Ghazal

| |

Masa kecil dulu, arwah ayah amat meminati muzik ghazal. Setiap kali ada show ghazal di tv, arwah ayah dan arwah ibu akan menyaksikannya dari awal hingga akhir. Arwah ayah sangat appreciate muzik ghazal walaupun dia seorang pegawai agama tetapi dia berjiwa seni. Aku seronok melihat arwah ayah menggoyang2kan kepalanya mengikut rentak lagu ghazal. Arwah ibu yg sentiasa berada disampingnya hanya mengukir senyuman.

Aku kurang meminati ghazal masa itu. Bagiku ia muzik utk orang tua2 sahaja. Aku lebih meminati lagu-lagu pop yeh yeh. Penyanyi kesayangan ku ialah Allahyarham Datin Rafeah Buang. Pernah satu hari arwah ayah bertanya padaku, bila besar nak jadi apa? Aku jawab nak jadi Rafeah Buang. Terbeliak mata org tua itu mendengar jawapan ku.

Arwah ayah pernah mempunyai seorang anak angkat, Abg Kamal, orang Singapura. Dia nie satu kampong dgn penyanyi2 pop yeh yeh yg sgt popular pada masa itu saperti A. Ramli, Jefrydin, M. Ishak, Zam Zam dll. Semasa arwah ayah bertugas di Negara Brunei Darussalam pada tahun 1960 hingga 1971, abang kamal pernah tinggal bersama-sama kami. tetapi xlama. Masa itu dia menjadi pemandu kepada seorang kerabat Diraja Brunei.

Setiap kali ada perayaan sambutan ulangtahun Sultan Brunei, ramai penyanyi2 pop yeh yeh yang terkenal pada masa itu akan buat show di Bandar Seri Begawan. Abg kamal lah org yang paling sibuk masa itu menjadi 'Liaison Officer' kepada penyanyi2 tersebut. Dan satu perangai Abg kamal nie, setiap kali mereka datang dia pasti akan bawa penyanyi2 itu makan tengahari di rumah. Yang bestnye, Abg kamal, walaupun pandai masak, dia beli je lauk pauk untuk dijamu kepada penyanyi2 yg datang rumah. Aku lah orang yg paling seronok. Arwah ayah sporting. Dia layan mereka itu sebagai tetamu2 istimewa.

Jauh pulak menyimpang. Niat nak cerita pasal ghazal. Ok lah..berbalik pada ghazal, dulu-dulu (tak tau la sekarang nie) di Johor kalau ada kenduri kahwin, pasti kumpulan ghazal akan dijemput untuk memeriahkan majlis. Satu ketika dulu, jiran kakak buat kenduri kahwin dan kumpulan ghazal dijemput. Mereka hanya akan buat persembahan pada malam berinai. Sepanjang malam mereka bermain ghazal. Lagu yang aku paling ingat sekali ialah 'Pak Ngah Balik'. Beberapa tahun kemudian lagu 'Penawar Rindu' nyanyian Datin Orked Abdullah menjadi sangat popular.

Kenapa sy tulis pasal ghazal? Kerana sy dah jatuh cinta pada muzik ini atau mungkin juga sy sudah tua hihihi. Muzik ini dikatakan berasal dari Persia yang dibawa ke tanah melayu oleh peniaga-peniaga Arab. Sy pernah menonton 'Gema Zafana' di Istana Budaya 4 tahun yg lalu. Persembahan lagu-lagu ghazal, diselangselikan dengan tarian2 zapin memang first class. Rasa bangga pulak jadi orang Johor :-) (Sy dulu ada juga bercita-cita nak jadi penari kebudayaan tapi telah mendapat tentangan hebat dari keluaga. Mana boleh anak Pak haji jadi penari!).

Akhir tahun 2008, aku telah menjemput kumpulan muzik ghazal Istana Budaya untuk mengadakan persembahan ghazal semasa Malam Jasamu Dikenang bagi menghargai jasa-jasa staf2 yg telah lama berkhidmat di IIUM. Kumpulan ini diceritakan telah banyak membuat persembahan kesenian di luar negara termasuk di negara timur tengah. Memang best persembahan mereka.

Semoga muzik ghazal terus berkumandang dan berkembang dipersada seni dan generasi muda perlu didedahkan dengan muzik ghazal kerana ianya adalah khazanah bangsa yang tidak ternilai.
Namun tidak ramai penyanyi yang boleh membawa lagu ghazal dengan baik. The best is Ramlah Ram.

Saya paparkan juga di sini dua lagu ghazal: Penawar Rindu dan Pasir Roboh. Kedua-dua lagu ini amat bermakna bagi diriku.

Camne lagunya? Carilah sendiri k.

0 comments: