To Thia With Love

| | 7 comments







Do you still remember my close friends?

Jangan Terlalu Mencari Kesempurnaan

| | 16 comments

(Khas untuk pasangan Amir dan Afizan yg akan melangsungkan perkahwinan tidak berapa lama lg.....)













Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....

Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ........
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN
kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....
cukuplah sekadar KEPERLUANMU. ..
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA....
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ...
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah,
cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. ..
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..
Kamu juga yang akan MENYESAL...

Adik

| | 10 comments


Masa sy mengandungkan dia...thia was jez 6 months old. Too small to have a little baby sister. Risau jugak hati takut2 xdpt beri perhatian pd thia bila dah ada baby baru. Bila adik lahir, thia was so excited. She was such a loving sister...slalu offer diri nak jaga adik.

They grew up together...macam twins. Cuma yg membezakan thia 'tembam' tp adik kecil n comel...macam anak jepun...Adik bnyk menurun wajah arwah nenek. Dia lah cucu perempuan nenek yg bongsu. Alhamdulillah, kedua-duanya anak yg baik, comel, xberapa nakal tp kdg2 suka 'bergaduh'sesama sendiri. Thia was a bit aggresive..always make sure that she'll get what she wants. Adik suka mengalah. Masih ingat lagi masa kami hendak ke London tp xdpt bawak dia bersama, Adik relaxs je. Xmenangis sikit pun. Masa kami sibuk2 nak berangkat dia bole tanya kita org..."Kenapa xpergi lg?".

Kalau thia, kemana saje kami pergi, jgn sekali2 tak masukkan nama dia dlm list. Dia lah org pertama yg akan bertanya, "Thia ikut x?" Mungkin masa mengandungkan dia, sy dah bawa dia dlm perut pergi ke Hawaii. Tu sbb dia suka berjalan smpai sekarang.

Adik kdg2 rasa diovershadowed oleh "Kak Uda". Tp adik seorg yg xmudah berputus asa. Dia rajin berusaha meningkatkan diri walaupun xsehebat Kak Uda tp sekurang2nya dia tidak tertinggal jauh dibelakang. She had proven that in her SPM results. One thing about adik, dia terlalu mudah sygkan kawan2..n suka appreciate kawan2 yg rapat dgn dia. Adik suka memberi hadiah kpd kawan2 although xde special occasion pun. Sy slalu berkata padanya, "Adik, mak tengok adik slalu belikan hadiah utk kawan2 tp kawan2 adik xpernah pun beri adik hadiah?". Adik menjawab "Mak, kan mak slalu kata, xsemestinya balasan itu kita terima dr org yg menerima dr kita. Balasan yg baik akan datang dgn berbagai cara dan dr org yg kita xjangka". oh, ok. Adik ingat pesanan sy. Memang sy slalu pesan kat dia begitu kerana xmau dia rasa kecewa jika dia xdpt apa2 balasan dr kawan2nya.

Adik, be strong n always have a positive mind. Most important be yourself!

(Note: Sejak adik bercuti nie..sy xlah rasa sunyi sgt kat rumah. Ada kawan nak bersembang dan bergurau hihihi...Zaim pun hari2 teman Kak Chik tidur. Thia, jgn jelezzzz)

Kelewatan

| | 17 comments



Selepas subuh tadi, hujan mula turun. Agak lebat. "Emm lewat lagi la kesekolah arini" bisik hati sy. Mesti Zaim mengamuk. Zaim xsuka sampai sekolah lewat. Dia akan jd 'restless' dan berleter2 sepanjang perjalanan kesekolah.

Mmg sah lewat sampai. Jam 7.30 pagi masih di traffic light kat simpang Al-Amin. Sejak ada Islamic International School dan Sekolah Setia Budi, keadaan di situ semakin teruk. Terlalu sesak kerana jalan masuk ketiga2 sekolah hanya satu dan sempit.

Zaim mula stressed. "Tak pe lewat sikit. Ari hujan. Mualimah faham", sy cuba pujuk dia. Mujur pagi nie mood dia ok sikit psl semlam dia dah ponteng (Ada cegita lain semalam :-) )

Sikap Zaim yg xsuka lewat ke sekolah memang menurun sikap Kak Uda dia. Sy terkenang satu ketika di mana Kak Uda dia melalak-lalak dlm kereta kerana kami kelewatan. Dah jam 8.00 lbh. Masa tu kalau xsilap kedua2 abgnye masih di sekolah menengah dan Kak Uda di sekolah rendah.

