Hari Kedua di PP, sebelum ke USM kami sempat singgah di kawasan Queensbay Mall. Kompleks ini nampak baru dan sangat besar saperti Midvalley di KL. Yang menariknya ia terletak di tepi laut berhadapan dengan Pulau Jerjak. Kami tidak masuk ke dlm Mall itu cuma bergambar di persekitarannya.
Ketika berada di PP, ia mengingatkan sy kembali suasana di Honolulu, Hawaii
(masa itu thia masih dlm perut). Suasana yg hampir serupa di mana terdapat bangunan condo yg tinggi, pohon2 rendang, deretan bangunan di tepi laut cuma tiada beach dlm kawasan bandar. Namun begitu, PP xsebersih Honolulu dan tidak ada org berpakaian mandi berkeliaran dlm kawasan bandar....:-)
Hari kedua di PP, sy masih belum teringin makan NASI KANDAR. Melihatkan terlalu banyak restoran Nasi Kandar, sy kebingungan xtau nak pilih yg mana utk mendapatkan yg betul2 sedap. So, utk lunch kami makan McDonald....hehehe.
Mesyuarat di USM berjalan dgn lancar. Lega tugas sudah selesai tapi sy terpaksa tinggal di PP selama 3 hari lg untuk menghadiri ESQ Training. Rakan2 sekerja akan balik pada keesokan harinya. Petang itu, kami singgah di sebuah restoran nasi kandar...bukan nak makan nasi kandar tapi kengkawan nak makan ROTI CANAI. Sy order capati dgn kari ikan....Fulamak! sikit punya bestlah kari dia....1st class. Menjilat jari ...betul2 puas hati.
Selepas maghrib, kami ke Batu Feringgi. Agak jauh perjalanannya dari hotel,,,,lbh kurang 40 minit. Banyaknya hotel2 di sana. Dan ia mengingatkan sy kembali pada peristiwa tsunami beberapa tahun yg lalu. Terbayang diruangan mata suasana yg menakutkan itu....tetapi manusia mudah lupa. Terdapat bnyk condominium2 baru yg sedang dibina dilereng2 bukit. Manusia menjadi begitu rakus...sanggup memusnahkan kejadian alam demi mendapatkan keuntungan dan mengadai nyawa org lain.
Di kawasan hotel2 di Batu Feringgi terdapat gerai2 jualan barangan seperti Uptown di sepanjang kaki lima. Macam Chinatown pun ada. Terdapat banyak barangan dari negara China, Thailand, Vietnam di sana. Barangan tempatan agak kurang. Ramai pelancong2 dari negara Eropah bershopping di situ tetapi paling ramai pelancong dari negara Arab. Sy pelik kenapa mereka yg berduit suka membeli beg2 berjenama tiruan di situ. Bukan mereka xbole beli yg original! Sy sempatlah jugak membelek2 beg LV tp kalau nak compare harga, di Rantau Panjang lg murah...
Bersambung.