Salam Perpisahan

| |

Salam.

Akhirnya aku dan suami dijemput utk menjadi tetamu Allah. Jadual penerbangan sudah diberitahu iaitu 12 Nov 2009 dan harus melapurkan diri di Kompleks TH di Kelana Jaya jam 9.30 malam. Perasaan ku bercampur baur......gembira kerana tercapai juga hasrat utk menunaikan haji tahun ini, sedih kerana harus meninggalkan anak-anak, dan bimbang kerana perjalanan ini bukanlah perjalanan untuk 'suka-suka' tapi untuk menyempurnakan rukun haji yang ke 5.

Segala keperluan telahpun siap ku sediakan sejak dua minggu yg lalu cuma tinggal utk dikemaskan elok2 di dlm beg2 yg dihadiahkan oleh pihak penganjur pakej. Setiap hari aku cuba mengambil masa utk membaca buku2 panduan yg dibekalkan bagi memantapkan lg kefahaman tentu keseluruhan ibadah haji. Namun aku rasa terkilan kerana setiap kali aku menatap buku2 itu pasti aku akan tertidur terutamanya di waktu malam kerana keletihan. Walau bagaimanapun, aku bersyukur kerana sejak bulan Mei lalu aku telah menghadiri kursus haji yg disediakan oleh pihak penganjur pada setiap hari ahad. Sekurang2nya aku dapat memahami konsep ibadah haji dan amalan2 lain yg perlu dilakukan sepanjang berada di tanah suci.

Perjalananku akan bermula 3 hari saja lagi. Tadi aku pergi ke ofis walaupun aku telah mengambil cuti untuk membuat persediaan terakhir. Aku mengambil kesempatan utk menyelesaikan tugas2 dan meninggalkan beberapa pesanan kpd staf2 yg akan mengisi 'portfolio' ku selama aku tiada di ofis.

Pada waktu makan tengahari, bos ku, Pn. Fazidah dan seorg pegawai atasanku, Pn. Wan Najihah telah mengadakan majlis Doa Selamat sempena pemergianku dan Pengarah Eksekutif kami, Tn. Hj. Wan Mohd. Hilmi, yg kebetulan turut menunaikan fardhu haji kali yg ke 3. Majlis ini diadakan secara kecil-kecilan kerana sebelum ini majlis yg serupa telah diadakan utk 3 org lg pegawai kami yg telahpun berangkat ke tanah suci.

Sebelum aku pulang, aku telah bertemu dgn semua pegawai dan staf untuk memohon ampun dan maaf. Saat2 inilah yg paling aku takuti sekali....iaitu untuk bersalaman dan berpelukan di antara satu sama lain kerana hatiku tiba2 menjadi sayu. Aku cuba sedaya upaya utk tidak menangis tetapi apabila rakan2ku mula menangis, hati menjadi begitu sebak dan sayu. Aku terasa seolah2 aku tidak akan bertemu mereka lagi...namun aku tidak putus2 meminta mereka mendoakan agar aku selamat pergi dan kembali. Di masa inilah baru aku kenali siapa rakan2ku sebenarnya...rakan2 ketawa dan menangis dan aku pasti akan merindui mereka.

Ya Allah! Aku mohon dipermudahkan segala urusan kami di tanah suci, berilah kami kesihatan, kesejahteraan dan keselamatan agar kami dapat menjalani ibadah haji dengan sempurna dan mendapat haji yang MABRUR. Amin.

5 comments:

princess said...

semoga dipermudah kan n selamat beribadah!

bestnye auntie dh nk selesai 5 rukun islam....

cairoboy said...

selamat berangkat aunty.
semoga aunty n suami dilindungi dan dirahmati sepanjang kat sana nnt.
aminn..

nannychomel said...

Princess n Cairo boy:

Thnx so much for your du'a. Tolong jaga thia ye....

Nazuha said...

aju sekeluarga doakan aunty and uncle wan selamat pergi dan balik. Semoga mendapat Haji yang mabrur..

melatiblossoms said...

nannychomel,

semoga Allah kurniakan haji yang mabrur buat nanny dan suami, semoga Allah permudahkan segala urusan. Sungguh rindu untuk menjadi tetamu Allah dirumahNya jua. Rindu menatap kaabah lagi.