Kasih Ibu

| |

Akhirnya semalam berlalu juga...hari yg memaksa aku berpisah dari salah seorg dari anak-anakku. Setelah 3 bulan dia bersama-sama ku, tiba masanya dia pergi lagi. Kepulangannya dulu disambut dengan penuh gembira...pemergiannya kali ini tidak pula diiringi dengan air mata...Aku tidak mahu mengiringi perpisahan kali ini dengan isak tangis kerana tidak mahu dia menjadi lemah semangat. Biarlah aku lepaskannya dengan perasaan gembira supaya dia boleh meneruskan perjuangannya dengan suasana yang aman dan tenang.

Namun hati seorang ibu....ia akan tetap merasa hiba
Dan doaku tak putus-putus mengiringi pemergiaannya

Dalam kamus seorang ibu, walau 10 org anaknya sekalipun, kasih sayang tetap terbahagia sama rata...tiada yg lebih tiada yg kurang. Tidak bermakna bila anak-anak tiada disisi, kasih sayang ibu akan berkurangan. Seorang ibu akan sentiasa mendoakan kesejahteraan utk kesemua anak-anaknya...cuma anak-anak selalu gagal untuk memahami perasaan dan hati seorang ibu.

Namun hati seorang ibu...dia sentiasa memaafkan
Walau dalam keadaan hatinya terluka.

Semasa anak-anak kecil, hati seorang ibu sentiasa rasa terhibur dengan tingkah laku mereka. Gurauan, gelak ketawa, tangisan, jeritan, sakit pening...itu semua hiburan bagi seorang ibu. Tetapi hati seorang ibu akan merasa sunyi apabila anak-anak sudah dewasa. Anak-anak sudah ada dunia sendiri, keluarga sendiri, kehidupan sendiri dan seorang ibu sudah tidak lagi memainkan peranan yg besar dalam hidup mereka.

Namun hati seorang ibu..
masih mahu memberi restu
masih mahu memberi ruang pada kemaafan

kerana kasih sayang seorang ibu
sentiasa memberi cahaya.....
ibarat pancaran mentari pagi
dan sinaran bulan dimalam hari

7 comments:

Anonymous said...

salam auntie.
me Arina, one of Thia's friends.
i'm now in Jordan.

begitukah sebenar-benarnya luahan hati seorang ibu?

my mom pn iringi keberangkatan sy ke jordan dgn senyuman.
i thought that she was ok.
but after reading this touching post, only then that i understand my mom's feeling.

thanks ya auntie sbb buat post ni.
now i know.
the so-real facts.

betapa hebatnya kasih ibu kpd anak-anaknya.
tp cuma anak2 saja yg xtahu.

salam perkenalan dr sy auntie.
-arina Jordan-

[wa wa wa. mcm nk banjir dh ni. sob sob.]

ummu ijlal said...

peranan seorang ibu sentiasa besar bg seorg anak...kerana doa seorang ibu itulah yang akan membawa anak ke syurga...bila seorg ibu itu telah tiada, mungkinkah akan ada insan2 yang akan mendoakan si anak seikhlas doa seorang ibu?

itu yg sentiasa rsyi fikirkan andai diri dipanggil dulu menghadap Ilahi sebelum smpt melihat anak2 dewasa di depan mata...

luv u always dearest mak..

cairoboy said...

salam to nannychomel...

its ok...x kesa pun...bagus jgak fathy masuk same2 ke gate time tu..sbb we all passenger paling last skali masuk ke boarding gate tu..at least ade teman...but,hand luggage fathy yg sy bawakkan tu x lepas security scan sbb ade sos n mayo dlm tu..cma lepas 1 botol je...but then,noe wat,time security scan kat abu dhabi...sos yg 'terselamat' tu td lepas lak...x kene tahan...so weirdo laa...

sal passport tu,me dh ade experience lbh kurg cmtu gak aa...dats y me just tergelak dlmn ati bile tgk u all 1 fmly crkan fathy nye passport..hehe

btw,mase me tgh hug n kiss my family..is it being watch by ur family???so shame laa...*blushing*..huhuhu....

anyway,x sempat jumpa aunty pun..sorie...hehe..

Zimah Zaiwani said...

Dear Arina,

Thnx for visiting auntie's blog. Seronok gak dpt kenal Thia's frens. Hopefully we could meet one day.

Glad Arina bole memahami hati seorg ibu and harap2 arina jagalah hati dan perasaan ibu Arina semasa beliau masih ada.

Study hard and smart. Take care.

Dearest Ummu Ijlal,


Mak used to worry about the same thing...tapi selalu bergantung harap padaNYA agar diberi umur yg panjang untuk melihat anak-anak membesar.

Dan doa mak tidak pernah dihampakan olehNYA...Alhamdulillah. Skrg nie masih berdoa untuk melihat Hafiz n Zaim menjadi dewasa pula.

I believe that u would do the same.

Dear Cairo Boy,

Really forgot xbole bawak masuk kabin bahan2 cecair lebih dari yg dibenarkan. Sori for the inconvenience caused.

Pasal passport tu, betul2 panik tau. Felt embarrassed pun ada...mane kan tidak, dah bersalam-salaman tetiba passport 'missing'. Auntie dah membayangkan yang Thia xdpt balik ke Cairo hihihi.

Memamg terpukau n terpegun la tenguk u hugs and kissed yr family ...Auntie masih rasa syahdu especially bila tringat u peluk cium yr mum and dad. Auntie xpernah merasai suasana begitu n I feel that yr mum and dad are lucky to have a son like u. You're so sweet and loving.

Oh yes, jez got to know that u attended Tadika Canossian Convent di Kluang. Hey, itu sekolah auntie tau.....semangat convent masih ada lagi tak?

Take care and study hard and smart.

nannychomel said...

To Arina, Ummu Ijlal n Cairo Boy..

Sori...it's nannychomel's response...not zimawa..

Subuh2 td blurrrr sikit

cairoboy said...

salam..

owh,its ok...small da matter laa aunty...lgpun we all dh selamat sampai...syukur alhamdulillah...

err,mybe sbb im a guy kot...then,hug n kiss is not a guy 'trend' rite??hihihi...

owh ic,dats convent its ur former school??semangat convent??let see...dh xde kot..me stdy there just for da pre school...then dh masuk primary school...how can me ade semangat lagi...lagipun,its a gurl school rite..daa~~

u too,plz pray 4 us here...we really need 'doa's from all parents there..

nannychomel said...

Salam,

Ye la terlupa it's a girls' school hihihi..maklumlah dah lama meninggalkan alam persekolahan.

U're rest-assured that doa ibubapa xpernah putus untuk anak-anak..lbh lg yg xde di depan mata.

Fathy dah buat syp dahhh...nak merajuk nie