Bila dah sampai sekolah, Kak Uda xnak turun dr kereta. Dia duk menangis kata nanti cikgu marah pasal dah lewat. Dia malu dgn kengkawan kerana lewat masuk kelas.Dia malu masuk kelas masa org tengah belajar walaupun bukan disengajakan.

Sy tension jugak psl dah sampai sekolah, siap drive sampai tepi kelas lagi tp Kak Uda pulak xnak turun dr kereta. Nak dipendekkan cerita, salah sorg dr abgnya volunteer nak teman dia sampai masuk kelas n nak tolong explain kat cikgu nape lewat ke sekolah pagi itu. Baru lah Kak Uda turun dr kereta dgn ditemani oleh abgnya.

Itu lah dia Kak Uda yg xsuka datang lewat ke sekolah dan diwarisi oleh adik bongsunya, ZAIM.

Telatah Zaim

| | 17 comments


Tiada ada yg lbh menghiburkan selain dr melayan kerenah dan telatah si anak bongsu, Zaim Zharfan. Bila dia mood baik seronok melayan dia...tp bila ada something yg xkena ataupun merajuk kerana sesuatu, jenuhlah nak memujuk. Zaim kalau merajuk bukan jenis yg akan bawa diri duk diam sorg2...tp dia akan buat sesuatu yg akan buat "my blood go upstairs!"

Kalau Zaim good mood dia akan bertanya soalan2 yg pelik2 yg kekadang xtau nak jawap. Dia juga rajin memberi teka teki yg xmasuk akal tp ada logiknya. Apa yg merisaukan sy, Zaim malas belajar. Tp kalau buat homework, bila kita tanya soalan dlm buku, betul pulak jawapan yg diberi. Agaknya konsentrasi dia hanya dlm kelas sahaja.

Satu hari....

"Mak, dah besar nanti Zaim xnak kerjalah" Zaim memberitahu.
"Nape, kalau xkerja nanti Zaim xde duit. Camne Zaim nak tanggung diri sendiri?" Jawapan sy.
"Mak kan ada." jawapnya ringkas
"Mak xkan selamanya ada. Satu hari nanti mak akan mati?" balas sy.
"Ala, Zaim pegilah kat bank. Cucuklah kad amik duit?" tergelak sy mendengar jawapan innocentnya itu.
"Hello, nak cucuk kad pun kena ada duit kita dlm tu. Mana bole senang2 cucuk duit." sy cuba buat dia faham.
"Ooo ye ke...Xpelah nanti Zaim buat bisness parking kereta. Nanti org nak parking kereta kena bayar kat Zaim. Zaim dapatlah duit...xpayah susah payah cucuk duit kat bank"..sempoinya dia menjawab.

Lurus betul si Zaim nie. Fikiran kanak2 begitu simple. Harap2 dah besar dia akan jadi seorg businessman yg berjaya.

Dia juga pernah mereka kata ganda yg melucukan....

"Mak, kalau kaya raya kan? Kalau miskin....apa?
"Miskin papa lah" sy menjawab.
"Bukan....kalau kaya dah raya.....miskin kenalah puasa....psl dia xde makanan!"

Zaim Zharfan....sipenglipur lara emak.

44 Natural Highs

| | 7 comments

Just to share 44 natural feelings of happiness that we may have experienced. Some of them may not be necessarily 'relevant' to us. Just 4 fun!

