Kehilangan

| |

Pernahkah anda kehilangan seseorang? Tentu ada yg pernah...di ruangan ini sy ingin berkongsi beberapa pengalaman sy apabila kehilangan seseorang.....tp kenapa tajuk ini ek...ntah la....mungkin kerana sy selalu saja kehilangan org2 yg sy sayang.....

Saya kehilangan seorang ayah semasa Form 3. Masih teringat lagi semasa hari pertama di Form 3, pagi itu hati sy rasa resah sahaja...Apabila sy pulang ke rumah, sy diberitahu oleh kakak, ayah meninggal dunia di Madinah. Sy seolah2 tidak percaya kerana baru beberapa hari sy melihat dia n ibu menaiki pesawat SIA di Airport Singapura. Dan masih terngiang2 di telinga segala pesanannya. "Jangan tinggal solat dan belajar rajin-rajin"...itulah pesanan terakhirnya. Jiwa sy terasa begitu kosong..tetiba saja sy tidak berayah. Semoga roh ayah dimasukkan ke dlm golongan org2 soleh.


Sy juga pernah kehilangan seorang kwn baik selepas SPM....kira-kira 35 thn yg lalu. Dia merupakan teman baik semasa kami bersekolah dan tinggal di asrama di JB. Tapi cuma utk 2 tahun saje...tgktan 4 dan 5...selepas SPM kami pulang ke kampong masing2...sy ke kluang dan dia ke pontian...hari perpisahan sgt2 menyedihkan...sehingga dah sampai rumah pun sy masih lagi menangis dan menangis. Banyak kenangan2 manis dan pahit kami lalui bersama. Namun keadaan telah memisahkan kami dan sehingga kini kami tidak pernah bertemu. Ntah kenapa kami tidak pernah berusaha untuk bertemu kembali. Sy doakan semoga dia sentiasa bahagia di samping keluarganya.

Kemudian sy kehilangan seseorang yang pada waktu itu sangat istimewa dlm hidup sy. Tanpa ada perasaan benci, tiada sengketa...tetibe masing-masing menyepi diri...sy percaya dia kini bahagia di samping keluarganya.

3 tahun lalu sy kehilangan seorg ibu pula. Kehilangan yg sgt besar....Kehilangan ibu yang menjadi pendokong dan sumber kekuatan sy. Walaupun ibu bukan seorg yg 'banyak mulut' tp setiap kali memandang wajahnya sy akan menjadi begitu bersemangat untuk melayari hidup ini. Kejayaan sy membesarkan anak-anak adalah hasil dr bantuan dia...ibu tidak pernah mengeluh atau bersungut. Seorg nenek yg sgt2 menyayangi cucu-cucunya. Ibu bnyk memberi kemudahan kpd sy, yg berat diringankan, yg susah dipermudahkan. Kehilangan dialah yg paling meruntun jiwa sy sehingga kini. . Masih terbyg renungan terakhir ibu sebelum dia menutup mata utk selama-lamanya. Renungannya seolah2 ingin mengucapkan 'selamat tinggal' dan itulah pandangannya yg terakhir. Sy amat terasa akan kehilangannya walaupun dia hanyalah ibu angkat sy. Ibu angkat yg telah bnyk berjasa kpd sy yg merupakan satu2 saja anaknya. Walaupun sy agak terkilan kerana ibu telah menyembunyikan penyakit kansernya sehingga 'stage 4', tetapi sy mengerti mengapa ibu bertindak demikian. Dia tidak mahu menyusahkan sy. Namun begitu, sy merasa sgt puas kerana berpeluang menjaga ibu sehingga dia menghembuskan nafas yg terakhir. Ibu, semoga rohmu dicucuri rahmat.

Setahun selepas itu, sy kehilangan lg. Kali ini kehilangan seorg adik lelaki bongsu. Dia meninggal akibat kanser paru-paru. Dia pergi dlm usia agak muda ...baru 40 tahun. Anak-anak masih kecil. Dia sedar bahawa dia akan pergi.....dan bersedia utk pergi....Setiap kali sy menziarahinya di hospital, dia selalu berkata, "org katil sebelah dah pergi, giliran kita ntah bila agaknya". Dia begitu tenang menghadapi saat2 kematiannya kerana dia tahu sel-sel kanser yg aktif di dlm tubuhnya sudah tidak dpt dikawal lg walaupun sudah bnyk kali menjalani kimoterapi. Walaupun sy tidak dibesarkan bersama-sama dia, tetapi sy tetap merasa kehilangan...kerana dialah satu-satunya adik lelaki sy...darah daging sy. Fuzam, akak doakan supaya roh mu bahagia d sana.

Mungkin selepas ini sy akan terus kehilangan lagi ......atau ntah2 org akan 'kehilangan' sy. Betapa sedihpun perasaan, namun semuanya harus ditempoh dengan ketabahan dan harus sentiasa pasrah dengan setiap ujianNya....

Yang pasti ingatan sy terhadap mereka tetap segar dlm lipatan kenangan. Sy bersyukur kerana diberi peluang utk menyayangi dan disayangi.

Sesunguhnya DIA lah yang Maha Mengetahui apa yg terbaik utk kita.

