Semalam sy menghadiri sesi ceramah agama mingguan di ofis. Penceramahnye seorg ustaz yg sy sgt kagumi...sejak menghadiri kursus Khemah Ibadah kira-kira dua bulan yg lalu. Bila ustaz ini memberi ceramah, impaknye sgt hebat...mampu menyedarkan kita dan membuat kita benar-benar insaf. Bukan setakat berderai air mata malah terisak-isak memikirkan dosa-dosa .....lebih-lebih lg semasa membaca doa taubat selepas solat subuh..,,,,,dalam suasana yg penuh keheningan dan kesyahduan....air mata bercucuran begitu deras sekali macam air terjun di Niagara Falls.
Bukan tentang itu yang ingin dikongsi bersama tetapi kisah bagaimana CINTA itu membuat kita jadi BUTA....CINTA biasanye dikaitkan dgn sesuatu yang sgt indah, mempesona, mengkhayalkan, membahagiakan dan berbagai-bagai lg yg semuanya indah-indah belaka. Ianya akan terasa begitu indah sehinggalah apabila ianya menemui kegagalan dan ditimpa kekecewaan barulah kita terasa CINTA itu pahit and menyakitkan.
Menurut kata Ustaz, perjalanan CINTA itu, sekiranya tidak dipandu dgn IMAN akan menjerumuskan pencinta-pencinta ke dlm lembah yg hina. CINTA bermula dgn perkenalan, bila dah kenal maka lahirlah bibit-bibit CINTA. Apabila benih-benih CINTA mula bersemi, maka berkembanglah bunga-bunga CINTA. Kuasa CINTA yg sudah bertahta dihati, mampu membuat sang pencinta menjadi BUTA. Yg cerdik pun boleh jd xcerdik, yg kuat imannya pun boleh goyah keimananya dek kerana SETIA dan PATUHnya dia pada CINTAnya. Baginya kesetiaan dan kepatuhan itu adalah bukti kehebatan CINTAnya. Maka. bagi membuktikan lagi kehebatan CINTAnya itu, sang pencinta sanggup BERKORBAN apa saja tanpa menyangka yang satu ketika nanti apabila CINTAnya menemui kegagalan atau dia dikecewakan, dirinya akan TERKORBAN.
Oleh itu, berhati-hatilah apabila diri dilanda penyakit CINTA. CINTA yang hebat itu sebaik-baiknya hanya untuk DIA ......YANG MAHA AGUNG.....PENCIPTA KITA. ...YANG MAHA PENGASIH LAGI PENYAYANG.
Sila nantikan CINTA II....bila? Entah bila agaknye...