1. Falling in love.
2. Laughing so hard your face hurts.
3. A hot shower.
4. No lines at the super market.
5. A special glance.
6. Getting mail..
7. Taking a drive on a pretty road.
8. Hearing your favorite song on the radio.
9. Lying in bed listening to the rain outside.
10.Hot towels fresh out of the dryer.
11.Milkshake (any flavor).
12.A bubble bath.
13.Giggling.
15.The beach.
16.Finding a 20 dollar bill in your coat from last winter.
17.Laughing at yourself.
18.Looking into their eyes and knowing they Love you...
19.Midnight phone calls that last for hours.
20.Running through sprinklers.
21.Laughing for absolutely no reason at all.
22.Having someone tell you that you're beautiful.
23.Laughing at an inside joke with FRIENDS
24.Accidentally overhearing someone say something nice about you.
25.Waking up and realizing you still have a few hours left to sleep.
26.Your first kiss (either the very first or with a new partner).
27.Making new friends or spending time with old ones.
28.Playing with a new puppy.
29.Having someone play with your hair.
30.Sweet dreams.
31.Hot chocolate.
32.Road trips with friends.
33.Swinging on swings.
34.Making eye contact with a cute stranger.
35.Making chocolate chip cookies.
36.Having your friends send you homemade cookies.
37.Holding hands with someone you care about.
38.Running into an old friend and realizing that some things (good or bad)
never hange.
39.Watching the expression on someone's face as they open a much desired
present from you.
40.Watching the sunrise.
41.Getting out of bed every morning and being grateful for another beautiful
day.
42.Knowing that somebody misses you.
43.Getting a hug from someone you care about deeply.
44.Knowing you've done the right thing, no matter what other people think.

Jejak Kasih

| | 1 comments

Bagaimana perasaan anda sekiranya sahabat2 lama yg sudah berpuluh-puluh tahun xbertemu tiba2 menghubungi anda semula. Mungkin yg masih remaja belum ada pengalaman lagi. Tetapi bagi rakan-rakan sebaya pasti ada yg pernah mengalaminya saperti apa yg sy alami baru-baru ini. (Saje nak berkongsi cerita)

Dua minggu lalu....dpt email bertajuk "on behalf of my mum"...berdebar2 apabila membuka email tersebut. Pengirimnya bernama Nurul. Messagenya lebih kurang begini.."Salam Auntie. Sy anak Pn. Asiah, sahabat auntie semasa di Brunei dulu." Turut diberi no. telefon rumah dan hp ibunya. Ya Allah! sudah sekian lama sy terputus hubungan dgn Kak Asiah, yg setahun lbh tua dr sy. Kira-kira hampir 25 tahun. Kali terakhir bertemu ialah ketika sy menziarahi beliau dirumahnya di Teluk Mas, Melaka. Sudah pasti, sy merasa sgt2 gembira kerana walaupun sekian lama terpisah, beliau masih ingatkan sy dan telah menyuruh anak2nya yg berada di KL utk mencari sy. Akhirnya, Nurul dapat menjejaki sy. Syukur Alhamdulillah. Hari berikutnya Kak Asiah menghubungi sy melalui hp dan kami berbual2 bertanya khabar. Beliau juga mengundang sy ke majlis perkahwinan anak perempuan sulungnya pada awal bulan Jun nanti. Sy merasa bersalah kerana semasa mengadakan kenduri perkahwinan anak-anak, sy tidak pernah berusaha menjejaki beliau. Tp xmengapalah, ada 4 org anak lg yg belum berkahwin. Nanti akan sy kirimkan undangan.

Minggu lalu pula, jam 10.00 mlm sy mendpt panggilan telefon dr Tedmie, anak saudara yg berada di Kluang. "Auntie, kenal x Kak Uyun?" Sy tidak pernah mengenali sesiap yg bernama Uyun melainkan seorg anak kecil yg tidak pernah bertemu sejak 40 tahun yg lalu. Nama anak kecil itu NURUL UYUN...anak kpd seorg guru agama, Ustazah Sharifah Mariam yg berasal dr Batu Pahat, Johor tetapi telah sekian lama bermastautin di Brunei Darussalam. Beliau juga merupakan guru agama kpd kerabat Diraja Brunei. Semasa sy meninggalkan Negara Brunei Darussalam, Uyun baru berusia 2 tahun. Keluarga Uyun sudah saperti keluarga angkat sy di sana. Semasa Uyun kecil, sylah yg mengendong dia ke hulu dan ke hilir...furthermore, she was soooo cute.

