Bersama Artis2

| |


Istanamuzika
(Kumpulan Muzik Tradisional Istana Budaya)

Nizal Mohamad & Jamie Chik
Aishah
Ibnor Riza
Rahimah Rahim
Haziq AF


Setiap tahun Universiti kami meraikan staf2 yg telah lama berkhidmat di Universiti. Turut diraikan juga adalah staf2 yg sudah bersara dari perkhidmatan. Majlis itu dinamakan 'MALAM JASAMU DIKENANG'. Pada malam tersebut, staf2 yg diraikan akan menerima sijil penghargaan dan cenderahati sebagai tanda penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan mereka terhadap Universiti.

Selain dari acara penyampaian sijil dan hadiah, kami juga menjemput artis utk membuat persembahan semasa jamuan makan malam. Sebagai pengerusi jawatankuasa 'entertainment' sy ditugaskan utk mencari artis2 yg dirasakan sesuai utk membuat persembahan di majlis tersebut. Setiap tahun bertukar artis.

Bukan senang nak cari artis2 yg sesuai lebih2 lg artis perempuan. Bagi artis perempuan, syarat yg paling utama ialah berpakaian menutup aurat. Lagu2 yg dipersembahkan mestilah sesuai dgn suasana dan tetamu majlis. Personaliti artis pun kena amik kira bagi mengelak sebarang kontroversi.

Biasanya sy akan tanya kepada pengerusi dan AJK penganjur kalau2 mereka ada 'pilihan' sendiri yg ingin dijemput membuat persembahan. Sebolehnya sy cuba dapatkan artis pilihan mereka dahulu sebelum memilih artis lain. Tapi faham2 aje la,kalau yg tengah glamer dan popular, bayarannya pasti mahal. Jadi kena tengok bajet la..kalau terlalu mahal xbole nak amik. Lagipun mereka hanya buat persembahan untuk lebih kurang 45 minit sahaja.

Setelah mengenalpasti artis mana yg ingin dijemput, maka sy pun berusaha untuk menghubungi mereka. Berbagai cara terpaksa dilakukan utk melaksanakan tugas ini saperti minta pertolongan kawan2 yg mengenali artis itu, menghubungi syarikat rakaman, pegawai perhubungan artis, Entertainment Agency saperti MAESTRO dan Istana Budaya. Apabila sy berjaya mendapatkan artis2 tersebut, maka kami akan membuat pertemuan untuk membincangkan hal2 yg berkaitan dgn persembahan mereka.

Hati sy slalu berdebar2 setiap kali hendak bertemu artis. Maklumlah mereka org terkenal, glamour dan kadang2 kita terpengaruh juga dgn gossip2 tentang mereka. Ada yg dikatakan sombong, demanding, banyak sogeh dan berbagai2 lg. Alhamdulillah, setakat ini sy tidak pernah lg mengalami situasi yg tidak menyenangkan sepanjang berurusan dengan artis2 yg diundang. Mereka sgt professional, berdisiplin, berbudi bahasa, tidak menyusahkan, bertolak ansur dan tidak pernah demand. Sy rasa bertuah dapat mengenali mereka secara dekat dan berkerjasama dengan mereka. Sehingga kini ada diantara mereka yg masih menghubungi sy dan kami menjadi kawan rapat. Cuba teka siapa?


P.S. Catatan ini dah lama disimpan dalam 'DRAFT' baru skrg dipublished..:-D


0 comments: