2 yg pelik2 yg kekadang xtau nak jawap. Dia juga rajin memberi teka teki yg xmasuk akal tp ada logiknya. Apa yg merisaukan sy, Zaim malas belajar. Tp kalau buat homework, bila kita tanya soalan dlm buku, betul pulak jawapan yg diberi. Agaknya konsentrasi dia hanya dlm kelas sahaja.

Satu hari....

"Mak, dah besar nanti Zaim xnak kerjalah" Zaim memberitahu.
"Nape, kalau xkerja nanti Zaim xde duit. Camne Zaim nak tanggung diri sendiri?" Jawapan sy.
"Mak kan ada." jawapnya ringkas
"Mak xkan selamanya ada. Satu hari nanti mak akan mati?" balas sy.
"Ala, Zaim pegilah kat bank. Cucuklah kad amik duit?" tergelak sy mendengar jawapan innocentnya itu.
"Hello, nak cucuk kad pun kena ada duit kita dlm tu. Mana bole senang2 cucuk duit." sy cuba buat dia faham.
"Ooo ye ke...Xpelah nanti Zaim buat bisness parking kereta. Nanti org nak parking kereta kena bayar kat Zaim. Zaim dapatlah duit...xpayah susah payah cucuk duit kat bank"..sempoinya dia menjawab.

Lurus betul si Zaim nie. Fikiran kanak2 begitu simple. Harap2 dah besar dia akan jadi seorg businessman yg berjaya.

Dia juga pernah mereka kata ganda yg melucukan....

"Mak, kalau kaya raya kan? Kalau miskin....apa?
"Miskin papa lah" sy menjawab.
"Bukan....kalau kaya dah raya.....miskin kenalah puasa....psl dia xde makanan!"

Zaim Zharfan....sipenglipur lara emak.

17 comments:

cairoboy said...

comelnyee....

nannychomel said...

To Cairo boy:

Comel je xcukup. Nak la pandai macam Along Aan :-)

farieha said...

comelnye zaim tu.patut la fathiyyah suke sgt bercerita pasal die..bertuahnya aunty dpt ank2 penghibur hati

nannychomel said...

To faryha:

Anak-anak adalah permata hati. Walau kdgkala mereka melukai hati ibu, tetapi mereka jugaklah penawarnya.

Thnx for visiting.

[MH] said...

thia br cerita pasal zaim.tgk2 mak pon buat entry yang sama..
budak tu manja tangat! cubitkan die utk thia mak

cairoboy said...

erk..
tersedak saya baca ayat aunty tu..
hahaha...

*blushing*

nannychomel said...

To Thia:

xsempat nak cubit...dia yg cubit kita dulu...

To Cairo boy:

Kena la jd 'role model'..slalu sebut2 kat zaim n hafiz...tengok abg2 kat mesir tu...bukan je 'macho' tp hebat dlm pelajaran. Antum (betul ke thia?) adalah contoh terbaik untuk mereka.

[MH] said...

'antum' tu betol mak!! waaah,sape ajar mak arab ni? zaim ke?
hihi

Paan:
perasan kejap je okeh

Sharifah Syahirah TSM said...

"Mak, kalau kaya raya kan? Kalau miskin....apa?
"Miskin papa lah" sy menjawab.
"Bukan....kalau kaya dah raya.....miskin kenalah puasa....psl dia xde makanan!"

haha..sgt comel laa ayat zaim nie..
adehhh~sronok dgr kisah2 kanak2 nie..

nannychomel said...

To thia:

Xingat ke mak pernah belajar Bahasa Arab sblum keje kat UIA..oops...lupa..thia lum lahir lg masa tu. Ironically, bila keje kat UIA malas pulak belajar...susah sgt ...qalilan qalilan bole la hihihi

nannychomel said...

To Chep:

Bnyk lg kisah si zaim nie..kdg2 x terlayan loyar buruknya..

itzz g0oddd!! said...

salam auntie saya ni kawan fathiyah..wah ni anak bongsu auntie ke?comelnye bape umur die?pndi plk bg soalan yg saye mase kecik xpenah tertnya..lagi satu nak tnye klu auntie x kisah..umur auntie bape?
salam perkenalan..

[MH] said...

mak,budak tanjong ni nama sebenar die izzudin,..kami panggil die ijud je.budak tanjong sebab die org tanjung karang.. kan jud?

die la yang belikan loceng dr paris,madrid tu..

nannychomel said...

To Budak Tanjong:

Kalau anak sulung auntie si Kak Long tu dah 30 tahun, cuba la kira berapa umur auntie skrg? Clue? Auntie lahirkan dia masa umur auntie 21 thn. Auntie dah tua dahh.

Ada org tu nak ikut jejak langkah auntie..nak kawen muda tp auntie bgtau dia "No Way babe!"

Appreciate sgt2 beli kan auntie loceng2 tu..kalau pg mane2 nanti beli lg k. Mintak duit kat thia hihihi..

To Thia:

Ye ke...terharunya dpt loceng dr Paris n Madrid. Tgh tunggu loceng dr Dubai n Washington. Luv U.

[MH] said...

mak! dr keychain dr dubai n washington jugaaaak!

CJ said...

oh! zaim bijak mcm aku waktu kecik2. haha.. :))

blh geng dgn safwan nih.

nannychomel said...

To CJ:

xbole jd mentor safwan..nanti safwan suka loyar buruk mcm zaim. Tlg beri petua sikit Cikgu..zaim malas yg amat sgt buat homework..apatah lg baca buku.