Semoga berkekalan...

| | 5 comments



Amir & Afizan
8.5.2009

Hari Ini Dalam Sejarah - Siri 1

| | 12 comments



Ada tiga jemputan yang harus dihadiri pada 6/6/2009.
Pertama: Majlis Perkahwinan anak sahabat lama, Puan Asiah, di Teluk Mas, Melaka.
Kedua: Majlis '1st Family Reunion' di Taman Arosa, Muar.
Ketiga: Majlis Perkahwinan anak sahabat karib suami di Cheras.

Pening juga kepala mengatur rancangan utk menghadiri ketiga2 majlis yang semuanya penting bagi diri dan suamiku. Seboleh2nya aku mahu menghadiri semua. Maka aku mendapat satu idea.

Aku merancang untuk pergi ke Melaka pada hari Jumaat, tidur satu malam di sana supaya keesokan harinya kami dapat menghadiri kenduri di rumah Puan Asiah sebelum ke Muar. Balik dari Muar nanti baru kami akan singgah di Cheras. What a perfect arrangement! Lagipun aku ingin hendak memenuhi hasrat Zaim yang teringin sangat nak tengok negeri Melaka.

Sehari sebelum bertolak ke Melaka, aku tinjau2 kat internet nak book hotel utk bermalam. Malangnya semua hotel fully booked. Pada mulanya aku ingin membatalkan saja rancangan nak bermalam di Melaka kerana tiada hotel yang kosong tetapi suamiku kata "redah je".

So pagi Jumaat, 5/6/2009, kamipun bertolaklah ke Melaka. Perjalanan xlah jauh sangat 2 jam je....Sebenarnya dah hampir 30 tahun aku tak memandu di sekitar bandar Melaka. Kawan2 beritahu dah banyak jalan 'one way street'. Tapi aku xrisau kerana 'signboard' banyak. Ikut aje arahan kalau sesat pun, boleh berhenti tanya orang. Itu amalanku sejak dulu. Yang penting, kita sampai. Agenda pertama, cari hotel. Kena 'secure' tempat bermalam dulu kalau tak nanti silap2 tidur dalam kereta hahaha

Ikut kata-kata suamiku 'redah aje' kamipun mula meredah dari satu hotel ke satu hotel. Yang buat masalahnya anak2 nak hotel yg ada 'pool' kerana dia org dah siap2 bawa swimming suit dgn goggle sekali. Dia orang dah set their mind kalau tidur hotel mesti nak swim dalam pool. Satu Melaka kami pusing. Sambil pusing2 keliling bandar Melaka, aku menjadi 'pemandu pelancong' kapada Zaim. Satu perkara yg aku perasan tentang Zaim, dia bukanlah teruja sangat nak tengok tempat2 bersejarah tu, cuma dia teringin nak menjejaki bumi Melaka.

Setelah hampir 7 buah hotel kami redah, akhirnya dapat juga satu bilik di Hotel Grand Continental. Itupun kebetulan orang baru 'check-out'. Lega rasanya. Kalau tidak, entah tidur kat mana la kami malam tu. Anak2 lagi happy kerana dapat hotel yang ada 'pool'. Setelah 'check-in', Hafiz dan Zaim terus salin pakaian mandi. Ada hanya satu jam untuk mandi sebelum pool ditutup. Aku ikutkan aje kerana yang penting anak2 'happy'. Kalau mereka xhappy nanti kalau dibawa berjalan kemana-mana mesti masing2 'muncung sebatu'.

Bersambung.



Selamat Hari Lahir, Fathiyyah! (belated)

| | 14 comments

Masih aku ingat
diwaktu itu
di pejabat
sedang bersiap sedia
untuk menghadiri
Majlis Jamuan Hari Raya

Sudah terbayang diruangan mata
sate, ketupat, lemang dan rendang
kuih raya, dodol dan berbagai
juadah yang enak2
teringin aku menjamah semuanya

Tiba2 terasa saperti saat
untuk melahirkan sudah tiba
keinginanku untuk menikmati
juadah hariraya
terpaksaku lupakan

Di kalangan anak-anakku
proses melahirkannya yang paling lama
ku tanggung
seperti melahirkan anak sulung

Kehadiran bayi yang comel dan montel
disambut dengan penuh kesyukuran
suara tangisan dan gelak ketawanya
keletah dan kerenahnya
sentiasa menghiburkan
dialah kesayangan
dialah kemanjaan


Masa berlalu begitu pantas sekali
bayiku kini sudahpun berusia 20 tahun
rasa belum puas aku membelainya
dia sudahpun mencecah alam dewasa
menjadi seorang rupawan
sudah boleh berdikari
sudah pandai mengurus diri
sudah boleh menentu masa depan sendiri

Alhamdulillah,
Tiada apa yang aku harapkan
selain doa yang aku panjatkan
agar dia menjadi seorang yang berbudi pekerti
bijaksana dan berakhlak mulia
sentiasa mengasihi dan dikasihi
dan hidupnya sentiasa diberkati