Tedmie telahpun memberi contact number sy pd Uyun. Sejurus kemudian, Uyun menghubungi sy. Ya Allah, sukar utk digambarkan betapa gembiranya sy ketika berbual2 dgnya. Akan tetapi sy juga merasa sedih kerana arwah ibu tidak sempat untuk melalui saat-saat ini. Menurut Uyun yg kini sudah menetap di USJ, dia dah lama ingin bertemu dgn sy..setiap kali dia menatap gmbr dia bersama sy sewaktu kecil2 dulu, keinginannya membuak2 tambahan pula ibunya slalu menyebut2 nama sy. Ibunya juga sudah kembali ke Malaysia dan tinggal bersama2 dgnnya. Sy merasa sgt terharu kerana masih ada lg org2 yg ingatkan sy walaupun sudah terpisah bertahun-tahun lamanya.

Dlm perbualan kami, Uyun ada menceritakan tntng seorg lg sahabat baik sy di zaman persekolahan dulu. Beliau ialah YM Tengku Mohd. Fawzy, kerabat Diraja Brunei/Selangor. Diberitakan bahawa Tengku Fazwy bru sahaja melangsungkan perkahwinan dgn kerabat Terengganu. Sy tergelak mendengar berita itu. Sy dah ada 7 org anak dan 4 org cucu, Tengku Fawzy baru melangsungkan perkahwinan! Uyun memberi no. hp beliau utk sy hubungi kerana kebetulan beliau bersama bonda, YTM Tengku Puteri Noor Ihsan dan ayahanda, YTM Tengku Pengeran, sedang bercuti di KL. Di akhir perbualan, sy berjanji utk bertemu dgn mereka, Insha'Allah, bila ada peluang.

Berdebar-debar hati sy ketika menekan nombor hp Tengku Fawzy. Manelah tau kot2 dia tidak mengenali sy lg walaupun masa kecil2 dulu keluarga kami agak rapat. Dan di sekolah dia merupakan best friend sy ....best friend masa kecik2...bukan tau apa2 pun..lagi pun bonda beliau suka membelikan sy hadiah setiap kali balik dr luar negara kerana beliau tiada anak perempuan. So kiranya sy menumpang tuah la ye...Lagipun masa tu 'bodoh' lg xtau protokol dgn anak-anak raja.

Ketika Tengku Fawzy menjawab panggilan sy, sy dengan 'nakal'nya menyuruh dia meneka siapa sy. Sy kata "I'm yr long lost childhood friend". (Sebenarnya xtau nak start conversation camne) Silap2 ckp kan takut dimurkai pulak. Dia mulalah menyebut berbagai2 nama perempuan. Alamak! terasa bodoh pulak. Xkan dia nak tau sape sy sedangkan kami dah hampir 40 tahun xpernah bersua muka apatah lg mendengar suara. Akhirnya, sy memperkenalkan diri and the first word that came out from his mouth was "ALHAMDULILLAH". Sy lupa diri pulak, sepatutny bahasakan dia dgan 'KU JI' tapi kerana dah overexcited sgt terbahasakan dia "JI' saja macam kecik2 dulu. Ampun...Ampunkan patik ye.

Lama juga kami berbual..bertanya khabar tntg keluarga beliau. Dia pun terkejut bila diberitahu nenek sudah tiada. Sy mengusiknya napa lambat kawen...dia kata jodoh baru sampai. Dia turut menceritakan tentang dua org adik beliau, Tengku Farouk dan Tengku Aris Fadzillah yg dah ramai anak. Sy kata, "It's never too late to start a family". Beliau turut mengundang kami ke Brunei dan memberi contact no beliau di sana. Memang hajat di hati nak ke sana lg kerana kawan2 ramai di sana tetapi bila memikirkan ongkosnya...terpaksa pendamlah dulu. Insha'Allah, kalau ada rezeki sampailah kami di sana nanti.

Sy merasa sgt bersyukur kerana DIA telah memberi peluang utk sy bertemu kembali dgn sahabat2 yg sy sentiasa rindui. Paling bahagia sekali ialah apabila mengetahui mereka tidak melupakan sy walaupun sudah berpuluh-puluh tahun tidak bertemu. Mereka masih mesra seperti dulu. Sy dapat merasai keikhlasan hati mereka. Mungkin pada fizikalnya kami sudah berubah tetapi hati-hati kami tetap bertaut seperti kecil-kecil dahulu.

Tetiba hati teringat pada YM Pengiran Hajjah Noraid...sahabat sy sejak kindergarten lagi. Dah lama dia menyepikan diri...dan lama dia xbercuti di KL...rindu..rindu dan rindu.

Sekian.