Menyepi

| |

Sudah lama benar blog ini menyepi...sejak thia pulang bercuti aku sudah xmengupdate blog lagi. Walaupun bnyk cerita yg nak dikongsikan bersama tetapi keinginan utk bercerita di blog sudah tiada. Rasa dah hilang semangat pun ada.

Sepanjang thia berada di tanahair, semua cerita2 yg up-to-date dikongsi bersama anak-anak secara 'live'. Bila sudah habis diceritakan...modal utk menulis pun turut habis. Tambahan pula sekarang dah pandai ber'facebook'...dan pandai ber'kebun' dlm fb dan macam2 lg yg buat diriku jadi leka melayan fb. Kawan baru pun bertambah...yg jauh dan yg dekat.

Thia sudahpun terbang semula ke Cairo. Pemergiannya kali ini lbh bermakna bagi dirinya yg sudahpun bergelar tunangan orang. Well, that's what she always wanted to be...since last year. She wants to settle down early....just like her mother but she failed to understand that her mother was in a totally different circumstances. Her mother was not ambitious. Her mother just need love and a place to stay.

Anyway, thia dah selamat bertunang and we all wish her the best. Pandai2lah mengatur masa hadapan and hope she knows her priority and that was the mutual agreement between two families. She'll be back to be married next year, Insha'Allah.

As for me, I have another very important event this year. (la, camne bole ckp omputih lak nie????) Insha'Allah, bulan hadapan, sekiranya tiada halangan dan diizinkan Allah, aku dan suami akan berangkat ke Tanah Suci. Di awal tahun memang merancang nak pergi tahun ini tetapi disebabkan terlewat berdaftar permohonan diletakkan dlm kes rayuan. Namun sejak bulan Mei lalu, kami turut mengikuti kursus2 haji yg dianjurkan oleh pihak2 Tabung Haji dan Andalusia (pimpinan Dato' Hj Daud Che Ngah). Kalau tak dpt pergi pun xpe at least dpt ilmu.

Tanpa disangka dan mungkin sudah ditakdir, nama kami terpilih. Alhamdulillah, rasa sgt2 gembira kerana terpilih menjadi tetamu Allah tetapi terselit juga perasaan takut dan bimbang kerana mengerjakan Ibadah Haji tidak boleh dibuat sambil lewa. Segala ibadah mesti sempurna baru lah boleh dapat Haji Mabrur.

Jangkanya, Insha'Allah, 15 November akan berangkat ke Tanah Suci. Harap2 tiada halangan dan masalah yg akan membantutkan perjalanan kami. Fikiran dan hati mula rungsing kerana apa yg dipelajari sebelum ini macam ingat xingat aje...rasa bnyknya yg lupa dan perlukan ulangkaji setiap hari. Mujur ada teman2 yg dah pernah sampai ke Tanah Suci boleh dijadikan sebagai tempat rujukan dan menyelesaikan persoalan yg xpasti. Mengerjakan haji bukan seperti pergi melancong. Ianya suatu penyerahan kepada Allah...utk memohon keredhaan dengan harapan Allah akan mengampunkan segala dosa2. Semoga Allah memberi kemudahan sepanjang kami berada di sana.


5 comments:

melatiblossoms said...

Salam nannychomel,

terpanggil untuk tinggalkan komen. Maaf ya.

Tahniah kerana dijemput menjadi tetamui Allah, moga menjadi tetamu Allah yang paling istimewa, buku travelog haji karangan Prof. Kamil Ibrahim sangat bagus untuk salah satu persediaan, mungkin juga nanny dah miliki buku itu. Terpanggil untuk berkongsi kerana saya amat2 terkesan dengan buku tersebut, moga sama2 beroleh manafaat.

nannychomel said...

Melatiblossoms:

Salam. Tkasih sudi ziarah blog nannychomel. Sebenarnya dah beli buku travelog haji tahun lps. Buku itu yg telah mendorong nannychomel utk menunaikan haji. Mungkin tidak akan dpt menjadi tetamu istimewa sperti Prof. Kamil namun nannychomel akan berserah diri kpdNYA. Tolong doakan nannychomel n suami diberi kemudahan di sana ye.

nannychomel said...
This comment has been removed by the author.
melatiblossoms said...

InsyaAllah kita sama2 berdoa. Salam perkenalan.

cairo boy said...

waaah,blog sudah update laa...
bestnye dpt pegi haji,dh nk cukup rukun islam aunty kan..
nnt doa2kan saya juga yee..