Jejak Kasih

| |

Bagaimana perasaan anda sekiranya sahabat2 lama yg sudah berpuluh-puluh tahun xbertemu tiba2 menghubungi anda semula. Mungkin yg masih remaja belum ada pengalaman lagi. Tetapi bagi rakan-rakan sebaya pasti ada yg pernah mengalaminya saperti apa yg sy alami baru-baru ini. (Saje nak berkongsi cerita)

Dua minggu lalu....dpt email bertajuk "on behalf of my mum"...berdebar2 apabila membuka email tersebut. Pengirimnya bernama Nurul. Messagenya lebih kurang begini.."Salam Auntie. Sy anak Pn. Asiah, sahabat auntie semasa di Brunei dulu." Turut diberi no. telefon rumah dan hp ibunya. Ya Allah! sudah sekian lama sy terputus hubungan dgn Kak Asiah, yg setahun lbh tua dr sy. Kira-kira hampir 25 tahun. Kali terakhir bertemu ialah ketika sy menziarahi beliau dirumahnya di Teluk Mas, Melaka. Sudah pasti, sy merasa sgt2 gembira kerana walaupun sekian lama terpisah, beliau masih ingatkan sy dan telah menyuruh anak2nya yg berada di KL utk mencari sy. Akhirnya, Nurul dapat menjejaki sy. Syukur Alhamdulillah. Hari berikutnya Kak Asiah menghubungi sy melalui hp dan kami berbual2 bertanya khabar. Beliau juga mengundang sy ke majlis perkahwinan anak perempuan sulungnya pada awal bulan Jun nanti. Sy merasa bersalah kerana semasa mengadakan kenduri perkahwinan anak-anak, sy tidak pernah berusaha menjejaki beliau. Tp xmengapalah, ada 4 org anak lg yg belum berkahwin. Nanti akan sy kirimkan undangan.

Minggu lalu pula, jam 10.00 mlm sy mendpt panggilan telefon dr Tedmie, anak saudara yg berada di Kluang. "Auntie, kenal x Kak Uyun?" Sy tidak pernah mengenali sesiap yg bernama Uyun melainkan seorg anak kecil yg tidak pernah bertemu sejak 40 tahun yg lalu. Nama anak kecil itu NURUL UYUN...anak kpd seorg guru agama, Ustazah Sharifah Mariam yg berasal dr Batu Pahat, Johor tetapi telah sekian lama bermastautin di Brunei Darussalam. Beliau juga merupakan guru agama kpd kerabat Diraja Brunei. Semasa sy meninggalkan Negara Brunei Darussalam, Uyun baru berusia 2 tahun. Keluarga Uyun sudah saperti keluarga angkat sy di sana. Semasa Uyun kecil, sylah yg mengendong dia ke hulu dan ke hilir...furthermore, she was soooo cute.

Tedmie telahpun memberi contact number sy pd Uyun. Sejurus kemudian, Uyun menghubungi sy. Ya Allah, sukar utk digambarkan betapa gembiranya sy ketika berbual2 dgnya. Akan tetapi sy juga merasa sedih kerana arwah ibu tidak sempat untuk melalui saat-saat ini. Menurut Uyun yg kini sudah menetap di USJ, dia dah lama ingin bertemu dgn sy..setiap kali dia menatap gmbr dia bersama sy sewaktu kecil2 dulu, keinginannya membuak2 tambahan pula ibunya slalu menyebut2 nama sy. Ibunya juga sudah kembali ke Malaysia dan tinggal bersama2 dgnnya. Sy merasa sgt terharu kerana masih ada lg org2 yg ingatkan sy walaupun sudah terpisah bertahun-tahun lamanya.

Dlm perbualan kami, Uyun ada menceritakan tntng seorg lg sahabat baik sy di zaman persekolahan dulu. Beliau ialah YM Tengku Mohd. Fawzy, kerabat Diraja Brunei/Selangor. Diberitakan bahawa Tengku Fazwy bru sahaja melangsungkan perkahwinan dgn kerabat Terengganu. Sy tergelak mendengar berita itu. Sy dah ada 7 org anak dan 4 org cucu, Tengku Fawzy baru melangsungkan perkahwinan! Uyun memberi no. hp beliau utk sy hubungi kerana kebetulan beliau bersama bonda, YTM Tengku Puteri Noor Ihsan dan ayahanda, YTM Tengku Pengeran, sedang bercuti di KL. Di akhir perbualan, sy berjanji utk bertemu dgn mereka, Insha'Allah, bila ada peluang.

Berdebar-debar hati sy ketika menekan nombor hp Tengku Fawzy. Manelah tau kot2 dia tidak mengenali sy lg walaupun masa kecil2 dulu keluarga kami agak rapat. Dan di sekolah dia merupakan best friend sy ....best friend masa kecik2...bukan tau apa2 pun..lagi pun bonda beliau suka membelikan sy hadiah setiap kali balik dr luar negara kerana beliau tiada anak perempuan. So kiranya sy menumpang tuah la ye...Lagipun masa tu 'bodoh' lg xtau protokol dgn anak-anak raja.

Ketika Tengku Fawzy menjawab panggilan sy, sy dengan 'nakal'nya menyuruh dia meneka siapa sy. Sy kata "I'm yr long lost childhood friend". (Sebenarnya xtau nak start conversation camne) Silap2 ckp kan takut dimurkai pulak. Dia mulalah menyebut berbagai2 nama perempuan. Alamak! terasa bodoh pulak. Xkan dia nak tau sape sy sedangkan kami dah hampir 40 tahun xpernah bersua muka apatah lg mendengar suara. Akhirnya, sy memperkenalkan diri and the first word that came out from his mouth was "ALHAMDULILLAH". Sy lupa diri pulak, sepatutny bahasakan dia dgan 'KU JI' tapi kerana dah overexcited sgt terbahasakan dia "JI' saja macam kecik2 dulu. Ampun...Ampunkan patik ye.

Lama juga kami berbual..bertanya khabar tntg keluarga beliau. Dia pun terkejut bila diberitahu nenek sudah tiada. Sy mengusiknya napa lambat kawen...dia kata jodoh baru sampai. Dia turut menceritakan tentang dua org adik beliau, Tengku Farouk dan Tengku Aris Fadzillah yg dah ramai anak. Sy kata, "It's never too late to start a family". Beliau turut mengundang kami ke Brunei dan memberi contact no beliau di sana. Memang hajat di hati nak ke sana lg kerana kawan2 ramai di sana tetapi bila memikirkan ongkosnya...terpaksa pendamlah dulu. Insha'Allah, kalau ada rezeki sampailah kami di sana nanti.

Sy merasa sgt bersyukur kerana DIA telah memberi peluang utk sy bertemu kembali dgn sahabat2 yg sy sentiasa rindui. Paling bahagia sekali ialah apabila mengetahui mereka tidak melupakan sy walaupun sudah berpuluh-puluh tahun tidak bertemu. Mereka masih mesra seperti dulu. Sy dapat merasai keikhlasan hati mereka. Mungkin pada fizikalnya kami sudah berubah tetapi hati-hati kami tetap bertaut seperti kecil-kecil dahulu.

Tetiba hati teringat pada YM Pengiran Hajjah Noraid...sahabat sy sejak kindergarten lagi. Dah lama dia menyepikan diri...dan lama dia xbercuti di KL...rindu..rindu dan rindu.

Sekian.

1 comments:

[MH] said...

uish,terer la mak ni.,berkawan dengan anak-anak raja.

kawan-kawan thia ramai budak jawa je mak..

hihi,sayu bc kisah emak dan zaman-zaman dulu

teringat kat arwah atuk