CeTusan RaSa

| | 3 comments


Sebuah cita-cita tidakkan terlaksana
Tanpa usaha yang gigih

Kejayaan pasti tak mungkin tercapai
Tanpa mengharungi kegagalan

Kegembiraan takkan dapat dirasai
Tanpa disulami dengan kedukaan

Kebahagiaan akan lebih bermakna
Selepas diselubungi kesedihan

Kasih sayang tidak akan bererti
Tanpa sebuah pengorbanan
Walaupun kadangkalanya amat pahit
Ia tetap didambakan oleh semua insan
Tanpa mengira batasan usia

Rintihan Hati Ibu

| | 9 comments


Wahai anak,
Andainya kau tau
Betapa aku sangat merinduimu
rindu untuk membelaimu
seperti diwaktu kau kecil dahulu

Ibu rindu akan rengekan manjamu
Hilai tawamu
senyum tangismu
Keriuhan gurauan dan usikanmu
sentiasa terngiang-ngiang ditelinga ibu

Kini
Sepinya hati seorang ibu
kerana kamu telahpun dewasa
telah punya kehidupan sendiri
ada yg sudah punya keluarga
ada yg sedang mengejar cita-cita

Tiada apa yg ibu harap darimu
hanya kenanglah ibu
dalam doamu

Geram

| | 5 comments

Petang td setibanya di rumah dari ofis, sy terkejut melihat keadaan luar rumah sy kotor. Sangat2 kotor dgn bekas-bekas tanah liat dimerata halaman rumah dan lantai porch (tempat kereta).

Sy dah agak ini mesti perbuatan anak-anak jiran yg suka sgt bertandang ke rumah kami setiap hari pada musim cuti sekolah ini. Sebelum ini sy pernah menegur mereka kerana suka beli aiskrim dan buang sampulnya ikut suka-suka aje. Yang sy geram sgt, yg suka sgt buang sampah merata-rata tu budak2 perempuan. Dan yg lebih pelik, dia org nie xmalu datang bermain kat rumah sy walhal anak-anak sy dua2 lelaki. Kalau masih kecil dan belum sekolah xpelah jugak...

But today they were too much! Hari ini xde seorang pun berada di rumah. Hafiz kerumah kawannya di Taman Melewar dan Zaim sy bawa ke pejabat kerana ayahnya ada mesyuarat di luar. Budak2 tu selamba je ajak kawan2 dtg beramai2 berpesta di rumah saya bermain tanah liat! Pastu siap kait buah kelapa muda di belakang rumah n selepas minum airnya kulit2 kelapa dibiar bersepah di laman rumah sy. Tambah lagi dgn bekas2 makanan Mcdonald yg dibiarkan begitu saje di tembok porch sy.

Darah sy tetiba menyirap. Dahlah sy ni pengidap penyakit darah tinggi. My blood really go upstairs! Badan sy mengigil...sy xpernah lg merasa begitu marah. Sebelum ni sy sentiasa sabar dgn mereka dan tegur mereka baik2 setiap kali mereka buat sepah tp kali ini....I just can't take it anymore.

Sy beritahu suami sy nak cari budak-budak tu kat rumah dia org n nak warning jangan datang rumah sy lagi. Suami sy pulak ntah nape cool je...kalau selalunya dia yg melenting dulu. Kali ni sy pulak yg naik angin. Suami sy kata xpyhlah ...nanti esok dia akan tegur budak2 tu...Sy nekad..Sy xkira sy pergi jugak nak cari budak2 tu. Kalau dpt jumpa mak dia org lagi baik..bisik hati sy. Sy betul-betul naik angin.

