Rehat sebentar

| | 0 comments

"Mak, nape x update blog?" Tanya thia masa dia call beberapa hari yang lalu. Memang dah lama aku xupdate blog. Setiap kali nak update ada saje halangan. Lebih2 lg bila ada mental blockage. Nak berkarya rasa macam hasilnya nanti tidak menepati piawaian. Daripada ntah ape2 yg ditulis, baik diamkan diri aje.


Bebanan tugas di ofis selalu membuat otak menjadi terlalu penat utk bercerita apatah lagi berkarya. Atau mungkin juga kerana mengenangkan pelajar-pelajar di Mesir yang sedang bertungkus lumus mengulangkaji utk peperiksaan mereka, maka aku merasa tempias 'kesengsaraan' mereka. Ya Allah, berikanlah mereka ketahanan fizikal dan mental yang jitu.

Bulan Mei airmata ku banyak tertumpah. Jiwa menjadi terlalu sensitif. Namun, aku belum bersedia untuk berkongsi cerita. Biarlah ku pendam sebuah duka. Dan izinkan aku berehat sebentar untuk memujuk hati ini. (Thia, don't worry, nothing concerning you.)

Jumpa lagi, Insha'Allah.

Anak-anak di Mesir, GOOD LUCK AND STRIVE FOR EXCELLENCE.

Bingkisan Hari Ibu

| | 8 comments

Sy nak share 2 bingkisan yg diterima melalui emel semalam sempena HARI IBU. Pengirimnya.... dua org 'anak orang' yang memanggil sy "IBU".

Pertama dari Syah:

Orang kata aku lahir dari perut mak
bukan org kata...memang betul

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak


Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma...mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak

Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... mmaaakkkk!
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau....mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni..mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & laukpauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari.......pasanganku
Bila sedih, aku cari......mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....mak

Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"...
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada.....MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya.... berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.
Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya.
Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu.
Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis
Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.


Dan yg satu lagi dari Amir.....
Senikata lagu BELAIAN IBU dendangan HIJJAZ (dari album DAMAI)

Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh? ibu

Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena

Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta

Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga

Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh? Ibu


Rasa syahdu dan terharunya. Thanks Guys!

P/S: Don't forget to wish yr mum on MOTHER'S DAY ye.....

(alangkah beruntungnya mereka yg masih punya IBU....kerana tanpa IBU jiwa mu akan sentiasa dlm kesepian dan kerinduan.)