Lambaian Kaabah 2

| | 5 comments

Perjalanan dari Gombak ke Kelana Jaya mengambil masa kira2 1 jam melalui hiway DUKE. Hujan lebat sepanjang jalan. Kami menaiki kereta Anwar sementara anak2 menaiki kereta kami yg dipandu oleh Khairul.

Setiba2 di Kompleks Tabung Haji (KTH) Kelana Jaya, orang sudah ramai. Para jemaah dan ahli keluarga sudah memenuhi setiap ruang/khemah yg disediakan. Kami terus ke surau utk solat jama' maghrib/isyak. Proses pertama selepas solat ialah mengambil 'name tag' dan lain2 dokumen yg disediakan utk setiap jemaah. Di sini sudah bermula proses 'queuing' yg memerlukan sedikit kesabaran kerana ada jemaah yg tidak suka 'queue'. Bila sudah ada yg potong 'queue' maka timbullah perasaan tidak puas hati dikalangan jemaah yg lain. Ketika ini kita sudah nampak karenah2 manusia yg kurang sabar. Di tanah suci bagaimana agaknya.

Aku menawar diri utk mengambil 'name tag' dll kerana suamiku adalah dlm kategori org yg xsuka beratur....:-D...Maka beratur lah aku dgn penuh kesabaran...satu latihan sebenarnya.
Walaupun agak lama, tapi aku bangga dgn diriku kerana mampu bertahan dan menahan sabar walaupun berapa kali orang lain 'mencilok' di depanku....sabar....sabar...

Selesai mengambil 'name tag', kami ke dewan makan kerana perut sudah terasa lapar. Nak tunggu makan dlm kapalterbang lambat lagi. Rupa2nya suamiku sudahpun mengalas perut dulu. Sabar lagi...Selesai makan kami pun berkumpul dikhemah yg disediakan utk menunggu pengumuman seterusnya.

Kira2 jam 10 mlm..kami diminta memasuki dewan pelepasan KTH. Maka tibalah saat2 perpisahan dengan anak2. Sebolehnya aku tidak mahu menangis didepan mereka kerana tidak mahu melihat mereka bersedih. Tapi aku melihat mata Kak Long dan Adik sudah merah. Sementara yg lain2nya aku lihat mereka bersahaja. Lebih2 lagi Zaim..agaknya kerana sudah biasa kena tinggal maka dia sudah tidak ada 'perasaan' lagi....hehehe...Namun aku lihat mata hafiz bergenangan dgn air mata. Aku memeluk setiap seorang sambil berpesan apa2 yg patut.
Keriuhan Kamil, Itqan dan Ijlal melambai-lambai sambil berkata "Bye bye Mak Tok" berulang kali memberi kekuatan kepada ku utk melawan kesedihan.

Sambil mengheret beg yg boleh tahan saratnya, kami memasuk dewan pelepasan. Laungan 'bye-bye' dari cucu2 ku tadi sudah hilang. Di dewan tersebut, kami menimbang beg utk 'check-in', mengambil paspot dan terus diarah ke dewan taklimat. Semua prosedur berjalan dengan lancar dan pihak Tabung Haji harus dipuji kerana kakitangannya telah melaksanakan tugas2 masing2 dgn begitu efisien sekali.

Setelah semua jemaah berkumpul di dalam dewan di tingkat atas KTH, kami diberi taklimat secara terperinci tentang perjalanan ke tanah suci, bermula dari KLIA sehinggalah sampai di Jeddah nanti. Selesai taklimat, kami meninggalkan dewan utk bergerak ke tempat bas2 yg telah sedia menanti utk membawa kami ke KLIA. Sebelum menaiki bas, kami diberi 'boarding pas' oleh kakitangan SAUDI AIR.

Pihak TH telah menyediakan sebanyak 14 buah bas dan sebuah ambulan utk membawa para jemaah seramai lebih dari kurang 380 org ke KLIA. Bas2 kami diiringi oleh polis trafik yg telah membantu mengawal lalu lintas bagi melicinkan perjalanan kami ke KLIA. Ketika itu saya terasa sgt bangga menjadi TETAMU ALLAH kerana mendapat layanan saperti VVIP. Bas kami diiringi polis trafik sepanjang perjalanan dari Kelana Jaya ke KLIA. Lebih teruja lagi apabila sampai di KLIA, bas kami terus masuk ke 'parking bay' di mana pesawat SAUDI AIR sudah sedia menanti. Bas kami betul2 berhenti di bawah pesawat tersebut. Bayangkanlah perasaan kami apabila mendapat layanan yg sangat istimewa itu. Kami hanya perlu masuk sebentar ke terminal utk 'mengcop' paspot oleh pihak Imigeresen dan terus diminta masuk kedalam perut pesawat SV5003.

Lebih kurang jam 3.00 pagi, pesawat pun terbang menuju ke Jeddah.

Bersambung....:-D




Lambaian Kaabah 1

| | 4 comments

Setiap kali chatting dgn thia di FB, pasti dia akan menyuruh aku mengupdate blog. "Ceritalah pengalaman mak di tanah suci"...rayunya. Bukan aku x mahu berkongsi cerita tetapi hati aku masih berada di 'sana' dan enggan kembali ke sini...hehehe...

Tidak dinafikan sebelum berangkat ke tanah suci, berbagai dugaan yg kami tempohi. Jadual penerbangan yg x confirm2...perubahan2 tarikh penerbangan dan paling hebat sekali ialah beberapa jam sebelum kami berangkat ke Kelana Jaya, suamiku diberitahu paspotnya 'hilang'. Terkedu juga kami dibuatnya tambahan pula ketika itu kawan pejabat sedang berkunjung utk mengucapkan selamat jalan. Persediaan semua sudah siap...beg2 pakaian sudah berkunci...tinggal nak mandi sunat ihram, solat sunat musafir dan solat sunat ihram saja yg belum. Lagi kira2 4 jam lagi kami harus mendaftar di Kompleks Tabung Haji.

Suamiku rasa 'tertekan' juga ketika itu...menalipon pihak2 yg berkenaan utk memastikan paspot itu dapat dicari hari itu juga. Kalau tidak jumpa pada hari itu, bermakna penerbangan kami akan tertangguh lagi. Aku hanya mampu berdoa agar paspot itu ditemui semula kerana aku tidak mahu bertangguh2 lagi utk ke tanah suci.

Alhamdulillah, selepas kira2 satu jam, paspot suamiku ditemui semula. Pelik juga bagaimana paspot itu boleh tetiba 'hilang' pada hari nak berangkat. Maha Suci Allah yang Maha Mengetahui.

Selepas asar kami bertolak ke Kelana Jaya. Petang itu hujan sangat lebat. Pada mulanya aku bercadang utk singgah di rumah sepupuku di Kampong Tunku PJ utk tumpang solat maghrib. Tetapi memandangkan hujan yg sangat lebat dan takut tersangkut dalam kesesakan, aku batalkan niatku. Sebelum kami meninggalkan rumah, Anwar, anakku telah melaungkan azan.

Masa hendak meninggalkan rumah, hatiku sudah mulai sayu. Ya Allah, apakah aku akan kembali ke rumahku semula? Apakah langkahku ini langkah yg terakhir? Ustaz berpesan, jika hendak ke tanah suci, anggaplah kita akan mati di sana. Namun perasaan dan pesanan ustaz tidak pernah ku ceritakan pada sesiapa....lebih2 lagi kepada anak-anakku. Aku tidak mahu mereka bersedih. Aku harus bertawakal.

Bersambung.....hingga ke satu masa....:-)