.jpg)
Jam 10.20 pagi td, zaim telefon. Dia kata tertinggal kertas peperiksaan matematik di rumah. Dia suruh hantar jam 10.30 pagi kerana subjek matematik sejurus selepas waktu rehat. Kalau xde kertas itu, nanti guru denda.
Sy bergegas balik rumah untuk mengambil kertas peperiksaan tersebut. Mujur rumah dekat je xsampai 10 minit pun dr UIA. Sebelum itu, sy call adik suruh standby dgn kertas peperiksaan itu.
Ketika sampai dimuka pintu kelas zaim(4 Khalid), guru dahpun berada dlm kelas. Sy nampak ada seorg murid berdiri depan kelas dan seorang lg duduk di atas lantai dicelah2 barisan meja pelajar2 (tau la kalau ada lg pelajar2 yg duduk di atas lantai psl xnampak dr pintu kelas. Berdetik hati sy berkata2, "Dah kena denda ke?" Waktu itu baru 10.45 pagi waktu tempatan. Apabila guru nampak sy di luar kelas, dia dtg kpd sy dah sy hulurkan kertas peperiksaan dan memberitahunya zaim tertinggal kat rumah. Sy menunggu guru tersebut memberi kertas itu kpd zaim dan memang dialah yg sedang duduk atas lantai.
Sebagai seorg ibu, hati sy mestilah terusik dan sedih. Sy tak kisah kalau zaim didenda tp sy rasa didenda duduk atas lantai itu adalah sedikit keterlaluan. Lebih2 lg bila dengan baju yg dipakai itulah nanti akan dibawa bersolat kerana kebersihan pakaiannya dah tercemar dek tapak2 kasut pelajar2. Xde ke cara2 denda selain dr duduk atas lantai yg lbh 'logik' seperti beri extra homework ke, berdiri atas kerusi ke, rotan tapak tangan ke, beri amaran dulu ke, dan cara2 lain yg lbh sesuai dengan bertujuan utk mendidik supaya lain kali mereka tidak akan lupa.
Pihak sekolah sepatutnya memberi garis panduan kpd guru2 tentang apa yg boleh dan xboleh dibuat ketika mendenda pelajar.
*Anwar dulu pun pernah kena denda.....diri atas kerusi.