Kasih Saudara

| |

Segmen 1

Pagi tadi badan rasa xsihat. Pening sahaja. Pil NORVASC untuk hypertension xpernah miss pun tp xtau nape pening setiap kali berdiri lama. Maybe banyak sangat makan coklat-coklat yg kerol bawak balik dari Langkawi. Orang kata kalau ada migraine xbole makan coklat banyak2....xtau pulak kesahihan pendapat ini.

Tugas sy setiap hari pagi sabtu n ahad, pergi pasar n beli breakfast sekali. Tp pagi ini rasa letih nak kuar rumah. Rasa xde mood nak kemana-mana. Nak buat apa-apa pun xde mood. Tp kesian pulak kat hafiz n zaim. Sebagai ibu keutamaan tentulah anak-anak. Ibu lapar xpe tp jangan anak-anak yg lapar. They are always my PRIORITY.

Sementara nak hilangkan pening, sy mengadap ASTRO sekejap. Masa tu HBO menayangkan filem MAMBO KING. Filem muzikal lakonan ARMAND ASANTE dan ANTONIO BANDERAS. Sy minat sgt dgn Si Antonio nie lbh lagi kat suara dia. Suka sgt dgr suara dia jadi PUSS dlm film animasi SHREK. Sy juga suka tengok dia berlakon jadi guru tarian kepada sekumpulan murid-murid nakal dlm filem TAKE THE LEAD.

MAMBO KING mengisahkan dua beradik dari Cuba yg mencuba nasib menjadi penghibur di Kelab Malam di Amerika. Kononnya lagu BEAUTIFUL MARIA yg si Mawi nyanyi dlm AF tu lagu ciptaan si Antonio yang namanya dalam filem itu ialah DESTAR, seorg pengubah lagu dan abgnya CEASAR, seorg penyanyi. Apa yg menarik perhatian sy ialah tentang keakraban dua beradik itu dlm memperjuangkan lagu irama latin di Amerika. Walaupun si abg lebih berkuasa dan penuh keegoan, tetapi perasaan kasih terhadap adiknya mengatasi segalanya. Si abg sanggup mengorbankan perasaan cintanya terhadap seorg gadis semata-mata kerana adiknya menyintai gadis yg sama dan mengahwininya. Dalam usaha mereka utk berjaya, mereka kerap menemui kegagalan kerana ditipu oleh agen-agen. Mereka pernah hilang pekerjaan kerana kelab mereka tidak mahu memperbaharui kontrak kerana takut dgn ugutan ketua samseng sehingga memaksa mereka berkerja di ladang penyembelihan lembu.

Mungkin realitinya begitulah kehidupan manusia2 yg bergelar penghibur...ada pasang surutnya..namun di atas pentas mereka tetap ceria menghiburkan hati org lain. Mereka ibarat lilin ..membakar diri utk menerangi org lain.

Namun dlm apa keadaan sekalipun, dua beradik ini tidak pernah berpisah walaupun mereka sering bertengkar dan berlainan pendapat. Pada akhir cerita, apabila Destar diberitahu oleh seseorg yg abgnya sebenarnya menderita kerana tidak dapat memiliki wanita yang sudahpun menjadi isterinya itu, Destar rasa sangat bersalah terhadap abangnya dan perasaannya sering tertekan setiap kali melihat wajah abgnya sehingga dia menemui maut di dlm kemalangan jalanraya. Setelah Destar mati, setiap kali ada show, abangnya pasti akan mendendangkan lagu BEAUTIFUL MARIA bagi mengenang adiknya itu.

Hati sy tersentuh juga melihat adegan akhir filem ini. Berlinang jugaklah airmata kerana sy rasa skrg susah nak dpt kasih syg di antara adik beradik seperti mereka...atau apakah ianya hanya ujud dlm filem sahaja...tidak dlm realiti kehidupan manusia.

Interframe:

Lepas habis cerita tu baru pergi kedai beli roti n telur untuk dbuat breakfast. ...oops bukan breakfast tp brunch....breakfast n lunch!

Dah tengahari....pening lagi. Masa inilah teringat KAK LONG. Selalunya hujung minggu dia balik rumah tp minggu ni dia pergi Seremban kerana kerol ada kursus di sana. On the way back, nak singgah Alamanda, Kamil nak jumpa UPIN dan IPIN. So, lewatlah dia balik nanti. It's natural, bila ibu rasa xberdaya n bermaya dia mesti akan ingat kat anak2 perempuan lbh dari anak lelaki. Selalunya anak perempuan lbh sensitif dan memahami perasaan ibu mereka. Hanya org perempuan aje yg bole menyelami hati seorg perempuan...betul x? Tapi apakan daya...anak perempuan ada 3 orang aje....sorg dah jadi isteri org, sorg lagi nun jauh diseberang lautan ....sorg lagi pun jauh dinegeri orang...Negeri Sembilan.

