Hajat xkesampaian

| |

Terlalu lama memikirkan hal ini. Apakah patut dikongsi bersama ataupun tidak. Kalau xdikongsi nanti ramai yg tersilap sangka. Tapi lbh baik berterus terang drp menanggung perasaan malu dikemudian hari, betul tak?

Ini tentang Hafiz. Hafiz yg pernah diceritakan akan masuk ke Maahad As Sofa untuk jadi 'Al-Hafiz'. Sebenarnya Hafiz xjadi nak jadi 'Al-Hafiz'. Dia dah keluar dari sekolah itu. Bila? Dah lama. Dia hanya bertahan seminggu je di situ. Dua hari di situ dia telefon sy menangis2 nak balik. Tak tahan dgn peraturan sekolah dan asrama yg ketat di situ. Mulanya sy pujuk dia suruh bertahan mungkin pada minggu suaikenal jadual agak ketat sikit lama2 nanti ok la.

Hari-hari berikutnya, Hafiz telefon lagi. Dia kata xbole bertahan lagi. Macam-macam sebab musabab dia berikan. Sy mula xsedap hati. Ialah hati seorg ibu bila anak dah nangis2 ibu mestilah akan nangis jugak. Sy ceritakan masalah Hafiz pada ayahnya. Ayahnya kata 'No way I'm going to take him out from that school'. Serba salah sy dibuatnya. Kalau dibiarkan nanti, takut jd hal lain pulak. Takut emosi dia terganggu dan langsung xbole belajar apa-apa. Tp kalau dibawa balik takut nanti dia buat balik perangai lama suka lepak dgn kawan xtentu hala.

Dilema...betul2 dilema ketika itu. Antara kasih dan kasihan. Kasih padanya dan ingin dia menjadi anak yg baik dan soleh. Kasihan padanya kerana terpaksa menghadapi dugaan hidup di tempat dan suasana yg baru. Sy juga sudah mula merinduinya kerana di rumah yg tinggal hanya zaim. Mungkin salah sy kerana terlalu memanjakan dia sehingga dia tiada daya ketahanan diri apabila berjauhan dari sy.

Dipendekkan cerita, akhirnya selepas puas dipujuk dan dimarahi oleh ayahnya, Hafiz berkeras dan berjaya juga 'mengeluarkan' dirinya dari sekolah itu dan balik belajar di sekolah lama, Al-Amin. Maka kecewalah si ayah bukan kepalang kerana anak lelakinya itu tidak jadi 'Al-hafiz' tapi sy pula rasa lega dan gembira kerana dia sudah pulang kepangkuan saya. Bagi saya, biarlah anak-anak yg menentukan masa depannya sendiri. Ibubapa hanya boleh membimbing dan memberi tunjuk ajar.

Alhamdulillah, sejak Hafiz pulang ke rumah dia belum lagi melakukan sesuatu yg membuat kami susah hati dan dia nampak gembira pulang ke sekolah lamanya. Semoga Hafiz menjadi insan yang berguna dan anak yg soleh.....walaupun dia xbelajar di Maahad. Amin.

10 comments:

EmcEE_SubZeRo said...

salam.

hafiz ni umur brapa ya?

tapi suka sy ingatkn kpd ibu bhwa anak yang baru dilahirkn adalah bagaikn kain yg putih bersih dicuci dgn breeze. Ibu bapa lah yg bertanggungjawab utk mewarnakannya.

dan skali lg diingatkn juga anak2 memang lah boleh membuat pilihan sendiri dgn ibubapa menunjukkn pintu tetapi bagi anak yang masih kecil comel dan xmampu utk membuat pertimbangan, sy rsa adalah sebaiknya klu dibimbing oleh ibubapa DENGAN MENGAMBIL KIRA pendapat dan perasaan mereka.

makcik sdg membuat ssuatu yg sy kira betul. gratz gratz ^^

Fathiyyah said...

Emak,biarlah masa menentukan.Dan thia yakin,ada 1001 hikmah di sebalik semua ni.
Lega bila baca yang Hafiz dah tak macam dulu. Insya Allah,Hafiz akan ikut jejak Angah dan Abg Nuar nnt..sbb thia yakin dengan Al-Amin.

