Pengalaman Baru (II)

| | 5 comments

Hari Kedua di PP, sebelum ke USM kami sempat singgah di kawasan Queensbay Mall. Kompleks ini nampak baru dan sangat besar saperti Midvalley di KL. Yang menariknya ia terletak di tepi laut berhadapan dengan Pulau Jerjak. Kami tidak masuk ke dlm Mall itu cuma bergambar di persekitarannya.

Ketika berada di PP, ia mengingatkan sy kembali suasana di Honolulu, Hawaii(masa itu thia masih dlm perut). Suasana yg hampir serupa di mana terdapat bangunan condo yg tinggi, pohon2 rendang, deretan bangunan di tepi laut cuma tiada beach dlm kawasan bandar. Namun begitu, PP xsebersih Honolulu dan tidak ada org berpakaian mandi berkeliaran dlm kawasan bandar....:-)

Hari kedua di PP, sy masih belum teringin makan NASI KANDAR. Melihatkan terlalu banyak restoran Nasi Kandar, sy kebingungan xtau nak pilih yg mana utk mendapatkan yg betul2 sedap. So, utk lunch kami makan McDonald....hehehe.

Mesyuarat di USM berjalan dgn lancar. Lega tugas sudah selesai tapi sy terpaksa tinggal di PP selama 3 hari lg untuk menghadiri ESQ Training. Rakan2 sekerja akan balik pada keesokan harinya. Petang itu, kami singgah di sebuah restoran nasi kandar...bukan nak makan nasi kandar tapi kengkawan nak makan ROTI CANAI. Sy order capati dgn kari ikan....Fulamak! sikit punya bestlah kari dia....1st class. Menjilat jari ...betul2 puas hati.

Selepas maghrib, kami ke Batu Feringgi. Agak jauh perjalanannya dari hotel,,,,lbh kurang 40 minit. Banyaknya hotel2 di sana. Dan ia mengingatkan sy kembali pada peristiwa tsunami beberapa tahun yg lalu. Terbayang diruangan mata suasana yg menakutkan itu....tetapi manusia mudah lupa. Terdapat bnyk condominium2 baru yg sedang dibina dilereng2 bukit. Manusia menjadi begitu rakus...sanggup memusnahkan kejadian alam demi mendapatkan keuntungan dan mengadai nyawa org lain.

Di kawasan hotel2 di Batu Feringgi terdapat gerai2 jualan barangan seperti Uptown di sepanjang kaki lima. Macam Chinatown pun ada. Terdapat banyak barangan dari negara China, Thailand, Vietnam di sana. Barangan tempatan agak kurang. Ramai pelancong2 dari negara Eropah bershopping di situ tetapi paling ramai pelancong dari negara Arab. Sy pelik kenapa mereka yg berduit suka membeli beg2 berjenama tiruan di situ. Bukan mereka xbole beli yg original! Sy sempatlah jugak membelek2 beg LV tp kalau nak compare harga, di Rantau Panjang lg murah...

Bersambung.

Pengalaman Baru (I)

| | 3 comments

Salam,

Sy baru pulang dr Pulau Pinang kerana menghadiri mesyuarat di USM dan juga ESQ Training selama 3 hari (28-30 Julai) yg dianjurkan oleh USM di Vistana Hotel, Pulau Pinang. Sy tiba di PP awal iaitu pada hari ahad kerana hari isnin ada mesyuarat di Unit Latihan, Pejabat Pendaftar, USM. Sy sgt teruja utk ke PP kerana sy dah lama tidak kesana. Kali terakhir ialah semasa di Tingkatan 3. Bayangkan betapa lamanya. Sbenarnya sy teringin sgt nak merentasi jambatan PP yg panjang itu hehehe.

Semasa melalui jambatan PP, sy rasa macam xpercaya yg sy sedang merentasi lautan. 40 tahun yg lalu sy ke PP menaiki feri dan ianya mengambil masa yg agak lama. Dengan pengedaran masa dan dlm zaman yg serba canggih ini, semuanya dapat dipercepatkan. Sy teringin nak bergambar ditgh2 jambatan PP tetapi kereta2 dilarang berhenti di atas jambatan kerana keadaan yang agak bahaya. Lebih2 lg bila bnyk kes2 org terjun dr jambatan dgn tujuan bunuh diri.

Berjalan2 memang seronok. Dapat tengok tempat orang tetapi peluang utk berjalan2 sangat terhad. Hari ahad bertolak dr KL jam 11 pagi dan tiba di PP jam 3 ptg. Selepas check-in di Hotel, berehat sekejap dan lepas maghrib berjalan kaki ke Kompleks Bukit Jambul yg terletak tidak jauh dari tempat penginapan kami. Suasana di kompleks tidak berbeza dgn suasana shopping kompleks di KL cuma di sana mereka bercakap loghat Utara :-)

Kami mencari foodcourt dlm kompleks itu tapi xjumpa. Bila bertanya pada salesgirl2 kat situ, mereka tunjuk gerai2 di luar kompleks. Kami pun singgah di salah sebuah gerai kerana dah lapar sgt. Kami order Char Koay Teow...nasib baik sedap! Apabila kami selesai makan, kami pun beredar utk pulang ke hotel sambil memerhati keadaan sekeliling kompleks dan kami ternampak flyers tergantung kat tingkat 5 kompleks dengan perkataan FOODCOURT. Agaknya salesgirls kat situ xtau foodcourt tu apa agaknya.....kesiannnn.

Bersambung.