Stress

| | 4 comments


terasa sangat bosan
terasa tak ada tenaga
terasa otak tepu sangat-sangat
terasa sangat keletihan
terasa sangat mengantuk
terasa sangat tak produktif

Stress?????

dah hadiri kursus 5 hari
dah pergi jalan-jalan di Taman Tasik Titiwangsa
dah pergi menonton teater demi teater
dah pergi 'window shopping'
dah menziarahi kawan-kawan yg baru dapat baby
dah pergi kenduri kawin
dah tengok Akademi Fantasia....hmmmm..saje nak share excitement
dah update Facebook
dah bawa zaim dan itqan mandi kat Taman KLCC
dah YM Thia
dah baca blog dia dan adik
Stress lagi???

Kenapa?????

Perjuangan belum selesai
baru lepas kena 'internal audit'
Lepas nie kena 'external audit' pulak

Stresssssssss











Denda

| | 7 comments


Jam 10.20 pagi td, zaim telefon. Dia kata tertinggal kertas peperiksaan matematik di rumah. Dia suruh hantar jam 10.30 pagi kerana subjek matematik sejurus selepas waktu rehat. Kalau xde kertas itu, nanti guru denda.

Sy bergegas balik rumah untuk mengambil kertas peperiksaan tersebut. Mujur rumah dekat je xsampai 10 minit pun dr UIA. Sebelum itu, sy call adik suruh standby dgn kertas peperiksaan itu.

Ketika sampai dimuka pintu kelas zaim(4 Khalid), guru dahpun berada dlm kelas. Sy nampak ada seorg murid berdiri depan kelas dan seorang lg duduk di atas lantai dicelah2 barisan meja pelajar2 (tau la kalau ada lg pelajar2 yg duduk di atas lantai psl xnampak dr pintu kelas. Berdetik hati sy berkata2, "Dah kena denda ke?" Waktu itu baru 10.45 pagi waktu tempatan. Apabila guru nampak sy di luar kelas, dia dtg kpd sy dah sy hulurkan kertas peperiksaan dan memberitahunya zaim tertinggal kat rumah. Sy menunggu guru tersebut memberi kertas itu kpd zaim dan memang dialah yg sedang duduk atas lantai.

Sebagai seorg ibu, hati sy mestilah terusik dan sedih. Sy tak kisah kalau zaim didenda tp sy rasa didenda duduk atas lantai itu adalah sedikit keterlaluan. Lebih2 lg bila dengan baju yg dipakai itulah nanti akan dibawa bersolat kerana kebersihan pakaiannya dah tercemar dek tapak2 kasut pelajar2. Xde ke cara2 denda selain dr duduk atas lantai yg lbh 'logik' seperti beri extra homework ke, berdiri atas kerusi ke, rotan tapak tangan ke, beri amaran dulu ke, dan cara2 lain yg lbh sesuai dengan bertujuan utk mendidik supaya lain kali mereka tidak akan lupa.

Pihak sekolah sepatutnya memberi garis panduan kpd guru2 tentang apa yg boleh dan xboleh dibuat ketika mendenda pelajar.

*Anwar dulu pun pernah kena denda.....diri atas kerusi.

Buat tatapan orang Cairo

| | 9 comments


Semalam thia telefon. Merengek nak tengok wajah sy memakai spek mata baru. Terpaksa la posing kejap sebelum pergi makan nasi lemak kat Kg. Baru pagi tadi. Gmbr diambil di 'favourite photo spot' keluarga kami: di laman rumah, tepi buaian n pokok bunga kertas yg rimbun bunganya sebagai 'background'. Lately, suka pakai tudung 'ala Ekin'. Senang pakai..sarung je, xpayah susah2 pakai 'brooch'.

