Buka Puasa

| |

Masa anak2ku kecil, saat paling menyeronokkan dlm bulan ramadhan ialah ketika berbuka puasa. Bayangkan pada satu ketika kesemua 7 orang anak2ku yg ketika itu masih bersekolah berkumpul mengadap juadah di dua meja makan. (1 meja tak cukup..) Yg lelaki duduk dgn ayah mereka dan yg perempuan dgn aku, arwah ibu dan pembantu.

Aku masih ingat setiap mereka mempunyai selera yang berlainan. Kalau pergi ke bazaar ramadhan aku terpaksa membeli kuih mengikut keinginan tekak mereka. Masa itu, belanja beli kuih muih dan lauk pauk tak semahal sekarang. RM20 cukup utk beli semua yg diingini. Kalau air minuman sampai 2 jenis...biasanya air tebu dan air kacang soya. Kuih muih pulak ada yg manis, ada yg pedas, yg kering dan yg berkuah.

Tetapi satu kenangan yg aku paling tak boleh lupa ialah anak kedua ku, Wan Muhammad, yg mesti nak makan mee goreng tiap2 hari...tak kisah lah..meehoon ke, mee kuning ke, kuayteow ke...janji mee goreng...WAJIB.

Aku amat bersyukur kerana anak2 ku mudah dilatih utk berpuasa. Paling awal pada usia 5 tahun tetapi semuanya bila berusia 7 tahun mereka sudah boleh berpuasa penuh. Begitu jugak dgn bangun sahur...tak payah nak simbah2 air...kejut aje dah bangun. Cuma takde seorang pun yg mampu hendak terus bangun mandi dan kesekolah..semua wajib tidur balik hehehe

Bila mereka sudah dewasa, ada yg dah berkahwin, ada yg bersekolah jauh, aku merasa rindu akan saat2 saperti dulu. Suasana berbuka puasa sudah lain....bila mengadap juadah terbayang wajah2 mereka...dan hati tertanya2 apakah mereka merasai kerinduan saat2 mereka bersama atau mereka sudah tidak ingat lagi.

Selamat Berbuka Puasa.

5 comments:

[MH] said...

mak dah stat buat ayat sedih2 daahhh...
masak kambing, br mintak resepi dr ibu mertua. tak tahu la jadi ke tidak.
umair beli kambing. suka betul dia ngn kambing. so kena lah masak hihi

mak, mlm ni semua kat rumah eh? jelesnyaaa

Acaii Jawe said...

Mestilah ingat untie :) Benda tu memang takkan lupa sepanjang hayat, insyaallah. Syurga itu ditelapak kakinya ibu :)

Apaaa?? Thia nak ajak gi rumah makan kambing bakar?! Ya Allah, susah2 je thia. Terharu saya. Nanti kitorang datang ye. Terima kasih atas jemputan,hihi.

[MH] said...

aiseh man. cepatnya sampai jemputan kepada Bro Acai n Kak Fiza. Baru je nak pergi jemput tadi.

Meh la datang kerteh. semua ada! Kambing bakar tu beres aja sih.. :D

(selamat berbuka puasa untuk bro n kak fiza :D)

nannychomel said...

Dah pandai masak daging bakar bole la memenuhi special request org gombak....:)

Nanti kita jempu Bro. Acaii dan isteri sekali...Salam Ramadahan Bro. Acaii...

Ania said...

Salam kenal! Saya dari team Kumpulbagi.
Jika Anda mau share dan download files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
Coba servis kami tanpa registrasi:)