Ghazal Performance at IIUM Staff Appreciation Ceremony 2008

| | 10 comments

Jamie Chik, the daughter of the famous ghazal singer, Rosiah Chik

Hidden Talent - Zahid .... our staff singing "Empat Dara"
with Nizal Mohamad
A rose among the thorns
The show was great!!!


Penawar Rindu

| | 3 comments

Penawar rindu padamu seorang
Kenapa selalu semangatku dikau puja
Penawar rindu padamu seorang

Resah tak sanggup menanggung di jiwa
Salah tak tahu kasih bermula ( ulang 2X )
Bermula Peristiwa,
dalam ingatan Kasih tercipta
Penawar rindu padamu seorang

Senyuman kuberi sungguh bermakna
Tetapi sayang kau tak ketahui ( ulang 2X )
Tak ketahui Hingga ku merana,
merajuk hati Membawa diri
Penawar rindu padamu seorang
Kenapa selalu semangatku dikau puja

Pasir Roboh

| | 0 comments

Pasir Putih dipinggir kali
Pasir Roboh
Pasir Putih dipinggir kali

Tempat menyabung
Tempat menyabung ayam berlaga sayang
Pasir Roboh
Tempat menyabung
Tempat menyabung ayam berlaga sayang

Kasih tak boleh dijual beli
Pasir Roboh
Kasih tak boleh dijual beli
Bukannya benda bukannya benda buat berniaga sayang
Pasir Roboh
Bukannya benda buat berniaga sayang

Pasir Putih pantainya indah
Pasir Roboh
Pasir Putih pantainya indah
Tempatlah orang tempatlah orang bersuka ria sayang
Pasir Roboh
Tempatlah orang bersuka ria sayang

Bercerai kasih bukannya mudah
Pasir Roboh
Bercerai kasih bukannya mudah
Pasir Roboh
Sampai mati sampailah mati terkenang juga sayang
Pasir Roboh
Sampai mati terkenang juga sayang
Pasir Roboh

Ghazal

| | 0 comments

Masa kecil dulu, arwah ayah amat meminati muzik ghazal. Setiap kali ada show ghazal di tv, arwah ayah dan arwah ibu akan menyaksikannya dari awal hingga akhir. Arwah ayah sangat appreciate muzik ghazal walaupun dia seorang pegawai agama tetapi dia berjiwa seni. Aku seronok melihat arwah ayah menggoyang2kan kepalanya mengikut rentak lagu ghazal. Arwah ibu yg sentiasa berada disampingnya hanya mengukir senyuman.

Aku kurang meminati ghazal masa itu. Bagiku ia muzik utk orang tua2 sahaja. Aku lebih meminati lagu-lagu pop yeh yeh. Penyanyi kesayangan ku ialah Allahyarham Datin Rafeah Buang. Pernah satu hari arwah ayah bertanya padaku, bila besar nak jadi apa? Aku jawab nak jadi Rafeah Buang. Terbeliak mata org tua itu mendengar jawapan ku.

Arwah ayah pernah mempunyai seorang anak angkat, Abg Kamal, orang Singapura. Dia nie satu kampong dgn penyanyi2 pop yeh yeh yg sgt popular pada masa itu saperti A. Ramli, Jefrydin, M. Ishak, Zam Zam dll. Semasa arwah ayah bertugas di Negara Brunei Darussalam pada tahun 1960 hingga 1971, abang kamal pernah tinggal bersama-sama kami. tetapi xlama. Masa itu dia menjadi pemandu kepada seorang kerabat Diraja Brunei.

Setiap kali ada perayaan sambutan ulangtahun Sultan Brunei, ramai penyanyi2 pop yeh yeh yang terkenal pada masa itu akan buat show di Bandar Seri Begawan. Abg kamal lah org yang paling sibuk masa itu menjadi 'Liaison Officer' kepada penyanyi2 tersebut. Dan satu perangai Abg kamal nie, setiap kali mereka datang dia pasti akan bawa penyanyi2 itu makan tengahari di rumah. Yang bestnye, Abg kamal, walaupun pandai masak, dia beli je lauk pauk untuk dijamu kepada penyanyi2 yg datang rumah. Aku lah orang yg paling seronok. Arwah ayah sporting. Dia layan mereka itu sebagai tetamu2 istimewa.