Segmen 2

Sementara menunggu azan zohor, mengadap TV3 pulak. Nak tengok MELODI. Sekali sekali best jugak tengok cerita2 sensasi dan gossip artis2 malaysia...nama pun artis...kalau xde gossip org xkenal ... xkenal maka xde la peminat ek

MELODI belum mula lagi tp ada pulak program BANG BANG BOOM...segmen yg suka mengenakan org tu..cam program Just Kidding. Tp ini bukan buat lawak tp buat kejutan kat anak-anak..konon2 mak mereka sedang sakit tenat...critical sgt2 sehingga terpaksa buang buah pinggang dan nak mintak anak2 derma buah pinggang mereka untuk ibu yg sedang tenat itu. (Ini adalah atas permintaan si ibu yg mahu menyedarkan anak-anaknya yang nakal2 tuu)

Maka dua org krew berlakon jadi doktor pakar dan telah memanggil anak-anak wanita yang kononnya sakit itu datang ke klinik (usia mereka dlm lingkungan umur 19 tahun hingga 5 tahun)untuk memberitahu tentang sakit ibu mereka....7 org semuanya (eh....cam sama je bilangan anak dgn sy..tp anak2 dia 4 perempuan 3 lelaki). Doktor2 pun cakaplah yg ibu mereka sakit kerana tension dgn anak-anak yg malas nak tolong ibu mereka, degil, malas belajar, suka lepak2 dan macam2 lagi lah yg buat ibu mereka stress, dapat gastrik dan terus sakit buah pinggang (logik ke???). Anak2 perempuan dah nangis2 mendengar cakap doktor tp yg perempuan bongsu...cam blurrr je....maybe xpaham kot. Yang lelaki 3 org tu mula2 cam xde perasaan langsung, si abg sulung relaks aje...tp bila doktor tanya sanggup x derma buah pinggang untuk ibu ...dia kata sanggup dan yg 2 org adik lelakinya dah mula kesat2 mata. Bila doktor tanya yg lain...semua angguk tanda sanggup....yg bongsu tu pun main angguk2 jugak. Di situ bole nampak ketulusan hati anak-anak itu yg sanggup mendermakan buah pinggang mereka tanpa banyak soal jawab. Mereka tidak ambil tahu langsung akan risiko2 yang mungkin akan mereka hadapi.

Walaupun program itu saja nak mengenakan mereka dan untuk menyedarkan mereka tp rasa terharu pulak tengok akan kesungguhan mereka untuk mendermakan buah pinggang mereka sebagai bukti pengorbanan dan kasih terhadap seorg ibu.

Tapi biasalah program main-main....tengah2 feel...tengah2 sedih...datanglah si gorilla mascot bang bang boom datang memberi kejutan dan taulah budak2 tu yg mereka dah terkena. Namun pengajarannya ialah anything can happen to a mother...so anak-anak...pikir2kanlah k.

(Adik: Emak lum khatam lagi novel 'Curahan Cinta Niagara' suspend betul nak baca bab yang akhir tu........ntah bila nak start baca 'Ayat-Ayat Cinta' ?????)

10 comments:

cairoboy said...

'It's natural, bila ibu rasa xberdaya n bermaya dia mesti akan ingat kat anak2 perempuan lbh dari anak lelaki.'

yeke??alahai,jelesnya...hukhukhuk..

btw aunty,take gud care of urself..ur future doctor tu ade,ape2 mntk nasihat die...hehe

nannychomel said...

To Cairo boy:

Mestilah...anak perempuan bole picit2 badan ibu...anak lelaki mana pandai buat tu semua...anak perempuan lbh caring...betul x thia? Anak lelaki sekali sekala je ingat kat ibu...lbh2 lg yg dah bujang!

[MH] said...

iya betol tuuu..
thia boleh je nak bg nasihat kat emak suh jaga pemakanan..tak nak bg ur blood pressure keep rising.tadi baru belajar ttg Diabetes.Risaaau kalau mak ada diabetes.

Love you!

p.s: Bestnya bila bc ayat emak yang mengatakan emak rindu kak long..kui kui kui

nannychomel said...

To Thia:

Nape? Xpercaya :-)

Mesti klong hepi ek...xpun dia akn kata yg mak nak bodek dia ...nak suruh dia masak sedap2 tp mmg betul la....dah lama xmkn lauk klong masak hihihi

cairoboy said...

nannychomel :
haha...aunty x tau,kat umah tu,ibu slalu suru sy yg urut die tau...bkan sume anak llaki yg x reti picit2kan badan mom die ea...sy pndai tau...

anak llaki sekali sekala je igt kat ibu??huhu..smpi ati aunty ckp cmtu...sedih2...xpe2,sy akan buktikan yg aunty silap...hehehe...

nannychomel said...

To Cairo boy:

Untung ibu ada along hehehe...ok la...for that matter..anak lelaki sulung lbh concern kot....I'll acknowledge that. Happy?

cairoboy said...

(^.^)

[MH] said...

Paan paan..kena berlatih amik hati emak mertua plak ni..
Ngeh3

cairoboy said...

fathy :
haih fathy...len mcm je bunyi nye...awak tu??dh ke??

Zimah Zaiwani said...

hehehe...ntah mak ni. bile ntah nk habis curahan cinta niagara tu. hehehe....