Dlm perjalanan ke rumah mereka, sy terserempak dgn si Banna. Dia nie pengunjung tetap rumah sy. Tapi si Banna nie xlah pengecah cam budak2 perempuan tu. Dia nie 90% masculine 10% feminie.. pengemas lebih dr perempuan. Walaupun lepasan SPM dia nie agak 'kurang matured' tp rajin menolong sy mengemas rumah dan meneman zaim kalau xde org kat rumah. Dia siap buat 'bilik persinggahan' lg di corner porch rumah sy. Sy terus marahkan dia pasal rumah kotor sgt hari ini. Dia kata bukan dia yg buat tp budak-budak perempuan tu....sy suruh dia panggil budak-budak tu datang dan bersihkan rumah sy jam-jam tu jugak.

Bila budak-budak tu datang sy marah mereka dan beri amaran jangan datang bermain dirumah sy lagi...(kejamnya...tp sy geram sgt). Si Banna la yg xpasal2 jadi mangsa kena bersihkan halaman rumah sy dgn budak-budak tu. Sy hairan juga macammana mak budak-budak tu xkisah dan xambil tau langsung tentang anak-anak perempuan mereka bermain di mana, di rumah siapa...kadang2 satu hari suntuk berkampong di rumah sy. Apa yg sy dipahamkan adik beradik dia org ada 9 orang! Agaknya pasal tu la xterjaga kot.

Suami sy kata xpe lah...budak-budak..Pasal masih budak-budaklah kita kena tegur. Dan dia org kena tau adab2 bila berada di rumah orang...especially rumah jiran. Kalau xkena cara boleh jadi gaduh. Tapi sy bukanlah kaki gaduh tetapi bila dah geram sgt boleh jadi saperti gunung berapi yang meletup...kerana sy ni bukan jenis pemarah...lebih2 lg nak marah anak orang.

Nak tengok esok dia orang berani x datang rumah sy.

Budi Bahasa

| | 2 comments

Semasa dinner beberapa mlm yg lepas, sy bersembang2 dgn kak long. Mula-mula cerita pasal hal-hal pejabat, kerja-kerja yg xpernah ada noktahnya dan kisah lecturer2 yg berbagai ragam. Ada yang sangat baik budi pekertinya, ada pulak yang menyombong macam dia sorang je yg ada PhD.

Kak long bercerita tentang seorang Professor dari University of Hawaii yang pernah menghadiri seminar undang-undang di UIA beberapa bulan yang lalu. Professor ..... (xingat nama pulak) sangat baik budi bahasanya walaupun dia merupakan seorg Professor yg sgt distinguished dan hebat dlm bidang perundangan. Tapi dia nie very humble and ucapan 'thank u' xpernah putus2 diucapkan dan sgt appreciative setiap kali kak long mengurus hal-hal dia. Berlainan dengan org kita, susah betul nak ucapkan terima kasih atau memberi penghargaan. Lbh2 lg yg dah rasa diri mereka trsgt pandai...(oops sori..xsemua camtu kan?)

Sy ingin berkongsi beberapa pengalaman di negara2 yg pernah sy kunjungi antaranya UK, Australia, New Zealand, Hawaii dan Vienna. Walaupun ada setengah2 dari budaya mereka memang xboleh dijadikan contoh langsung. Tapi ibarat kata pepatah, "Yang baik dijadikan teladan..Yang buruk dijadikan sempadan"

Di negara2 yg sy pernah kunjungi, kebanyakan pemandu kereta lebih menghormati pejalan-pejalan kaki. Kita xperlu mengangkat2 tangan minta mereka berhenti beri laluan untuk menyeberang jalan. Dari jauh mereka dah slow down dan memberi isyarat agar kita menyeberang jalan dengan selamat.

Di kedai-kedai pula, apabila kita selesai membuat pembayaran, mereka akan ucapkan "thank you" and 'Have a nice day!". Sekiranya ada baki wang, mereka akan kata, "This is yr change, madam"...akan disebutkan berapa jumlah baki wang dan seterusnya mengucapkan terima kasih dan minta kita dtg lg. Maybe itu part of their 'customer service' yg wajib dipraktikkan...cara yg efektif untuk menarik hati pelanggan. Tp melalui body language mereka, sy tau mereka ikhlas .... Xpernah lg sy jumpa cashier yg masam mukanya dan memberi layanan yang berbeza kepada sy walaupun sy org Asia. Baik muda maupun yg tua...they are very pleasant. Customer service mereka mmg 1st class.