Jauh pulak menyimpang. Niat nak cerita pasal ghazal. Ok lah..berbalik pada ghazal, dulu-dulu (tak tau la sekarang nie) di Johor kalau ada kenduri kahwin, pasti kumpulan ghazal akan dijemput untuk memeriahkan majlis. Satu ketika dulu, jiran kakak buat kenduri kahwin dan kumpulan ghazal dijemput. Mereka hanya akan buat persembahan pada malam berinai. Sepanjang malam mereka bermain ghazal. Lagu yang aku paling ingat sekali ialah 'Pak Ngah Balik'. Beberapa tahun kemudian lagu 'Penawar Rindu' nyanyian Datin Orked Abdullah menjadi sangat popular.

Kenapa sy tulis pasal ghazal? Kerana sy dah jatuh cinta pada muzik ini atau mungkin juga sy sudah tua hihihi. Muzik ini dikatakan berasal dari Persia yang dibawa ke tanah melayu oleh peniaga-peniaga Arab. Sy pernah menonton 'Gema Zafana' di Istana Budaya 4 tahun yg lalu. Persembahan lagu-lagu ghazal, diselangselikan dengan tarian2 zapin memang first class. Rasa bangga pulak jadi orang Johor :-) (Sy dulu ada juga bercita-cita nak jadi penari kebudayaan tapi telah mendapat tentangan hebat dari keluaga. Mana boleh anak Pak haji jadi penari!).

Akhir tahun 2008, aku telah menjemput kumpulan muzik ghazal Istana Budaya untuk mengadakan persembahan ghazal semasa Malam Jasamu Dikenang bagi menghargai jasa-jasa staf2 yg telah lama berkhidmat di IIUM. Kumpulan ini diceritakan telah banyak membuat persembahan kesenian di luar negara termasuk di negara timur tengah. Memang best persembahan mereka.

Semoga muzik ghazal terus berkumandang dan berkembang dipersada seni dan generasi muda perlu didedahkan dengan muzik ghazal kerana ianya adalah khazanah bangsa yang tidak ternilai.
Namun tidak ramai penyanyi yang boleh membawa lagu ghazal dengan baik. The best is Ramlah Ram.

Saya paparkan juga di sini dua lagu ghazal: Penawar Rindu dan Pasir Roboh. Kedua-dua lagu ini amat bermakna bagi diriku.

Camne lagunya? Carilah sendiri k.

Rindunya kat dia....

| | 0 comments

Sudah hampir 2 minggu dia menyepikan diri....hanya sekali2 je dia call...tanye kenapa dia xupdate blog, dia kata 'gong chan' tinggal. Kesian 'gong chan' kena tinggal. Ingatkan xbole survive tanpa 'gong chan' di sisi. First time dia call, dia baru sampai Jordan, kedua kalinya ke depan 'Petra'..dia bercerita betapa indahnya tempat itu..tersangatlah teruja. Alhamdulillah, sampai juga dia ke sana. Ketiga kali dia call, dia on the way ke Syria pulak. Amboi..panjangnya langkah...janji ke Jordan aje tapi dah sampai Syria...lawan tokey nih!


8 Februari baru nak balik Cairo...lambatnyeeee...xsabar nak tengok gambar2 menarik di Jordan dan Syria. Dia kata ada 1,000 keping gambar. Banyak tuu. Memang sejak kecil dia suka berjalan n suka bergambar...macam emak dia jugaklah...tapi bila dah tua2 nie...xbest pulak bila bergambar kerana bentuk badan dah 'out of proportion' dan muka pun dah xcun lagi huhuhu.

So biarlah anak2 aje yg berposing.



We miss u thia...

Untuk tatapan orang jauh...

| | 5 comments

Masih 'honeymooning'
< Control comel..... Tengok teater dgn A'an......

