Untuk tatapan orang jauh...

| | 5 comments

Masih 'honeymooning'
< Control comel..... Tengok teater dgn A'an......

Ditemani oleh Hafiz, Banna & Azrai

Birthday Zaim....biasalah anak2 buah yg sibuk

Ijlal yg suka bergaya

Birthday Hafiz.....tengok sape yg tak sabar2

Imtiyaz....xsabar nak tengok dia besar

Brothers n Best friends.....forever n ever

loving cousins....

Xabis2 nak bertanding sape paling CUN

D'Time Square...memenuhi permintaan zaim

Hanya kenangan.....biasalah separuh jalan je

Org jauh....jangan jelez kat dua orang nih

THIA @ KAK UDA @MAK UDA........WE MISS U SOOOOO MUCH!!!!

| | 18 comments


<

11 Januari 2009.....Hafiz mendaftar di Maahad As Sofa, Rembau, Negri Sembilan. Akhirnya dapat juga masuk maahad setelah setahun mencari-cari maahad yang sesuai untuk Hafiz. Tahun lepas ayahnya survey maahad2 swasta di seluruh Negeri Kelantan tapi xde yg sesuai untuk Hafiz. Dia xlayak masuk maahad Kerajaan kerana keputusan UPSR tidak memuaskan. Ada 2A je...akibat malas belajar. Hafiz pandai tapi penyakit M dia tu lbh dr segalanya. Bukan setakat belajar je malas, nak urus diri pun sgtlah malas. Dia nak masuk asrama pun, sy lah yg menguruskan segalanya...dari pakaian sehinggalah segala keperluan peribadi yang perlu di bawa. Dia xamik hal langsung.

Asalnya macam xmau hantar Hafiz tinggal di asrama. Kerana yg ada dirumah hanyalah dia dan zaim. Sunyi nanti kalau hafiz xde dan zaim tidur sorg2 dlm bilik. Walaupun hafiz suka buli zaim tapi dia lah peneman zaim tidur. Namun, memandangkan perkembangan hafiz yg agak 'mencemaskan' maka kami terpaksa masukkan dia ke sekolah berasrama juga. Dia harus ‘didisiplinkan dan ditarbiyyahkan'. Dia begitu mudah terpengaruh dengan sikap rakan-rakan sebaya yg agak 'longgar' didikan agama mereka. Bnyk kesan negatif yg kami dapati sejak Hafiz rapat dengan mereka. Sejak cuti sekolah akhir tahun, Hafiz banyak menghabiskan masa bersama mereka…..dari pagi hinggalah larut malam. Dia sudah mula lalai mengerjakan solat, lebih suka lepak dengan kawan-kawan dan tidak lagi rajin menghafal surah-surah dalam Al-Quran.

Bagi sy melalui saat-saat perpisahan dengan anak-anak semasa mereka belum cukup dewasa adalah sangat menyedihkan. Dulu terpaksa berpisah dgn Fathiyyah apabila dia masuk Sekolah Naim Lil Banat di Kota Bharu, Kelantan. Sy rasa sy telah berlaku kejam terhadapnya kerana menghantarnya bersekolah jauh-jauh. Fathiyyah pula slalu telefon dan tulis surat kata kami dah xsayangkannya kerana hantar dia sekolah jauh-jauh. Dekat setengah tahun juga dia terpaksa dipujuk untuk meneruskan persekolahannya di situ. Mujur lah pada waktu itu, ayahnya masih berkhidmat dengan MAS, bolehlah dia balik tiap-tiap bulan guna privilege family travel.

Semalam, airmata sy berguguran lg apabila berpisah dengan Hafiz pula. Sy tahu dia pun rasa sedih sewaktu kami hendak balik. Sy tahu Hafiz cuba menahan diri dari menangis kerana dia seorang lelaki. Sy peluk dan cium pipinya dan dahinya dengan perasaan sungguh sebak tetapi masih mengawal airmata agar sy tidak menangis di hadapannya.

Ketika masuk ke dalam kereta, airmata sy sudah mencurah2 sambil berdoa agar Allah memberinya kekuatan semangat dan ketabahan menjalani hidup di tempat dan suasana yang baru. Semuanya ini kami lakukan demi kebaikannya. Doa dan harapan kami agar Hafiz akan menjadi seorang ‘HAFIZ’ dan menjadi pembimbing generasinya kelak.