Di negara kita kebiasaannya juruwang2 di kaunter jangankan nak ucap terima kasih kat pelanggan nak senyum pun payah.....mahal betul senyuman mereka.

Sy juga pernah mengalami satu peristiwa yg menarik di sebuah supermarket di Perth, Australia. Semasa sy dan anak-anak sedang beratur di kaunter pembayaran, ada sepasang 'mat salleh' suami isteri di depan kami dengan sebuah troli yang sarat kandungannya. Masa itu cuti krismas dan mungkin barangan dapur mereka sudah kehabisan dan nak tambah stok baru. So kami terpaksalah menunggu lama sikit sehingga mereka selesai membuat pembayaran. Sebaik saja si suami, selesai membayar, dia menoleh ke arah kami yg sedang menunggu dibelakangnya dan berkata, "Sorry to keep u waiting". Kami terkedu la jugak...Xtau nak respond camne tp sy cepat2 reply "O, its ok..no problem". Org berbudi kita kenalah berbahasa ya x?

Selama bershopping di negara kita, xpernah lagi orang depan memohon maaf kpd org yg menunggu di belakang...termasuklah sy. Kita xpernah dididik begitu dan mesti org pun akan rase pelik....apa hal pulak dan mintak2 maaf. Tapi seandainya kita berbuat begitu, tentu org yg menunggu dibelakang akan sejuk hatinya...so mampukah anda melakukannya...sy masih belum mampu kerana ianya diluar kebiasaan.

Anak-anak perlu dididik sejak kecil supaya sentiasa mengucapkan terima kasih apabila menerima sesuatu dan ajar mereka bagaimana untuk menghargai dan menghormati org lain supaya bila mereka besar nanti mereka akan dihargai dan dihormati.

Terasing

| | 9 comments


(Buat insan-insan yg kehilangan org yg disayangi)

Kegelisahan didalam kedinginan
Meniti sepi keseorangan
Sebuah kematian yang tiada bernisan
Sendu mengiringi perpisahan

Ruang nan luas diri bergerak bebas
Namun keupayaanku terbatas
Segala mimpi menjadi api
Perit membakar diri

Sebuah cinta dan harapan
Menjadi mimpi berterbangan
Tersekat nafasku kabur pandangan mataku
Amat tersiksa diriku
Kerana kehilanganmu

Oh mengapakah terus mengharap menanti
Walau cukup kusedari
Kau tak kan kembali

Pemergianmu mengisi kekosongan
Biarpun dikau masih kuperlukan
Kita dikatakan pasangan bahagia
Kini terasing luka

(Lagu Allahyarham Sudirman Hj Arshad)

Value Yourself

| | 0 comments



Don't undermine your worth by comparing yourself with others,
It is because we are different that each of us is special.

Don't set your goals by what other people deem important,
Only you know what is best for you.

Don't take for granted the things closest to your heart
Cling to that as you would your life,
for without them life is meaningless.

Don't let your life slip through your fingers by living in the past or the future.
By living your life one day at a time,
you live all the days of your life.

Don't give up when you still have something to give.
Nothing is really over … until the moment you stop trying.

Don't be afraid to admit that you are less than perfect,
It is the fragile thread that binds us to each other.

Don't be afraid to encounter risks,
It is by taking chances that we learn how to be brave.

Don't shut love out of your life by saying it's impossible to find.
The quickest way to receive love is to give love.
The fastest way to lose love is to hold on too tightly,
And the best way to keep love is to give it wings.

Don't dismiss your Dreams.
To be without dreams is to be without hope.
To be without hope is to be without purpose.

Don't run through life so fast that you forget where you've been,
But also know where you're going.
Life is not a race,
but a journey to be savored every step of the way.

