WARKAH BONDA (buat anakanda yang berada di IRBED)

| |

Anakandaku Atiqah,

Airmata bonda bercucuran membaca warkahmu yg ditujukan khas buat Fathia, sahabat baik mu. Bonda dapat merasakan betapa hebatnya kerinduanmu terhadap dia. Sungguh bonda turut merasainya kerana bonda turut merindui mu malah sgt terkilan kerana tidak berkesempatan menemuimu ketika anakanda pulang ke Malaysia tempoh hari. Bonda ada mengajak Fathia berkunjung kerumah mu tetapi nasib tidak menyebelahi bonda kerana anakanda sudah merancang utk menziarahi nenekmu pada hari itu. Bonda redha kerana nenekmu lebih penting.

Atiqah,

Bonda sgt menghargai persahabatan kamu berdua...persahabatan yg begitu akrab sehingga ketika anakanda berdua berada di KISAS, setiap kali bonda menziarahi Fathia, bonda rasa tak sah kalau tidak dapat berjumpa dgn mu walaupun untuk beberapa saat sahaja. Anakanda sgt berbudi bahasa, sopan santun, lemah lembut dan melayan bonda seperti ibu sendiri. Bonda rasa seolah-olah ada satu ikatan di hati-hati kita, walau ianya tidak pernah dibicara atau diluahkan malahan tidak pernah jua saling mengenali sebelum itu.

Atiqah,

Bonda turut terkilan kerana anakanda berdua terpaksa berpisah bagi meneruskan cita-cita masing-masing. Anakanda pernah berkata, kalau boleh hendak belajar bersama-sama Fathia. Tapi Allah Maha Berkuasa di atas segala-galanya. Dialah yang menentukan takdir kita. Maka anakanda berdua terpisah...walaupun tidak jauh namun perpisahan itu membawa kesedihan dan kepedihan. Tapi percayalah, anakandaku, ini adalah ujian dan dugaan dariNya yg hendak menguji sejauh mana kesetiaan kamu berdua sebagai sahabat sejati. Sejauh mana keikhlasan yang kamu suburkan di dalam hati. Kita tidak akan tau sedalam mana kasih kita pada seseorang jika kita tidak diuji dgn perpisahan.

Atiqah,

Perpisahan itu memang menyakitkan. Namun, jika kamu redha dgn ketentuanNya, bonda yakin di akhir perpisahan ini nanti, anakanda berdua akan menikmati suasana yg lbh bahagia. Bonda teringat kata-kata seseorg yang pernah rapat dgn bonda satu masa dahulu, "A minute of loneliness, Happiness for a lifetime". Di kala kita keseorangan dan kesunyian, kita pasti akan teringat saat-saat suka dan duka bersama-sama org yg kita sygi dan sentiasa berharap agar kesunyian itu akan berakhir dgn kegembiraan sepanjang hayat. Di sinilah perlunya pengorbanan. Tiada kasih yang tidak menuntut pengorbanan. Hanya bonda harap ungkapan "Yang Indah Itu Hanya Sementara" tidak akan berlaku di antara kamu berdua.

Di akhir kata bonda doakan semoga anakanda sentiasa tabah menghadapi cabaran dalam mengejar cita-cita. Anggaplah kesunyian dan kerinduan anakanda sebagai satu hiburan di perantauan. Ianya adalah mainan perasaan semata-mata. Bonda yakin anakanda mampu mengatasinya.

Anak cina memasang lukah
Lukah dipasang di tanjung jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Bagaikan rambut bersimpul mati

Daun selasih permainan budak
Daun selasih dimakan budak
Bercerai kasih talak tiada
Seribu tahun bertemu juga

(sebahagian petikan lagu dari filem melayu "GURINDAM JIWA" lakonan Nordin Ahmad dan Latifah Omar......masa tu anakanda2 berdua lum ujud lagi di dunia....tetapi lagu ini sgt2 bonda minati.)

Sekian, salam sayang.

9 comments:

c's said...

Auntie!! it's really touching~ sob.. sob..

Sempena nak rye ni, rdin nk ucapkan selamat ari rye.. maaf zahir n batin pada Auntie sekeluarga .. tmbh pula Thia auntie kembali beraya di samping keluarga, moga detik2 ini menambah barakah n rahmah auntie sekeluarga..

ps radin xpndi pantun la nk beli pantun auntie=(

nannychomel said...

To c's radin

Auntie pun ucapkan Selamat Hari Raya pada radin dan seisi keluarga.
Balik Cairo nanti tolong jaga thia baik-baik k...

Pantun tu auntie tiru je hihihi

cairoboy said...

salam...

walaupun x leh nk ngs (even dh cube)...tp still sayu dgn entry ni...sobsob :(

nannychomel said...

To Cairo Boy,

Mujur xleh nangis...that's not manly yunno...:-)

[amiza malik] said...

auntie...dasat la enty ni.
tak hais kering air mata baca warkah dari irbid..air mata tak dpt nak empang lagi bile baca auntie nye balasan..

ukhuwwah itu indah kan auntie..
susah nak describe...smoga hati2 yg bertemu kerana allah ini akan mendapat payung rahmat allah di syurga kelak..amin..

Anonymous said...

salam auntie
may i call u my mom..forever?
thnx mom *crying
sy sgt rndu nk jmpa mom dan tiya
salam sayang..
-anakandamu di irbed-

Shah CJ said...

sungguh hebat ikatan ukhuwwah kalian. terharu.. =)

slmt hari raya buat auntie sekeluarga. juga buat atiqah di irbid.

dr CJ dn famili di meru, selangor.

nannychomel said...

To Atiqah...IRBED

Miss U soooo much...
U can always call me mom forever if u wish to...I will be honoured.
Take care.

Ain Mardhiah said...

salam

wah, sebaknya saya baca surat auntie pada tiqah.. ni buat saya rindu mak-mak saya juga.. sob..sob...

selamat hari raya auntie..

eh lupa pekenal diri. nama saya ainul arina.. kawan atiqah kat irbid gak.. ^_^ jalan-jalan jumpa blog mama fathiyah ni.. wahwah, anak beranak blogging... hehehe...konfirm nnti sy melekat baca cm baca blog fathiyah.. :P