14 comments:

cairoboy said...

salam...

ttba teras hiba lak...ntah cmne laa allah sediakan jalan saya n family saya kan...saya kat sini,mereka di msia...kalau allah tarik nyawa dorg??cmne saya kat sini kan...mntak2 allah jauhkan bnda2 ni drpd saya...saya x cukup kuat untuk hadapi bnda2 cmni...nauzubillah...aunty dlu blaja kat jb??katne??

dan said...

salam auntie

betul tu. Dia lebih tahu, dan tak semua yang kita nak tu adalah yg terbaik bg kita. Kita merancang, tapi dia Maha Merancang.

Saya belum lagi merasa kehilangan yang besar seperti auntie, dan itu menjadikan sy di zon selesa. Ini yg sy takut, nanti terlampau selesa, bila Allah tarik seorang yg saya syg, saya hilang arah tuju. Harap2nya tidak. dan sy berdoa agar sy sentiasa brsyukur di waktu senang, agar sy tak lupa di waktu susah nanti...

bestfren auntie, auntie tak cari ke? mesti best kalau auntie dpt jumpa dgn dia..

*skarang ni, sy kehilangan seorang shbt yg telah bwk cahaya baru dlm hidup sy..mungkin tak jumpa dia dah lepas ni..baru kenal skjp..5 bln*

panjang celoteh sy auntie..sori

nannychomel said...

To Cairo boy:

Tu la sbbnye kita kena sygi mereka dan tidak sakiti hati mereka. Jodoh pertemuan ajal dan maut di tangan tuhan. Kita xdpt menjangka bila mereka akan dijemput. Tetapi percayalah setiap manusia telah diberi kekuatan utk menghadapi apa juga dugaanNYA.

Auntie bersekolah di SMVA...masa tu di Jln Gertak Merah.

nannychomel said...

To Dan:

Teringin jugak nak cari best fren auntie tu...pernah la tanya2 kat kengkawan tp dia xdpt dikesan. Xtau cara bagaimana lg nak cari dia. Alamat dia pun dah hilang.

Terpikir gak ada betulnya statement ini: Yang terindah hanya sementara....kdg2 auntie takut nak rapat2 dgn org kerana takut akan kehilangannya.

[MH] said...

emak,
thia akan pastikan yang emak takkan rasa 'kehilangan' thia..

mak,pasal semlm thia mintak maaf..tak mahu da sebut pasal tu lagi

cairoboy said...

salam...

erm,thanks 4 dat...insyallah,i will be da best 4 them...SMVA??skola ape tu??my previous house kat ctu aa...jalan gertak merah,dkat dgn kubur mahmoodiah kan??huhu...aunty ni org johor rpanye...jawa ke?hehe

nannychomel said...

To Cairo boy:

Sekolah Menengah Vokesyenal Azizah...sekolah masak-masak hihihi...sekolah org yg kurang pandai la tu....

Sekolah tu dulu adalah rumah ibu kpd Puan Azah Aziz, isteri Prof. Diraja Ungku Aziz. Tempatnya sunyi...berjiran dgn rumah mayat Hospital Sultanah Aminah...berhantuuuuu pulak tu....tapi best kelas kat bawah....dorm kat atas...nak tido tarik tilam masing-masing hahaha...
Hari-hari belajar masak sampai muak...keluar sekolah malasnya masuk dapur huhuhu..tp rumah tu dah xde n sekolah tu dah ada bangunan baru di larkin.

Auntie keturunan bugis...tp xtau ckp bugis...

nannychomel said...

To thia:

Buat lah apa yg thia fikir terbaik untuk thia....

cairoboy said...

salam...

owh,skang skola tu sek men teknik Azizah kan??blakang umah saya je...hehehe...owh aunty skola stu rpanye...herm,owh bugis ea??fmly aunty xde daing2 ke??nape x letak fathy daing fathiyyah ke..hehe..

nannychomel said...

To Cairo Boy:

Fathiyyah keturunan Cik Siti Wan Kembang.....tu sbb kena letak WAN bukan Daing :-)

cairoboy said...

owh..keturunan cik siti wan kembang tu bugis gak ea??erm,tp u all 1 flmy bukan berasal dr kelantan kan??wan from kelantan right??sori,byk tanye lak..

nannychomel said...

To Cairo boy:

Ooo...u xtau ke ayah fathiyyah tu berasal dr Kelantan? Fathiyyah kacukan johor and kelantan laaa....u suruh la dia kecek kelate...sgt lah fasihnya...auntie yg bertahun-tahun kawin org kelate pun xbole nak kecek kelate sehebat dia....

cairoboy said...

owh...no wonder laa die penah ckp dlm **from the inside** die hebat ckp klate...sy igt dei mmain...so,aunty kg kat johor laa ea??kat mane??ntah2 aunty 1 kg dgn parent saya...hahaha...

nannychomel said...

To Cairo boy:

Malu gak nak ngaku org johor coz duk johor sekejap je...sejarah hidup panjang...lahir di Muar tp hidup sehari je kat Muar dibawa lari ke Batu Pahat...bila umur 3 thn di bawa berhijrah di Negara Brunei Darrusalam. 10 thn di sana blk ke Kluang. Form 1 - 3 di Kluang pastu Form 4 - 5 di JB. Selepas SPM, berhijrah ke Kuala Lumpur sehingga skrg..So kira la berapa thn je duk kat Johor...Paling lama di KL since 1975. Bila org tanya asal mane ngaku je la johor tp no specific kampong...ikut suka2 je ...kdg2 ckp muar, kdg2 ckp batu pahat..kdg2ckp kluang...tp bila org tanye lebih2 ternganga gak nak jawap huhuhu...

Hai, panjang pulak explanation nih!