Ditemani oleh Hafiz, Banna & Azrai

Birthday Zaim....biasalah anak2 buah yg sibuk

Ijlal yg suka bergaya

Birthday Hafiz.....tengok sape yg tak sabar2

Imtiyaz....xsabar nak tengok dia besar

Brothers n Best friends.....forever n ever

loving cousins....

Xabis2 nak bertanding sape paling CUN

D'Time Square...memenuhi permintaan zaim

Hanya kenangan.....biasalah separuh jalan je

Org jauh....jangan jelez kat dua orang nih

THIA @ KAK UDA @MAK UDA........WE MISS U SOOOOO MUCH!!!!

| | 18 comments


<

11 Januari 2009.....Hafiz mendaftar di Maahad As Sofa, Rembau, Negri Sembilan. Akhirnya dapat juga masuk maahad setelah setahun mencari-cari maahad yang sesuai untuk Hafiz. Tahun lepas ayahnya survey maahad2 swasta di seluruh Negeri Kelantan tapi xde yg sesuai untuk Hafiz. Dia xlayak masuk maahad Kerajaan kerana keputusan UPSR tidak memuaskan. Ada 2A je...akibat malas belajar. Hafiz pandai tapi penyakit M dia tu lbh dr segalanya. Bukan setakat belajar je malas, nak urus diri pun sgtlah malas. Dia nak masuk asrama pun, sy lah yg menguruskan segalanya...dari pakaian sehinggalah segala keperluan peribadi yang perlu di bawa. Dia xamik hal langsung.

Asalnya macam xmau hantar Hafiz tinggal di asrama. Kerana yg ada dirumah hanyalah dia dan zaim. Sunyi nanti kalau hafiz xde dan zaim tidur sorg2 dlm bilik. Walaupun hafiz suka buli zaim tapi dia lah peneman zaim tidur. Namun, memandangkan perkembangan hafiz yg agak 'mencemaskan' maka kami terpaksa masukkan dia ke sekolah berasrama juga. Dia harus ‘didisiplinkan dan ditarbiyyahkan'. Dia begitu mudah terpengaruh dengan sikap rakan-rakan sebaya yg agak 'longgar' didikan agama mereka. Bnyk kesan negatif yg kami dapati sejak Hafiz rapat dengan mereka. Sejak cuti sekolah akhir tahun, Hafiz banyak menghabiskan masa bersama mereka…..dari pagi hinggalah larut malam. Dia sudah mula lalai mengerjakan solat, lebih suka lepak dengan kawan-kawan dan tidak lagi rajin menghafal surah-surah dalam Al-Quran.

Bagi sy melalui saat-saat perpisahan dengan anak-anak semasa mereka belum cukup dewasa adalah sangat menyedihkan. Dulu terpaksa berpisah dgn Fathiyyah apabila dia masuk Sekolah Naim Lil Banat di Kota Bharu, Kelantan. Sy rasa sy telah berlaku kejam terhadapnya kerana menghantarnya bersekolah jauh-jauh. Fathiyyah pula slalu telefon dan tulis surat kata kami dah xsayangkannya kerana hantar dia sekolah jauh-jauh. Dekat setengah tahun juga dia terpaksa dipujuk untuk meneruskan persekolahannya di situ. Mujur lah pada waktu itu, ayahnya masih berkhidmat dengan MAS, bolehlah dia balik tiap-tiap bulan guna privilege family travel.

Semalam, airmata sy berguguran lg apabila berpisah dengan Hafiz pula. Sy tahu dia pun rasa sedih sewaktu kami hendak balik. Sy tahu Hafiz cuba menahan diri dari menangis kerana dia seorang lelaki. Sy peluk dan cium pipinya dan dahinya dengan perasaan sungguh sebak tetapi masih mengawal airmata agar sy tidak menangis di hadapannya.

Ketika masuk ke dalam kereta, airmata sy sudah mencurah2 sambil berdoa agar Allah memberinya kekuatan semangat dan ketabahan menjalani hidup di tempat dan suasana yang baru. Semuanya ini kami lakukan demi kebaikannya. Doa dan harapan kami agar Hafiz akan menjadi seorang ‘HAFIZ’ dan menjadi pembimbing generasinya kelak.