With Love from Sasan

Kehilangan

| | 14 comments

Pernahkah anda kehilangan seseorang? Tentu ada yg pernah...di ruangan ini sy ingin berkongsi beberapa pengalaman sy apabila kehilangan seseorang.....tp kenapa tajuk ini ek...ntah la....mungkin kerana sy selalu saja kehilangan org2 yg sy sayang.....

Saya kehilangan seorang ayah semasa Form 3. Masih teringat lagi semasa hari pertama di Form 3, pagi itu hati sy rasa resah sahaja...Apabila sy pulang ke rumah, sy diberitahu oleh kakak, ayah meninggal dunia di Madinah. Sy seolah2 tidak percaya kerana baru beberapa hari sy melihat dia n ibu menaiki pesawat SIA di Airport Singapura. Dan masih terngiang2 di telinga segala pesanannya. "Jangan tinggal solat dan belajar rajin-rajin"...itulah pesanan terakhirnya. Jiwa sy terasa begitu kosong..tetiba saja sy tidak berayah. Semoga roh ayah dimasukkan ke dlm golongan org2 soleh.


Sy juga pernah kehilangan seorang kwn baik selepas SPM....kira-kira 35 thn yg lalu. Dia merupakan teman baik semasa kami bersekolah dan tinggal di asrama di JB. Tapi cuma utk 2 tahun saje...tgktan 4 dan 5...selepas SPM kami pulang ke kampong masing2...sy ke kluang dan dia ke pontian...hari perpisahan sgt2 menyedihkan...sehingga dah sampai rumah pun sy masih lagi menangis dan menangis. Banyak kenangan2 manis dan pahit kami lalui bersama. Namun keadaan telah memisahkan kami dan sehingga kini kami tidak pernah bertemu. Ntah kenapa kami tidak pernah berusaha untuk bertemu kembali. Sy doakan semoga dia sentiasa bahagia di samping keluarganya.

Kemudian sy kehilangan seseorang yang pada waktu itu sangat istimewa dlm hidup sy. Tanpa ada perasaan benci, tiada sengketa...tetibe masing-masing menyepi diri...sy percaya dia kini bahagia di samping keluarganya.

3 tahun lalu sy kehilangan seorg ibu pula. Kehilangan yg sgt besar....Kehilangan ibu yang menjadi pendokong dan sumber kekuatan sy. Walaupun ibu bukan seorg yg 'banyak mulut' tp setiap kali memandang wajahnya sy akan menjadi begitu bersemangat untuk melayari hidup ini. Kejayaan sy membesarkan anak-anak adalah hasil dr bantuan dia...ibu tidak pernah mengeluh atau bersungut. Seorg nenek yg sgt2 menyayangi cucu-cucunya. Ibu bnyk memberi kemudahan kpd sy, yg berat diringankan, yg susah dipermudahkan. Kehilangan dialah yg paling meruntun jiwa sy sehingga kini. . Masih terbyg renungan terakhir ibu sebelum dia menutup mata utk selama-lamanya. Renungannya seolah2 ingin mengucapkan 'selamat tinggal' dan itulah pandangannya yg terakhir. Sy amat terasa akan kehilangannya walaupun dia hanyalah ibu angkat sy. Ibu angkat yg telah bnyk berjasa kpd sy yg merupakan satu2 saja anaknya. Walaupun sy agak terkilan kerana ibu telah menyembunyikan penyakit kansernya sehingga 'stage 4', tetapi sy mengerti mengapa ibu bertindak demikian. Dia tidak mahu menyusahkan sy. Namun begitu, sy merasa sgt puas kerana berpeluang menjaga ibu sehingga dia menghembuskan nafas yg terakhir. Ibu, semoga rohmu dicucuri rahmat.