Harap org Cairo puas hati. :-)

SPEK BARU

| | 4 comments


Dah berbulan2 nak tukar spek mata. Buat test mata..power jauh dah kurang tp power dekat makin bertambah..rabun dekat la nie. Patutpun bila pakai spek lama, rasa semacam je. Spek baru dah pun siap. Pilih bingkai yg 'tebal' sikit biar nampak 'garang' sikit. Warna bingkai? BLACK N WHITE. (Not as shown above) Dah pakai sejak semalam. Banyak betul komen dari kawan2 dan anak-anak. Antaranya:"

"Cantik spek baru. Nampak 10 tahun lbh muda"
"Eh, spek baru? New look la..."
"Wah, new imej. Nampak lbh serius"
Tebalnye spek!"
"You nampak garang la pakai spek baru"

Komen2 yg positif tu xtau la samada lahir dari hati yg ikhlas ke tidak tp yg paling ikhlas sekali ialah dari kak long (who else?):

"Nape amik bingkai besar? Mak nampak lagi tua la..Eeee...xsesuai langsung dgn muka mak"

Macam makcik2 ke....macam nenek ke........xkisahlah org nak komen ape pun. (Memang I pun dah jadi makcik n nenek hihihi), janji I'm comfortable with my new glassess n dunia nampak sangat cerah ...... :-)

SAYANG ANAK

| | 1 comments

Perasaan sy agak terganggu akhir2 ini. Perasaan sedih, geram, marah menerjah dlm diri dan fikiran sy. Mengapa? Kebelakangan ini terlalu bnyk kes2 buang bayi. Kalau dibuang didepan pintu pagar rumah org atau di tangga masjid xpe la juga...akan ada hamba Allah yg dtg mengutipnya. Tetapi kalau dibuang di tempat yg tidak dilalui manusia dan dibiarkan bayi itu kelaparan, digigit semut, nyamuk atau anjing liar sehingga mati, itu bukan manusia namanya.
Terlalu bnyk kes2 buang bayi yang kita tidak tahu samada semasa dibuang bayi itu masih bernyawa atau sudahpun mati. Apabila mayat2 bayi malang itu ditemui, keadaan mereka amat menyedihkan. Ada yg tergolek ditempat pembuangan sampah serupa anak patung buruk, ada yg dibungkus dlm beg plastik dan dicampak merata2, ada yg dicampak ditepi2 longkang tanpa pakaian dan berbagai cara lg diluar kotak pemikiran manusia yg bertamadun.

Pelik juga rasanya bagi ibu2 yg mengandungkan bayi tersebut. Tidak adakah sedikitpun perasaan keibuan dan rasa kasih serta belas terhadap bayi mereka. Tidak penatkah mengandung 9 bulan 10 hari? Tidak rasa sakitkah semasa melahirkan anak itu? Kalaupun tidak mahu membelanya, ada cara yg lebih berperikemanusiaan drp membuang bayi yg tidak berdosa. Mengapa harus bayi2 tersebut yg terpaksa menanggung penderitaan dan siksaan.

Apakah mereka itu berhati binatang????? Jawapannya TIDAK kerana........









...........BINATANG PUN SAYANGKAN ANAK! Jadi....mereka itu apa?????
| | 10 comments

MOTHERS

(Someone sent me this...Just love to share)


Real Mothers don't eat quiche;
They don't have time to make it.

Real Mothers know that their kitchen utensils
Are probably in the sandbox.

Real Mothers often have sticky floors,
Filthy ovens and happy kids.

Real Mothers know that dried play dough
Doesn't come out of carpets.

Real Mothers don't want to know what
The vacuum just sucked up.

Real Mothers sometimes ask 'Why me?'
And get their answer when a little
Voice says, 'Because I love you best..'

Real Mothers know that a child's growth
is not measured by height or years or grade...

It is marked by the progression of Mommy to Mom to Mother...

The Images of Mother

4 YEARS OF AGE - My Mommy can do anything!
8 YEARS OF AGE - My Mom knows a lot! A whole lot!
12 YEARS OF AGE - My Mother doesn't really know quite everything.
14 YEARS OF AGE - Naturally, Mother doesn't know that, either.
16 YEARS OF AGE - Mother? She's hopelessly old-fashioned.
18 YEARS OF AGE - That old woman? She's way out of date!
25 YEARS OF AGE - Well, she might know a little bit about it!
35 YEARS OF AGE - Before we decide, let's get Mom's opinion.
45 YEAR S OF AGE - Wonder what Mom would have thought about it?
65 YEARS OF AGE - Wish I could talk it over with Mom.