Mak suh la Hafiz join prog Tahfiz kat Al-Amin tu.

Fathiyyah said...

sokong 100% Syah!

cairo boy said...

salam aunty,

hehe,jangan laa di resahkan sgt dgn hafiz tu..anak baru nak membesar,akan meronta bila jiwa nya x kena dgn apa yg dia nak...maybe he is a kind yg suka bebas,n x suka bnda memonopoli die...btol kata fathy,let time tell us...

x semestinya nk jadi 'hafiz' di maahad saja kan,kat al-amin ada prog tahfiz juga,cm fathy kata..cuma,mungkin kdg2 ibu bapa terlebih concern ttg bagaimana nak mengawal dan membentuk anak2...'saya nk anak ni jd mcm ni,nak anak tu jd mcm tu'...kita hanya merancang,Dia yg menentukan...kuasa Allah sungguh besar hingga kita xtau apa yg akan berlaku kelak...

banyak2 kan lah berdoa..jgn expect terlalu rendah kpd hafiz ttg pergaulan die dgn rakan2 die...mana tau,satu hari nnt,kwn2 die tu jd baik kerana hafiz...siapa tau kan??

hafiz will be a gud proffesional mukmin one day,insyallah...someday somehow...

nannychomel said...

To Syah:

Wksalam. Hafiz is jez 13 yrs old. Xpernah berpisah dr auntie. Hari2 pegi sekolah masih lagi kena cium pipi :-) Anyway, thnx for yr opinion and support. Glad u guys understood.

To Thia:

Insha'Allah, harap2 begitulah. Kak Arsyi pun ada cakap dia xde masalah disiplin di sekolah. Cuma kena bagi motivasi lbh sikit. Tp sejak balik Al Amin, hari2 main bola n kulit dah bertukar colour..dan skrg dah masuk swimming class semula. Bertambahlah gelap adik u tuu hihihi

To Cairo Boy

Aunty xpandang rendah kat kawan2 dia cuma dia mudah terpengaruh dan lbh dgr cakap kawan dr cakap mak dia. But I really appreciate yr views...as a young boy I'm sure u had the same experience before cuma daya tahan u lbh kuat dr Hafiz. Next time bole la auntie minta yr nasihat n pandangan lagi Anyway, tqvm.

cairo boy said...

hihihi...yg tu,aunty kena strict skit..bg rotan ke kalau degil sgt,hehe (i used to it),hahaha...

erm,xde laa kuat sgt daya thn ni..selalu gak mngs meronta2 nk mntk kluar asrama dulu,ibu laa slalu manjakan saya...baba,huh...buat x layan je...dh boring sgt dgn layanan baba,diam aje..boring dh mntk kluar asrama...cm xde pape effect pun ngs bertong2 air mata,haha...

EmcEE_SubZeRo said...

salam.

hoho. no problemo. biasanya kanak2 xnmpk apakah yg diusahakn oleh ibubapa mereka utk mereka. dah umur lewat belasan baru sedar.

dan sy salah sorg dr mrk. dulu benci benci xnak xnak xnak. skrg 'hehehe' sje bila emak sy cerita.

ahaha

ikrami said...

xpe mak... insya Allah kita sm2 jaga hafiz. he's a good boy. i know it. i believe someday he'll be the leader of the ummah. insya Allah. you know why? because he's your son. all your children are the best. ameen....

luv u...

Fathiyyah said...

syah:
kelaka bc kisah kamu..

paan:
boleh appoint ko jadi kaunselor mak aku ni..
:)

adik:
ewah ..haha

nannychomel said...

To Cairo Boy:

The problem is auntie xpernah jentik anak apa lagi nak merotan. Cuba tanya thia...pernah ke auntie cubit2 mereka XPERNAH seumur hidup...I'm too soft with my children. Maybe that's the reason why ada yg take advantage. Tp dgn ayah mereka....kena tenong je dah kecut2 perut...but still Hafiz nie jenis yg xmakan saman. Dah puas kena rotan...dia selamba je.

To Syah:

At least now you have proven to yr mum that you can be the BEST. Keep it up!

To Adik:

Insha'Allah, harap2 begitulah. Xmau ada diantara anak-anak mak yg xjadi orang!