Setahun selepas itu, sy kehilangan lg. Kali ini kehilangan seorg adik lelaki bongsu. Dia meninggal akibat kanser paru-paru. Dia pergi dlm usia agak muda ...baru 40 tahun. Anak-anak masih kecil. Dia sedar bahawa dia akan pergi.....dan bersedia utk pergi....Setiap kali sy menziarahinya di hospital, dia selalu berkata, "org katil sebelah dah pergi, giliran kita ntah bila agaknya". Dia begitu tenang menghadapi saat2 kematiannya kerana dia tahu sel-sel kanser yg aktif di dlm tubuhnya sudah tidak dpt dikawal lg walaupun sudah bnyk kali menjalani kimoterapi. Walaupun sy tidak dibesarkan bersama-sama dia, tetapi sy tetap merasa kehilangan...kerana dialah satu-satunya adik lelaki sy...darah daging sy. Fuzam, akak doakan supaya roh mu bahagia d sana.

Mungkin selepas ini sy akan terus kehilangan lagi ......atau ntah2 org akan 'kehilangan' sy. Betapa sedihpun perasaan, namun semuanya harus ditempoh dengan ketabahan dan harus sentiasa pasrah dengan setiap ujianNya....

Yang pasti ingatan sy terhadap mereka tetap segar dlm lipatan kenangan. Sy bersyukur kerana diberi peluang utk menyayangi dan disayangi.

Sesunguhnya DIA lah yang Maha Mengetahui apa yg terbaik utk kita.

Karya oh Karya

| | 8 comments


Lamenya xupdate. Maybe blogging is not my cup of tea. Tak pandai nak berkarya..nak bermadah...nak berpantun...nak buat lawak...bila baca balik draft yg dah dibuat...rasa xsedap aje....mesti diketawakan. oleh bloggers lain....nanti mereka akan kata "ntah ape2 blog si nannychomel tuh....bosannya"


Tengok thia punya blog amboi...tiap-tiap hari update sejak rumah dah ada wi-fi...Helo..Cik Fathiyyah...don't get carried away...Ingat your priority...Tengokkan bakat dia dlm penulisan..ishh....not bad...mungkin juga mewarisi bakat ibunya yang masa muda2 dulu rajin menulis dalam diari....ada lagi tersimpan ditempat rahsia...banyak kisah dan peristiwa suka dan duka di dalamnya.....anak-anak xpernah jumpa diari tu...akan ku tinggalkan sebagai harta pusaka...


Well...pelik rasanya camne la org lain ada masa nak update blog...especially the future 'doctors'..and 'engineers' and 'accountants'......subjek punya la bnyk nak kena study but still they have time to update their blog. Or maybe tugas mereka hanya study je kot...tp yg kat overseas terpaksa berdikari...tentu bnyk urusan jugak...masih lg bole update blog..or maybe they are still young....full of interesting ideas....and they talk the same language.

But not for nannychomel......nannychomel dah ketandusan idea....experience bnyk nak share tp bila nak put on the screen aduhhh terasa sgtlah susahnya...jadi mental block pulak...aduhai...anak-anak ku...kalian sungguh hebat.....nannychomel envy sgt dgn bakat kamu yg sgt pandai berkarya...teruja dgn pengalaman-pengalaman yg dikongsi bersama....

Selain blog thia and adik, nannychomel minat sgt menziarahi blog CJ, Syah, Cairo boy and Sarah Mohd Shukor......blog mereka sgt dramatik.....bnyk cerita-cerita menarik yg mampu membuat nannychomel terkhayal di dalam dunia mereka....nantilah...mungkin skrg fikiran nannychomel sedang berserabut...insha'Allah, bila jiwa kembali tenang dan fikiran sudah lapang akan nannychomel cuba untuk menghasilkan karya2 yg menarik...

P.S.: Hari Sabtu, nannychomel nak bawa anak-anak tgk teater 'Sinbad' di Istana Budaya...our yearly event.....harap-harap best macam 'Aladin' and 'Siti di Alam Fantasi' and 'Ali Baba Bujang Lapok'...seronok tengok teater kanak-kanak nih....rasa cam nak kembali ke dunia kanak-kanak hihihi....sentiasa gembira dan penuh gelak ketawa....

Till we meet again.