The beauty of a woman is not in the clothes she wears, the figure that
she carries, or the way she combs her hair.

The beauty of a woman must be seen from in her eyes,
Because that is the doorway to her heart,
The place where love resides.

The beauty of a woman is not in a facial mole,
but true beauty in a woman is reflected in her soul.

It is the caring that she lovingly gives, the passion that she
shows, and the beauty of a woman with passing years only grows!

Bersama Artis2

| | 0 comments


Istanamuzika
(Kumpulan Muzik Tradisional Istana Budaya)

Nizal Mohamad & Jamie Chik
Aishah
Ibnor Riza
Rahimah Rahim
Haziq AF


Setiap tahun Universiti kami meraikan staf2 yg telah lama berkhidmat di Universiti. Turut diraikan juga adalah staf2 yg sudah bersara dari perkhidmatan. Majlis itu dinamakan 'MALAM JASAMU DIKENANG'. Pada malam tersebut, staf2 yg diraikan akan menerima sijil penghargaan dan cenderahati sebagai tanda penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan mereka terhadap Universiti.

Selain dari acara penyampaian sijil dan hadiah, kami juga menjemput artis utk membuat persembahan semasa jamuan makan malam. Sebagai pengerusi jawatankuasa 'entertainment' sy ditugaskan utk mencari artis2 yg dirasakan sesuai utk membuat persembahan di majlis tersebut. Setiap tahun bertukar artis.

Bukan senang nak cari artis2 yg sesuai lebih2 lg artis perempuan. Bagi artis perempuan, syarat yg paling utama ialah berpakaian menutup aurat. Lagu2 yg dipersembahkan mestilah sesuai dgn suasana dan tetamu majlis. Personaliti artis pun kena amik kira bagi mengelak sebarang kontroversi.

Biasanya sy akan tanya kepada pengerusi dan AJK penganjur kalau2 mereka ada 'pilihan' sendiri yg ingin dijemput membuat persembahan. Sebolehnya sy cuba dapatkan artis pilihan mereka dahulu sebelum memilih artis lain. Tapi faham2 aje la,kalau yg tengah glamer dan popular, bayarannya pasti mahal. Jadi kena tengok bajet la..kalau terlalu mahal xbole nak amik. Lagipun mereka hanya buat persembahan untuk lebih kurang 45 minit sahaja.

Setelah mengenalpasti artis mana yg ingin dijemput, maka sy pun berusaha untuk menghubungi mereka. Berbagai cara terpaksa dilakukan utk melaksanakan tugas ini saperti minta pertolongan kawan2 yg mengenali artis itu, menghubungi syarikat rakaman, pegawai perhubungan artis, Entertainment Agency saperti MAESTRO dan Istana Budaya. Apabila sy berjaya mendapatkan artis2 tersebut, maka kami akan membuat pertemuan untuk membincangkan hal2 yg berkaitan dgn persembahan mereka.

Hati sy slalu berdebar2 setiap kali hendak bertemu artis. Maklumlah mereka org terkenal, glamour dan kadang2 kita terpengaruh juga dgn gossip2 tentang mereka. Ada yg dikatakan sombong, demanding, banyak sogeh dan berbagai2 lg. Alhamdulillah, setakat ini sy tidak pernah lg mengalami situasi yg tidak menyenangkan sepanjang berurusan dengan artis2 yg diundang. Mereka sgt professional, berdisiplin, berbudi bahasa, tidak menyusahkan, bertolak ansur dan tidak pernah demand. Sy rasa bertuah dapat mengenali mereka secara dekat dan berkerjasama dengan mereka. Sehingga kini ada diantara mereka yg masih menghubungi sy dan kami menjadi kawan rapat. Cuba teka siapa?


P.S. Catatan ini dah lama disimpan dalam 'DRAFT' baru skrg dipublished..:-D